Jarak di antara Bintulu dan Sibu melalui jalan darat adalah lebih 200km. Oleh kerana itu, ramai orang yang bergantung pada kaedah pengangkutan melalui bas untuk menghubungkan mereka di antara dua lokasi ini. Perjalanan bas di antara Bintulu dan Sibu mengambil masa 3 jam 55 minit. Terdapat 4 bas utama yang melalui laluan ini dan dua perkhidmatan ditawarkan dari syarikat bas. Bas-bas ini biasanya beroperasi pada waktu pagi atau menjelang tengahari. Perkhidmatan bas ini mempunyai pelbagai jenis kemudahan untuk memastikan keselesaan penggunanya. Anda boleh membuat tempahan secara online dengan mudah melalui aplikasi redBus untuk laluan ini.
Tentang Sibu
Sibu adalah kawasan pedalaman yang sangat terkenal di Pulau Borneo di negeri Sarawak. Bandar ini terkenal dengan pelabuhan-pelabuhannya dan mempunyai zon industri yang dikhaskan untuk pembinaan kapal. Ianya berdekatan dengan titik pertemuan di antara Sungai Igan dan Sungai Rajang. Sibu juga kaya dengan sejarah dan budaya yang bermula sejak abad ke-15. Selain dari menjadi pusat pemasangan kenderaan, bandar ini juga dikenali dengan pelabuhan-pelabuhannya iaitu Pelabuhan Sungai Merah dan Pelabuhan Sibu. Memandangkan lokasinya yang terletak di bahagian tengah negeri Sarawak, Sibu adalah pintu masuk bagi negeri Sarawak. Bandar ini merupakan di antara bandar yang paling unik sekali di Malaysia, dan penduduknya didominasi oleh populasi Cina Foochow.
Tentang Bintulu
Bintulu merupakan pekan pesisiran pantai di Sarawak yang terletak di Timur Laut Sibu. Ia merupakan sebuah perkampung nelayan pada abad ke-18. Kini, Bintulu dikenali dengan industri minyak dan gasnya. Bintulu juga merupakan hos kepada banyak industri berasaskan kayu. Ia juga adalah lokasi tarikan pelancong, di mana ramai pelancong yang singgah di sini dari serata Malaysia. Bintulu terkenal di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pantai Golden Beach dan sambutan Layang-layang Antarabangsa adalah tarikan utama di sini.
Tempat untuk dikunjungi di Bintulu
- Similajau National Park: Taman ini terletak di pesisiran pantai, di mana anda boleh menyaksikan penyu dan juga ikan lumba-lumba. Selain dari itu, terdapat juga laluan mendaki yang terkenal di kalangan pelancong beserta pemandangan matahari terbenam di sebelah petang
- Tokong Tua Pek Kong: Tokong ini merupakan destinasi kebudayaan yang terkenal, di mana ia mempersembahkan banyak seni bina yang mengagumkan. Struktur bina tokong ini yang sangat cantik dihiasi juga dengan hiasan yang mempesonakan
- Bintulu Waterfront Promenade: Persiaran ini berhampiran dengan pekan Bintulu, dan laluan pejalan kaki yang merangkumi sepanjang pantai ini menjadikannya kawasan tepi laut terpanjang di negeri ini. Pengalaman yang mengujakan menanti pelancong yang melalui jalan ini, ditambah pula oleh kemudahan-kemudahan tambahan berhampiran dengannya
- Kampung Jepak: Kampung Jepak ini adalah perkampungan nelayan di mana anda boleh menemui pelbagai barangan buatan tempatan seperti Belacan, Cencaluk, Sago dan Terendak (sejenis pakaian kepala). Pelancong juga boleh melihat bagaimana ia dihasilkan
- Masjid Assyakirin Bintulu: Masjid ini adalah satu lagi lokasi tarikan pelancong. Ia adalah masjid yang sangat mempesonakan yang dibina dengan ciri-ciri seni bina moden, dan dilengkapi dengan taman-taman dan air terjun sebagai tarikan tambahan
Masa yang terbaik untuk melawat Bintulu
Bintulu tidak mempunyai musim cuaca yang berubah, jadi ia sesuai dilawati pada bila-bila masa pada setiap tahun. Suhu purata di pekan ini adalah di antara 23-32 darjah Celsius. Namun, Bintulu mempunyai dua musim Monsoon dengan kadar hujan yang sederhana. Monsoon yang pertama bermula dari Mei ke September dan yang kedua di antara November ke Mac. Sementara itu, Disember merupakan bulan yang paling sibuk setiap tahun. Waktu yang terbaik untuk melawat Bintulu adalah di antara Julai ke November di mana cuaca berada pada suhu yang baik dan kelembapan adalah rendah – menjadikannya cuaca yang terbaik untuk aktiviti luar. Bintulu mempunyai kelembapan yang tinggi, jadi musim panas mungkin panas dan lembap.
Syarikat bas yang popular untuk bas dari Sibu ke Bintulu
Tempat Perlepasan Dan Ketibaan
Tempat Perlepasan di Sibu
Tempat Ketibaan di Bintulu