Tiket Bas Online

Cari Tiket Bas Dalam Talian

(Pilihan)

Menempah Tiket Bas Secara Dalam Talian dengan redBus

Menaiki bas merupakan pilihan yang terbaik apabila hendak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di Malaysia. Pada masa dahulu, tiket bas dijual sama ada melalui ejen perjalanan atau di kaunter tiket bas. Tetapi, dengan adanya internet, tempahan bas telah menjadi lebih mudah. Tempahan tiket bas dalam talian telah menyelesaikan banyak masalah yang sering dihadapi pelanggan apabila berurusan dengan ejen pelancongan dan di kaunter tiket. Pelancong mempunyai pelbagai pilihan apabila hendak mencari bas yang selesa, menepati waktu, dan tambang berpatutan untuk perjalanan mereka. Apa yang membuatkan redBus pilihan terbaik adalah kerana proses tempahan tiket dalam taliannya telah dipermudah bertujuan untuk menjimatkan masa. Penumpang tidak perlu menunggu dalam barisan panjang dan bimbang mengenai tempat duduk di dalam bas. redBus telah membantu proses ini dengan memudahkan pencarian, pemilihan, dan melakukan tempahan tiket bas dari rumah dengan selesa. redBus juga menawarkan kemudahan menempah tiket bas secara dalam talian untuk ke negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

 

redBus Malaysia, aplikasi dan laman sesawangnya telah direka untuk menyediakan maklumat penting kepada penumpang apabila mereka ingin menempah tiket bas secara dalam talian. Pelanggan boleh mengikuti langkah mudah ini untuk menempah tiket bas melalui aplikasi atau laman web redBus:

● Penumpang boleh menentukan tempat ketibaan atau pelepasan di ruangan "Dari" dan "Ke", serta memasukkan tarikh perjalanan, dan tekan butang "Carian"

● Kesemua senarai pengendali bas yang berkhidmat di laluan tertentu akan dipaparkan pada skrin

● Penumpang atau pengguna boleh menggunakan pilihan tapisan yang tersedia di sebelah kiri skrin

● Satu lagi cara untuk menapis pilihan yang dipaparkan adalah dengan menekan mana-mana butang yang terdapat di sebelah tepi butang pilihan "Susun Berpandukan"

● Tekan mana-mana pilihan seperti "Pelepasan," "Tempoh," "Ketibaan," "Penilaian," dan "Tambang" untuk menyusun kesemua pengendali bas dalam urutan menaik atau menurun berpandukan pilihan tertentu

 

Setelah pelanggan menyelesaikan proses pembayaran, mesej pengesahan akan dihantar ke ID e-mel berdaftar dan nombor telefon mudah alih pelanggan. Pelanggan boleh menempah tiket bas secara dalam talian dalam masa beberapa minit sahaja tanpa sebarang kesulitan. redBus telah menumpukan banyak usaha untuk membangunkan platform pembayaran yang terjamin serta selamat dan memastikan bahawa data pelanggan dilindungi. Kini penempahan tiket bas secara dalam talian adalah amat selamat.

 

Pembayaran boleh dibuat dengan mudah di platform redBus kerana pilihan boleh dibuat dari pelbagai bentuk pembayaran seperti Kad Kredit dan Kad Debit, FPX (Pindahan Perbankan Dalam Talian Malaysia), dan aplikasi Boost untuk melengkapkan urusan pembayaran mereka. redBus memberi jaminan bahawa setiap butiran pembayaran dan data pelanggan disimpan dengan selamat.

 

Terdapat beberapa kategori bas yang disediakan dan boleh dipilih oleh penumpang antaranya seperti Bas Ekpres, Bas Ulang-alik, Bas Koc, dan banyak lagi. Kemudahan yang disediakan di dalam hampir kesemua bas termasuk:

 

● TV LED untuk menonton rancangan hiburan

● Snek

● Selimut dan bantal

● Penjejakan Langsung

● WiFi

● Tandas

● Penghawa Dingin

● Tempat mengecas

 

Dengan menggunakan pilihan tapisan, penumpang boleh mencari dan membuat pilihan bas yang dapat memenuhi keperluan masing-masing. redBus mempunyai tawaran dan diskaun terbaik untuk pelbagai laluan kerana kepuasan pelanggan merupakan keutamaan laman sesawang bas ini.


Antara terminal popular di Malaysia yang berfungsi sebagai tempat mengambil dan menurunkan penumpang untuk beberapa laluan di Malaysia adalah: 

  • Terminal Bersepadu Selatan
  • Sungai Nibong
  • Ipoh Amanjaya
  • Melaka Sentral
  • JB Larkin Bus Terminal
  • Berjaya Times Square
  • Pudu Sentral Puduraya
  • Kuantan Sentral

 

Dengan lebih dari 180 juta jumlah tempahan perjalanan melalui aplikasi Redbus dan laman web, redBus menawarkan pengalaman tempahan tiket bas dalam talian berbeza dari yang lain. Menguasai industri tiket bas di 6 negara (India, Singapura, Malaysia, Indonesia, Peru, dan Colombia), ramai pelanggan mendapati bahawa redBus merupakan penyelesaian kepada tempahan tiket bas dalam talian mereka.

