Miri dan Kuching merupakan dua lokasi yang terkenal di mana ramai penumpang sering bergerak di antara lokasi-lokasi ini. Jarak Miri ke Kuching adalah sejauh 750 km. Bas dari Kuching ke Miri mengambil masa lebih kurang 14-16 jam untuk sampai ke destinasi.Terdapat dua buah syarikat bas yang masing-masing mengendalikan tiga buah bas melalui laluan ini dari pagi ke petang.Terdapat dua pilihan untuk tempat mengambil dan menurunkan penumpang. Anda boleh memilih di antara bas eksekutif atau ekonomi di laluan ini.Tiket-tiket bas boleh didapati secara online dengan kupon untuk mendapatkan tawaran terbaik. Kaedah paling selesa dan jimat untuk melalui jalan ini adalah melalui bas. Anda boleh menempah tiket bas online melalui redBus.
Tentang Miri
Miri terletak di Barat Daya Pulau Borneo dan merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak dengan dua taman negara. Di sinilah tempat bermulanya industri petroleum negara. Ia telah direka semula sebagai sebuah bandar pada 2005. Taman-taman negara dan tempat-tempat menarik lain di dalam dan di sekeliling bandar ini adalah punca rezeki utama yang menyumbang kepada sektor pelancongannya. Tetapi, apa yang menjadikannya terkenal adalah Sarawak Chamber, gua terbesar di dunia. Gua ini kini adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Terdapat beberapa tempat menyelam dan pemandangan matahari terbenam yang menambahkan lagi daya tarikannya.
Tentang Kuching
Kuching merupakan ibu negeri bagi negeri Sarawak dan adalah di antara bandar tersehat serta terbersih di dunia untuk didiami. Selain itu, Kuching adalah bandar keempat terbesar di Malaysia and bandar terbesar di Pulau Borneo. Bandar ini menarik perhatian para pelancong dari banyak tempat di seluruh Malaysia dan dunia. Ia juga dikenali sebagai ‘bandar kucing’ dengan muzium kucing untuk menjadikan bandar ini lebih menarik. Terdapat juga peruntukan untuk sukan air di bandar ini dan pilihan-pilihan kapal persiaran di sepanjang Sungai Sarawak, serta taman-taman negara untuk dijelajahi. Selain dari menjadi pusat pelancongan, ia juga adalah sebuah pusat perniagaan.
Aktiviti-aktiviti untuk Dilakukan di Kuching
- Pengembaraan safari di mana-mana satu taman negara
- Bersiar-siar di dermaga
- Mencari penyu laut di Pulau Satang
- Melawat katedral St. Thomas
Tempat-tempat untuk Dikunjungi di Kuching
- Sarawak Cultural Village adalah merupakan sebuah perkampungan yang menjadi tempat kediaman suku orang asli.
- Tokong Tua Pek Kong pula adalah tokong Cina tertua di Malaysia yang terkenal dengan seni bina dan dinding-dinding yang terhias indah.
- Kuching Cat Museum memaparkan gambar-gambar, cenderahati dan artifak-artifak berkaitan dengan kucing.
- Kuching Wetlands National Park adalah kawasan tinggalan hutan bakau dengan ladang-ladang masin.
- Kuching Waterfront menawarkan pemandangan yang paling menarik Sungai Sarawak, Asthana dan juga Fort Margherita.
- Fort Margherita merupakan sebuah monumen bersejarah berwarna putih yang dijadikan benteng pertahanan seperti terlihat di sepanjang Sungai Sarawak.
- Rizab Semulajadi Semenggoh adalah kawasan simpanan di mana anda boleh melihat pelbagai spesis burung dan juga orang hutan.
Masa yang Terbaik untuk Melawat Kuching
Iklim Kuching adalah hutan hujan tropika dengan jumlah hujan yang kerap dan lembap hampir sepanjang tahun. Waktu terbaik untuk melawat adalah ketika musim keringnya. Musim kering di sini adalah di antara yang terpanas dan berlangsung dari April hingga Oktober. Anda boleh menyaksikan Perayaan Hari Gawai sekiranya anda melawat pada bulan Jun, atau menikmati Annual Rainforest Festival yang diadakan pada setiap Julai. Suhu purata kekal di bawah 29 darjah Celsius dan suhu pada sebelah malam pula adalah di antara 23-24 darjah Celsius sepanjang tahun. November ke Januari pula menerima kekerapan hujan maksimum dan adalah musim yang kurang dilawati, tetapi ia adalah musim yang paling menjimatkan untuk melawat. Hujan berkurangan di antara Februari hingga ke Mac.
Tambang Bas dari Miri ke Kuching
Jika anda mengembara dari Miri ke Kuching menggunakan jalan raya, harga online tiket bas untuk perjalanan ini adalah lebih kurang RM 109. Harga ini boleh berubah mengikut hari perjalanan anda atau jenis bas yang anda pilih.
Syarikat Bas yang Popular untuk Bas dari Miri ke Kuching