Laluan dari Kuala Terengganu ke Kuantan agak sibuk dengan 31-38 bas beroperasi setiap hari. Sebuah bas dari Kuala Terengganu ke Kuantan mengambil masa 3 jam 20 minit hingga 4 jam 56 minit untuk meliputi jarak perjalanan yang 229 km jauh. 12 syarikat bas mengendalikan operasi bas bermula dari 8.45 pagi hingga 11 malam. Tempah tiket bas online untuk menikmati tambang lebih murah dan pelbagai kelebihan lain.
Tentang Kuala Terengganu
Kuala Terengganu adalah bandar diraja Terengganu dan juga merupakan pusat ekonomik dan pentadbiran negeri ini. Negeri ini kaya dengan sejarah diraja dan mempunyai banyak pantai yang permai. Ramai pelancong gemar melawat negeri ini untuk menerokai hutan rimbanya. Terengganu masih memelihara warisan dan tradisinya yang boleh dilihat menerusi rumah kampung yang diperbuat oleh kayu. Sebelum ini, ekonomi Terengganu bergantung pada pelancongan dan pelabuhan, namun penemuan minyak dan gas asli telah mengukuhkan kuasa ekonomi Terengganu di negara ini.
Tentang Kuantan
Kuantan adalah ibu negeri Pahang. Bandar ini terletak berdekatan dengan Sungai Kuantan dan mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi seperti beberapa seni bina yang menakjubkan. Keistimewaan bandar ini adalah lokasinya yang berhampiran dengan beberapa air terjun. Selain itu, terdapat sebuah zoo yang berhampiran serta pusat beli belah untuk beriadah. Penggemar alam semula jadi akan menikmati pendakian menuju air terjun atau puncak gunung untuk menyaksikan matahari terbit atau terbenam sambil menikmati pemandangan panoramik. Anda boleh menaiki bas atau kereta untuk membuat perjalanan ke bandar ini kerana ia dihubung ke semua bandar utama lain di Malaysia.
Aktiviti untuk dilakukan di Kuantan
- Bermalam di Time Capsule Retreat Camp yang terletak di dalam hutan rimba Pahang untuk pengalaman yang unik. Bilik penginapan tempat ini selesa walaupun ia telah diubahsuai daripada paip konkrit silinder.
- Melihat matahari terbit dan terbenam dari sudut pemandangan Bukit Panorama di mana anda boleh menikmati pemandangan panoramik bandar Kuantan.
- Menaiki Kuantan River Cruise untuk bersantai sambil melihat kunang-kunang yang berkelip pada waktu malam.
- Snorkelling di bawah air laut yang jernih untuk melihat alam di bawah laut.
- Melawat Muzium Sultan Abu Bakar untuk mempelajari sejarah negeri Pahang.
- Berjalan-jalan di pantai Teluk Cempedak yang penuh dengan pasir putih dan pokok ru.
Makanan Terbaik di Kuantan
Kuantan mempunyai pelbagai hidangan lazat yang anda boleh cuba pada bila masa sahaja. Anda boleh menemui gerai makanan, kafe dan restoran di sekitar Kuantan untuk mengenyangkan perut anda pada bila masa sahaja. Berikut adalah beberapa makanan popular yang anda mesti cuba,
- Kek keju mangga dengan kuah mangga
- Daging bakar dengan kuah kacang
- Cendol dengan taburan jagung, kacang merah atau pulut
- Nasi Lemak
Tempat untuk dikunjungi di Kuantan
- Air Terjun Pelangi seperti namanya adalah tempat di mana anda boleh melihat pelangi di bawah air terjun yang cantik ini. Untuk melihat pelangi ini, kunjungi air terjun ini semasa awal pagi. Anda perlu memandu lebih kurang satu jam dan kemudian mendaki selama 45 minit untuk sampai ke tempat ini.
- Pantai Balok adalah antara tempat terbaik untuk melakukan sukan air dan aktiviti di tepi pantai. Selain itu, anda boleh menikmati makanan laut.
- Tokong Lao Zi, juga dikenali sebagai ‘Dragon Temple’ mempunyai patung naga 823 meter panjang - patung naga terpanjang di dunia. Anda juga boleh melihat patung pengasas ajaran Taoisme, Lao Zi yang 7 meter tinggi.
- Air Terjun Sungai Pandan adalah tempat yang sempurna untuk berkelah bersama keluarga anda sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Anda boleh datang ke air terjun ini dengan menaiki kereta dan berjalan beberapa meter.
Masa terbaik untuk melawat Kuantan
Iklim di Kuantan panas dan lembap sepanjang tahun dengan beberapa musim hujan. Hujan lebih kerap turun dari bulan Oktober hingga bulan Mac. Awal tahun bukan masa yang baik untuk melawat Kuantan kerana hujan yang lebih kerap turun. Hujan akan kurang lebat bermula dari bulan Januari. Jadi, anda boleh melawat bermula dari bulan Februari. Hujan kurang dari bulan April hingga September. Manakala Jun hingga Ogos adalah waktu terbaik untuk melawat semasa langit cerah dan udara kurang lembap.
Selain daripada perayaan kebangsaan, Kuantan juga menyambut beberapa perayaan lain yang menarik. Pesta Wavescape Monsoon Festival dan pesta Tioman Surf berlangsung pada bulan Januari. Selain itu, pesta Cherating Surf yang berlangsung pada bulan Februari adalah tarikan utama buat peluncur air. Suasana di Kuantan pasti meriah jika anda datang melawat semasa mana-mana pesta tersebut sedang berlangsung.
Perkhidmatan Bas antara Kuala Terengganu dan Kuantan
Perkhidmatan bas Kuala Terengganu ke Kuantan mula sibuk dari jam 6 petang. Namun begitu, bas sentiasa tersedia pada selang masa yang kerap. Jenis bas yang beroperasi pada laluan ini adalah bas satu tingkat eksekutif dengan susunan tempat duduk 2+1 atau 2+2, atau bas dua tingkat dengan susunan tempat duduk 2+1 untuk ruang yang lagi luas. Apabila anda menempah tiket bas secara online di redbus, anda boleh melihat perincian bagi setiap pilihan bas. Kemudahan yang disediakan dalam bas berbeza bergantung pada jenis bas dan antaranya adalah sistem pengesanan GPS, port pengecasan USB, tempat duduk boleh sandar, kamera litar tertutup (CCTV), dll.
Tempat Bertolak dan Tempat Menurunkan Penumpang
Tempat bertolak: Kuala Terengganu, Hentian Bas MPKT, and Terminal Kuala Terengganu (MBKT)
Tempat Menurunkan Penumpang: Kuantan, Terminal Kuantan Sentral, and UMP Gambang
Syarikat Bas Popular dari Kuala Terengganu ke Kuantan
Terdapat sebanyak 10 hingga 12 syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan bas Kuala Terengganu ke Kuantan. Setiap syarikat bas ini akan mengendalikan bas yang berlainan jenis. Perkhidmatan mereka juga akan dinilai pada skala 1-5. Berikut adalah beberapa syarikat yang terbaik.