 

Tempah tiket bas anda dengan selesa dari keselesaan rumah dengan menggunakan aplikasi atau laman sesawang redBus dan dapatkan tawaran eksklusif serta diskaun hari ini!

Soalan Lazim:

Q-1). Bagaimanakan cara atau di mana boleh saya tempah tiket bas secara dalam talian di Malaysia?
A: Tiket bas dapat ditempah dengan pantas dan mudah dengan menggunakan aplikasi atau laman sesawang redBus. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi redBus dari setor aplikasi atau log masuk ke www.redbus.my untuk menempah tiket bas anda hari ini. Aturan tempahan adalah mudah dan aplikasi serta laman sesawangnya juga mesra pengguna.
Q-2). Bagaimana cara untuk saya batalkan tiket bas dalam talian?
A: Pelanggan boleh hubungi talian +60-330992524 untuk sebarang permohonan pembatalan. Setelah permohonan dibuat, bahagian khidmat pelanggan akan memproses permohonan tersebut dan menghubungi pihak pelanggan secepat mungkin.
Q-3). Adakah menempah tiket bas melalui aplikasi redBus atau laman sesawang lebih mudah atau adakah menempah tiket bas di kaunter tiket lebih menjimatkan?
A: Terdapat pelbagai diskaun dan tawaran yang boleh didapati melalui aplikasi atau laman sesawang redBus yang mungkin tidak dapat diperolehi dari kaunter tiket. Tetapi, ramai mengatakan bahawa penumpang boleh menjimatkan banyak masa apabila mereka menempah tiket bas di aplikasi atau laman sesawang redBus berbanding menunggu dalam barisan untuk menempah tiket bas di kaunter.
Q-4). Bagaimana cara untuk saya jadualkan semula tiket bas yang telah ditempah melalui redBus?
A: Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menjadualkan semula tiket bas dalam talian anda: Layari laman web redbus.my Reschedule page. Masukkan nombor tiket dan alamat emel yang telah digunakan untuk membuat tempahan dan tekan butang “Carian”. Sahkan nombor tiket dan tiket bas anda serta pilih tarikh baru perjalanan yang hendak dijadualkan. Pilih bas yang hendak dinaiki dan sahkan tiket yang telah dijadualkan semula dengan membuat pembayaran harga perbezaan tiket.
Q-5). Apakah perlindungan insurans yang ditawarkan apabila membuat tempahan tiket bas dalam talian melalui redBus?
A: Sewaktu melengkapkan proses pembayaran, pelanggan mempunyai pilihan untuk membayar sejumlah kecil bayaran untuk menginsuranskan perjalanan mereka. Beberapa faedah yang boleh didapati adlah seperti berikut: 1) Perbelanjaan perubatan dibayar sehingga RM 2,000 sekiranya bas penumpang yang diinsuranskan tersebut mengalami kemalangan. 2) Walaupun peralatan elektronik dan perhiasan peribadi tidak dilindungi di bawah polisi ini, pelanggan tetap layak mendapat bayaran sebanyak RM 500 sekiranya bagasi penumpang hilang semasa perjalanan. 3) Penumpang layak mendapat bayaran sebanyak RM 25,000 sekiranya mereka mengalami kecacatan total atau sebahagian jika bas mengalami kemalangan. 4) Keluarga penumpang layak mendapat bayaran sebanyak RM 25,000 dalam kes kematian akibat kemalangan ketika membuat perjalanan dengan bas.
Q-6). Bagaimanakah cara untuk saya menempah tiket bas dalam talian ke Singapura dari Malaysia?
A: Proses tempahan tiket bas dalam talian agak ringkas dan mudah diikuti. Langkah-langkah di bawah ini memberikan gambaran tentang mudahnya menempah tiket bas dalam talian di laman web redBus: 1) Lawati www.redbus.my atau muat turun aplikasi redBus. 2) Lawati laman utama redBus dan nyatakan destinasi di ruangan 'Dari' dan 'Ke'. 3) Letakkan tarikh perjalanan anda di ruang 'Tarikh Perjalanan' dan tekan 'Cari'. 4) Anda kini akan dapat melihat senarai pengendali bas yang beroperasi pada laluan yang dipilih pada tarikh perjalanan. 5) Anda boleh menggunakan pilihan penapis untuk menyusun pengendali bergantung kepada pilihan, keperluan, dan kehendak. 6) Lengkapkan prosedur pembayaran untuk mengesahkan tempat duduk anda di dalam bas yang telah anda pilih.
Q-7). Adakah saya perlu menempah tempat duduk berasingan untuk anak saya?
A: Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah tidak memerlukan tiket bas. Walau bagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, anda dinasihatkan membeli tempat duduk berasingan untuk anak anda. Namun, terdapat juga beberapa pengendali yang menawarkan tiket pada tambang subsidi jika anak anda berada di bawah umur tertentu. Anda boleh lawati laman web atau muat turun aplikasi redBus untuk maklumat lebih lanjut.
Q-8). Adakah saya perlu mendaftar akaun untuk menempah tiket bas melalui redBus?
A: Tidak, anda tidak perlu mendaftar akaun untuk menempah tiket dengan redBus. Sebaiknya anda dinasihatkan mendaftar akaun sebelum membuat tempahan tiket bas dalam talian. Pengguna akan diberi diskaun eksklusif dan tawaran selepas membuat akaun baru dengan redBus.
Q-9). Apakah kelebihan menempah tiket dalam talian?
A: Ada sejumlah besar kelebihan untuk menempah tiket bas dalam talian dan beberapa disenaraikan di bawah: 1) Pelanggan boleh menempah tiket dalam talian pada bila-bila masa. Ini adalah kelebihan utama apabila membuat tempahan dalam talian apabila kesuntukan masa. 2) Pelanggan boleh membuat pilihan yang disediakan untuk setiap laluan tertentu. Ini dapat membantu mereka membuat keputusan yang betul kerana maklumat yang tersedia di aplikasi dan laman web redBus telah dikaji dan tepat. 3) Sangat mudah untuk mendapatkan tiket bas dalam talian dan penumpang akan mendapat khidmat pelanggan yang baik yang telah disediakan oleh redBus dan pasukan khidmat pelanggan mereka. 4) Banyak diskaun eksklusif dan tawaran rebat tunai yang disediakan apabila anda menempah tiket bas dalam talian menerusi aplikasi atau laman web redBus. Ejen dan mesin tiket layan diri tidak dapat memberikan diskaun ini. 5) Sekiranya anda menempah tiket bas melalui ejen, tempat duduk anda akan ditetapkan bagi pihak anda. Tetapi, jika anda menempah tiket di platform redBus, anda akan mendapat pelbagai diskaun dan tawaran. 6) Insurans disediakan pada kadar nominal.
Q-10). Bagaimana cara untuk saya membayar tiket melalui platform redBus?
A: Terdapat beberapa cara yang boleh diguna untuk menempah tiket bas melalui platform redBus: Kad Kredit, Kad Debit, FPX (Pindahan Perbankan Dalam Talian Malaysia), Aplikasi Boost

