Pengendali Bas | Bas Pertama | Bas Terakhir | Tempoh | |
---|---|---|---|---|
Yellow Star Express | 01:00 | 22:00 | 5 jam 12 minit | HARGA PANDANGAN |
Kuala Lumpur (KL) dan Johor Bahru (JB) adalah dua bandar yang penting di Malaysia. Jarak di antara kedua-dua bandar ini adalah lebih kurang 334 kilometer. Cara paling murah dan selesa untuk membuat perjalanan pada laluan ini adalah dengan menaiki bas dari KL ke JB.
Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia, dan merupakan salah satu bandar di Asia Tenggara dengan ekonomi yang paling kukuh. Bandar ini telah berkembang dengan pesat dan mempunyai banyak bangunan pencakar langit dan kemudahan-kemudahan untuk kegunaan orang awam. Meliputi kawasan seluas 866 batu persegi, KL adalah bandar terbesar di Malaysia yang kaya dengan sejarah kerana ditubuhkan pada 1857. Selain daripada seni bina moden dan pencakar langitnya, KL juga menawarkan pelbagai tarikan pelancong.
Johor Bahru atau JB adalah sebuah bandar yang masyhur di Semenanjung Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan Selat Johor dan meliputi 85 batu persegi. JB adalah sebuah pusat ekonomi yang sibuk dan merupakan antara bandar yang paling pesat berkembang di Malaysia. Ia merupakan sebuah hub perdagangan, runcit, dan perkhidmatan kewangan.
Dapatkan tiket bas dari Kuala Lumpur ke JB pada harga mampu milik di laman web redBus atau di aplikasi mudah alihnya.
redBus adalah salah satu platform tempahan tiket bas online yang terbaik di Malaysia dan di dunia. Anda boleh membanding dan menempah tiket bas secara online dalam masa beberapa minit sahaja. Di samping itu, terdapat pelbagai faedah menggunakan redBus seperti diskaun dan tawaran, kemudahan pas bas, ‘ratings’/ulasan, kemudahan pembatalan/penjadualan semula, dll.
Johor Bahru mengalami iklim khatulistiwa dengan suhu yang konsisten sepanjang tahun. Sukatan suhu yang terendah di JB berada dalam lingkungan 21-22 darjah Celsius, manakala suhu yang tertinggi dalam lingkungan 31-32 darjah Celsius. JB juga mengalami hujan Monsun Barat Daya (Mei hingga September) dan Monsun Timur Laut (November hingga Mac).
Johor Bahru mempunyai pelbagai pusat penginapan seperti hotel, asrama, dan inap desa. Antara kawasan popular untuk penginapan terletak sekitar Bandar Johor Bahru, Taman Setia Indah, Kampung Stulang Laut, Taman Abad, and Danga Bay.
Antara hidangan yang mesti dicuba apabila berada di JB adalah:
Anda boleh nikmati hidangan-hidangan lazat ini di pelbagai kafe dan restoran di Johor Bahru.
Berikut adalah beberapa tarikan pelancong yang popular di JB:
Johor Bahru menawarkan pelbagai perkhidmatan pengangkutan seperti bas dan teksi tempatan. Ramai orang lebih gemar menaiki bas untuk bersiar-siar di sekitar JB kerana lebih murah dan boleh dinaiki di mana-mana sahaja.
Bulan yang paling sesuai untuk mengunjungi Johor Bahru adalah dari April hingga Oktober.
Tambang bas untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru adalah dalam lingkungan RM 27 dan RM 45.
Berikut adalah beberapa syarikat bas dari KL ke JB yang popular-
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menempah online tiket bas di redBus dari Kuala Lumpur ke Johor bahru -
A: redBus menyediakan perkhidmatan bas ke pelbagai destinasi termasuk KL dan Johor Bahru Anda boleh menempah tiket daripada operator utama seperti Neoliner Express, Mayang Sari Express, City Express, Transnational, dan Intertop Express melalui laman web atau aplikasi mudah alih kami.
A: Jarak perjalanan antara KL dan Johor Bahru adalah sejauh 330 kilometer. Bas tanpa henti akan mengabil masa selama 4 hingga 5 jam untuk tiba di Johor Bahru dari KL.
A: Untuk maklumat berkenaan masa dan tempat duduk, anda boleh menghubungi bas operator atau pasukan khidmat pelanggan redBus. Bahagian Khidmat Pelanggan kami sentiasa bersedia 24/7 untuk melayan sebarang pertanyaan. Kebiasaannya, sekiranya terdapat kelewatan, operator bas anda akan menghubungi anda dan memaklumkan tentang kelewatan.Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi operator bas anda sebelum anda pergi ke tempat menaiki bas untuk memeriksa waktu berlepas.
A: Ya, anda boleh mendapat diskaun ke atas tiket bas anak anda sekiranya mereka berumur 15 tahun ke bawah. Tiada tiket diperlukan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah.
A: Harga tiket berbeza mengikut jenis bas yang dipilih untuk perjalanan anda. Tiket berharga antara RM 19.50 hingga RM 36 dan harga tambang ini berbeza-beza kerana beberapa faktor seperti jenis bas, kemudahan yang disediakan, dan lain-lain. redBus hanya berfungsi untuk memudahkan tempahan tiket bas secara online dari keselesaan rumah anda. Anda boleh melihat harga tiket untuk pelbagai bas untuk mana-mana laluan yang disenaraikan di dalam pada aplikasi atau laman web rasmi redBus.
A: Terdapat dua tempat turun bas utama di Johor Bahru. Tempat berikut adalah Terminal Bas Sentral Larkin JB dan Terminal Univ Park. Anda boleh memilih salah satu dari hentian pilihan atau meminta operator bas anda menasihatkan tempat menurunkan penumpang yang ada.
Kini anda boleh menempah tiket dalam talian dari Kuala Lumpur ke Johor bahru di redBus.my. Tawaran-tawaran daripada redBus tersedia dari semasa ke semasa apabila menempah bas. Lalui prosedur penempahan yang selamat dan mengembara dengan penuh selesa.
redBus memberikan tawaran dan potongan harga yang luar biasa kepada pelanggannya semasa membuat tempahan online tiket bas. Pelanggan dapat menikmati potongan hingga 20% pada tiket bas Kuala Lumpur ke Johor bahru mereka. Pilih mana-mana bas yang ada di laluan bas Kuala Lumpur ke Johor bahru dan jadikan perjalanan anda sangat berpatutan dengan meraih potongan sehingga 20% untuk tiket bas.
Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik seperti di: https://m.redbus.my/offers
Apabila membuat tempahan tiket untuk sebuah bas dari KL ke JB, anda boleh memastikan anda mendapat tempat duduk untuk perjalanan pulang juga. redBus menyediakan cara yang mudah untuk menempah tiket bas perjalanan pulang secara online. Semasa mencari bas di redBus, anda boleh mengisi ruang ‘Tarikh Pulang’ untuk melihat bas-bas dari JB ke KL . Satu lagi cara adalah, selepas anda mendapat senarai bas KL ke JB, anda boleh klik pada butang ‘Add a return ticket’ yang terdapat di penjuru atas pada sebelah kanan halaman. Kemudian, anda boleh memilih bas JB ke KL dan terus membuat bayaran untuk kedua-dua tiket pada masa yang sama. Anda tidak perlu bimbang kerana terdapat banyak bas yang tersedia ada untuk laluan perjalanan pulang juga.