Laluan bas di antara KL dan Kuala Perlis merupakan salah satu jadual perjalanan pelancongan yang paling popular di Malaysia. Ini adalah kerana Kuala Perlis merupakan pintu masuk ke destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia iaitu Pulau Langkawi. Hasilnya, kebanyakan pelancong dan penduduk tempatan melancong dari Kuala Lumpur ke Langkawi dengan menaiki bas melalui Kuala Perlis.
Perjalanan bas dari KL ke Perlis biasanya mengambil masa lebih kurang 6-7 jam dan meliputi 500km. Kebanyakan bas bertolak dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan), namun begitu terdapat juga sesetengah bas yang akan berhenti di Hentian Duta untuk mengambil penumpang.
Tentang Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, sering juga dikenali sebagai KL, merupakan ibu kota Malaysia. Segitiga Emas yang terdiri daripada KLCC, Bukit Bintang dan Chinatown merupakan tarikan utama bandar ini. Terkenal sebagai daerah hiburan, kawasan ini dikaitkan dengan kelab malam, ruang istirehat dan pub yang paling bergaya di bandar ini.
Menara Petronas (jambatan tergantung dan juga ruang tinjau), Dataran Merdeka, Chinatown (di Jalan Petaling), Dewan Parlimen, Tugu Negara (monumen negara), Istana Budaya dan pelbagai masjid seperti Masjid Negara, Masjid Jamek dan Masjid Wilayah Persekutuan semuanya merupakan tarikan pelancong yang popular di Kuala Lumpur.
Batu Caves, Aquaria KLCC dan Zoo Negara juga merupakan destinasi pelancongan yang popular. Werners, The Beach Club, Luna Bar dan banyak lagi kelab malam, bar dan ruang istirehat penuh gaya semuanya terletak di pusat bandar.
Tentang Kuala Perlis
Kuala Perlis adalah sebuah perkampungan nelayan kecil di muara Sungai Perlis.
Oleh kerana Jeti Kuala Perlis merupakan jeti utama di antara Phuket (Thailand) dan Pulau Langkawi, ramai pelancong memilih untuk singgah di sini dan menerokai bandar nelayan sambil menikmati makanan laut tempatan yang terbaik.
Selain makanan laut, Kuala Perlis terkenal dengan Laksa (mi dengan kari santan). Salah satu tarikan di bandar ini ialah peluang untuk melawat beberapa bangunan antik dan masjid yang didirikan di atas paya bakau.
Pencinta alam boleh melawat Taman Negeri Perlis, di mana mereka boleh menikmati pemandangan burung, berkayak, dan juga gua. Ia juga terkenal sebagai syurga membeli-belah, dan kerana Perlis berkongsi sempadan dengan Thailand, anda boleh membeli banyak produk tempatan dan produk Thai pada harga diskaun.
Aktiviti untuk dilakukan Kuala Perlis
- Pergi ke Galeri Diraja Istana Arau - Istana tersebut yang wujud sejak lebih daripada satu abad, merupakan contoh seni bina Melayu yang menakjubkan di rantau ini.
- Nikmati panorama dari Jambatan Tuanku Syed Putra - Masa yang sesuai untuk melawat adalah di waktu petang kerana anda akan dapat menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan, bot nelayan yang pulang, dan juga bayang-bayang Langkawi dan Thailand yang berlatarbelakangkan langit merah jambu/biru.
- Berjalan menyelusuri pantai dan ambil gambar masjid yang tercantik di Malaysia - Berjalan merentasi Jeti Kuala Perlis, yang mempunyai jalan berturap yang baik, dan nikmati bayu laut. Dalam perjalanan, anda akan melalui Masjid Al-Hussain yang tersergam indah - Nikmati makanan laut yang lazat- Terdapat sebuah medan selera yang besar berhampiran dengan masjid yang menempatkan beberapa restoran makanan laut. Untuk menggalakkan pengunjung, penjual mempamerkan makanan laut dan ikan segar.
- Shopping sampai lebam di Padang Besar - Terdapat sebuah kompleks besar dengan banyak penjual yang menawarkan alat solek, produk kecantikan, pakaian, mainan, alat memasak, dompet, kasut, barang kemas dan barangan lain.
Masa terbaik untuk melawat Kuala Perlis
Dari pertengahan Disember hingga hujung Februari adalah masa yang terbaik untuk melawat Kuala Perlis bagi menikmati aktiviti pelancongan. Suhu purata di Kuala Perlis tidak banyak berbeza. Disebabkan kelembapan, suhu adalah panas sepanjang tahun, dengan kebarangkalian hujan sebahagian besar tahun. Jika anda ingin menerokai Kuala Perlis pada bulan-bulan yang paling panas, masa yang terbaik adalah pada bulan Mac, April dan Mei.
Festival Angin Timur merupakan acara tahunan yang disambut dalam bulan Mei yang menandakan peralihan suhu di Malaysia daripada suhu sederhana kepada cuaca kering dan berangin yang bertindih dengan musim menuai padi di Perlis.
Perkhidmatan Bas Antara Kuala Lumpur Dan Kuala Perlis
Jarak jalan antara Kuala Lumpur dan Kuala Perlis ialah 479 kilometer. Jarak ini biasanya ditempuh dalam 6-7 jam dengan bas. Sekitar enam syarikat utama menyediakan perkhidmatan bas KL ke Kuala Perlis dengan cekap untuk melengkapkan laluan selama 7 jam.
Jadual bas berbeza dari satu syarikat ke syarikat yang lain. Tambahan pula, disebabkan musim puncak dan kekangan cuaca semasa perjalanan, jadual perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan.
Bas-bas tersebut terkenal dengan ketepatan waktu ketibaan dan pelepasan, tambang yang berpatutan; dengan kos purata tiket bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis adalah sekitar RM50. Bas-bas ini juga membuat hentian singkat di antara laluan untuk berehat seketika
Cosmic Express menawarkan perkhidmatan bas terawal dengan bas dua tingkat (2+1), yang berlepas pada 7:25 pagi dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan).
Kuala Perlis mempunyai pelbagai pilihan pengangkutan awam. Teksi disediakan di kawasan pusat bandar. MyBAS, yang merupakan perkhidmatan bas kejiranan tempatan, juga disediakan dengan satu laluan ke Kangar, Perlis.
Tempat Bertolak dan Tempat Menurukan Penumpang
Penumpang-penumpang di Kuala Lumpur boleh menaiki bas di tempat-tempat pengambilan yang ditetapkan. Antaranya, Hentian Duta, TBS, Terminal KTM, dan lain-lain. Tempat menghantar termasuk Terminal Bas Kuala Perlis dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, sesetengah tempat bertolak dan tempat menurukan penumpang adalah berbeza-beza bergantung kepada syarikat bas.
Syarikat Bas Popular dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis
Syarikat terkemuka di laluan ini yang menyediakan bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis termasuk -
- Plusliner
- Transnasional
- Intercity Coach
- Cosmic Express
Penumpang boleh mendapatkan senarai komprehensif penyedia perkhidmatan bas di redbus.my.