JANJI KAMI

PENJADUALAN SEMULA TIKET
Anda tidak dapat meneruskan perjalanan yang dirancang? Jangan risau, anda lihat butang penjadualan semula sebelum anda memilih syarikat bas? Anda bijak, cari butang pulangan semula sebelum memilih syarikat bas.
TIKET-M
SMS Tiket-Mudah Alih adalah sah digunakan untuk perjalanan. Pilihlah untuk transaksi tanpa kertas dan perjalanan pintar. Cari ikon Tiket-M sebelum membuat pilihan syarikat bas.
TRANSAKSI PEMBAYARAN SELAMAT
redBus mempunyai standard keselamatan paling tinggi dan menyimpan maklumat serta pembelian anda dengan selamat dan terjamin.
PILIHAN
80+ Syarikat bas dan 800+ laluan diseluruh Malaysia & Singapura.

LALUAN TEMPAHAN BAS PALING POPULAR

Select Source:
LaluanTambang (bermula)
Kuala Lumpur ke Singapore45 MYRBook Now
Kuala Lumpur ke Skudai34.1 MYRBook Now
Kuala Lumpur ke Kemaman28 MYRBook Now
Kuala Lumpur ke Machang34 MYRBook Now
Kuala Lumpur ke Mersing32.8 MYRBook Now

TIKET M VS E-TIKET VS TIKET KAUNTER

mticket ialah SMS yang dihantar kepada telefon mudah alih selepas tempahan tiket dibuat.
Ini adalah tiket elektronik yang dikeluarkan dan dihantar ke alamat emel selepas pengesahan tempahan dalam talian dibuat.
Tiket Kaunter adalah sejenis tiket salinan cetak tiket bas yang anda perlukan sewaktu menaiki bas.

TEMPAHAN TIKET BAS DALAM TALIAN VS TEMPAHAN TIKET LUAR TALIAN

Tempahan bas yang mudah di mana jua dan pada bila-bila masa
Pilihan tempat duduk, jenis bas & syarikat pengendali yang banyak.
Tawaran hebat dan pulangan wang dari tempahan tiket
Faedah unik untuk pilihan tempat duduk wanita
Bantuan Mesra Pelanggan 24/7
Kerumitan untuk bergerak ke kaunter bas & menunggu dalam barisan yang panjang
Kurang pilihan mengikut kesesuaian
Tiada diskaun
Tiada faedah unik untuk wanita
Bantuan kurang mesra pelanggan