Perjalanan menaiki bas dari Kuching ke Bintulu merupakan sebuah perjalanan yang murah dan selesa. Jarak dari Kuching ke Bintulu adalah 552 km dan perjalanan antara dua bandar ini mengambil masa lebih kurang 10 jam dengan menaiki bas. Perkhidmatan bas dari Kuching ke Bintulu dihadkan kepada dua perjalanan setiap hari. Bas-bas ini bermula pada waktu petang dan pada waktu malam. Bas-bas ini sangat selesa dengan kemudahan yang mencukupi untuk perjalanan yang jauh. Perkhidmatan bas yang disediakan adalah dari satu terminal bas ke terminal bas yang lain. Tambang bas yang murah boleh didapati dengan mudah melalui tempahan secara online. Anda boleh menempah tiket bas online secara untuk la luan ini menerusi redBus.
Tentang Kuching
Kuching, ibu negeri Sarawak, dikelilingi oleh Sungai Sarawak. Bandar ini telah dibangunkan di sekitar Sungai Sarawak. Rumah kedai Cina dan kubu era Victoria dari zaman dahulu menjadi tarikan utama di sini. Bangunan-bangunan bersejarah, rumah panjang orang Iban, dll. adalah antara beberapa tarikan yang terdapat di Kuching. Pelancong datang mengunjungi Kuching pada hujung minggu dan untuk percutian yang pendek agar dapat menikmati suasana damai yang diwujudkan oleh penduduk tempatan yang menyambut kedatangan mereka dengan ramah mesra.
Taman-taman negara yang terdapat di bandar ini merupakan adalah beberapa destinasi yang boleh dikunjungi oleh pelancong yang melawat Kuching. Bandar yang menarik ini mempunyai warisan kukuh yang dicerminkan dalam pusat bandar ini. Keindahan alam semula jadi bandar ini dipelihara oleh taman negara yang terdapat di bandar ini. Bandar ini juga popular dengan rumah panjang yang boleh dilawati pelancong sehari suntuk atau dengan safari hujung minggu.
Tentang Bintulu
Bintulu adalah sebuah bandar kecil di Sarawak yang terkenal dengan Ikan Lumba-Lumba Irrawaddy dan Pantai Golden Beach. Dahulu ia hanya sebuah perkampungan kecil dan kini telah berkembang menjadi salah satu pelabuhan yang paling sibuk di negara ini, menjadikan pembangunan Bintulu satu faktor yang penting. Empangan Bakun menjadi tarikan yang hebat bagi pelancong kerana ia merupakan empangan konkrit kedua tertinggi di dunia yang diliputi dengan batu. Bandar ini sentiasa dikunjungi oleh pelancong kerana unsur-unsur semula jadi yang lain serta pembangunan perindustrian ini. Warisan bandar ini telah dipelihara dengan baik dan memudahkan pelancong untuk mendapat tempat penginapan di inap desa (homestay) atau pondok-pondok terapung.
Taman Negara Similajau dan Taman Negara Niah merupakan dua tempat pelancongan yang popular di Bintulu. Festival Layang-Layang yang terkenal dianjurkan di lapangan terbang lama bandar ini. Dahulu perikanan merupakan pekerjaan utama bagi kebanyakan penduduk di sini sehinggalah penemuan bekalan gas dan minyak. Pelabuhan Bintulu merupakan pelabuhan yang paling sibuk di negeri ini.
Tempat untuk dikunjungi di Bintulu
- Taman Negara Similajau adalah destinasi pelancongan yang utama di Bintulu. Berjalan-jalan di tepi pantai dan mendaki bukit ke pantai penyu untuk melihat penyu serta ikan lumba-lumba merupakan aktiviti-aktiviti yang paling popular untuk dilakukan di sini.
- Monumen Council Negeri Memorial adalah sebuah monumen yang indah yang dibina untuk memperingati mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang pertama pada tahun 1867. Monumen ini merupakan sebuah seni bina yang menakjubkan dan setiap pengunjung tidak boleh melepaskan peluang untuk melihat monumen ini.
- Pantai Golden Beach adalah sebuah destinasi yang popular untuk aktiviti merentas hutan.
- Kelab Golf di Jalan Tanjung Kidurong adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan sambil bermain sukan ini.
- Taman Negara Niah dianggap sebagai tempat kelahiran tamadun manusia di Asia Tenggara. Ia terdiri daripada beberapa gua semula jadi dan sebuah muzium arkeologi yang dijaga dengan baik.
- Zoo Bintulu di Taman Tumbina adalah kombinasi sebuah zoo dan taman botani yang mempunyai beberapa jenis pokok yang berharga.
- Tokong Tua Pek Kong Bintulu terkenal dengan reka bentuk dan keseniannya. Nama tokong ini membawa maksud Tokong Kemakmuran dan mempunyai sebuah taman batu dengan ukiran naga di dalamnya.
Masa sesuai untuk mengunjungi Bintulu
Memandangkan terdapat beberapa taman negara dan gua untuk diterokai dan denai-denai untuk dijejaki, masa yang terbaik untuk melawat Bintulu adalah apabila tempat ini menerima hujan yang paling sedikit. Oleh sebab itu, masa yang terbaik untuk melawat adalah pada bulan Mei hingga bulan September. Pada masa ini, kemungkinan untuk hujan adalah sedikit dan anda akan mempunyai masa yang cukup dengan hari-hari yang kering supaya anda boleh menerokai tempat-tempat alam semula jadi di sini. Bulan Julai hingga bulan Oktober juga merupakan masa yang baik untuk melawat Bintulu.
Tambang bas dari Kuching ke Bintulu
Tambang bas untuk perjalanan dari Kuching ke Bintulu adalah lebih kurang MYR 83.
Syarikat bas yang popular untuk bas dari Kuching ke Bintulu