• Need Help? Toll Number : 1860-300-10101
    Email : support@redbus.my
redBus.in

SAFE & SECURE
ONLINE PAYMENTS
Kwok Ping Bus Tickets

100%

Tempahan Terjamin

Zero

Tanpa Yuran Tempahan

Kwok Ping Express Di redBus:

Kwok Ping Express telah ditubuhkan pada tahun 1980-an adalah salah satu syarikat bas ekspress yang cepat berkembang yang bertapak di Klang. Bermula sebagai sebuah syarikat pelancongan dan lawatan, kini ia telah menceburi industri bas ekspress yang kompetitif ini. 28 tempat duduk VIP Kwok Ping Express menyediakan perkhidmatan bas setiap hari dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke dan dari Skudai, Larkin dan Johor. Tempat- tempat berlepas terletak di Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam adalah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Terminal Bas Klang Sentral dan Terminal Bas Shah Alam Seksyen 13. Tiga tempat naik di kawasan Lembah Klang memberikan keselesaan dam kemudahan kepada pelancong untuk mendaftar masuk. Tempat naik di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) adalah terminal bas yang moden, cekap dan berhawa dingin sepenuhnya di Kuala Lumpur. Terminal Bersepadu Selatan (TBS) beroperasi seperti di lapangan terbang dengan papan tanda besar yang memaparkan semua jadual – jadual pelepasan, sistem keselamatan ke pintu platform dan sistem pengkomputeran yang cekap beroperasi sepenuhnya, Untuk sampai ke tempat ketibaan di Johor bahru, tempat yang sesuai adalah di Terminal Bas Larkin. Ia adalah satu terminal bersepadu yang disediakan untuk ketibaan dan pelepasan bagi perjalanan jauh bas express, bas bandar dan teksi.

Laluan – laluan terkenal Kwok Ping Express:

    Terdapat beberapa laluan – laluan terkenal setiap hari Kwok Ping Express
  • - Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Johor – Larkin
  • - Terminal Bas Tun Aminah, Johor ke Kuala Lumpur
  • - Terminal Bas Tun Aminah, Johor ke Shah Alam
  • - Terminal Bas Tun Aminah, Johor ke Klang


Maklumat untuk dihubungi Kwok Ping Express

Alamat: 240, Jalan Batu Unjur 7, Bayu Perdana, Klang, 41200, Klang, Selangor, 42000, Malaysia. No. Telefon: +60 3-3323 5555

Penempahan tiket bas secara atas talian Kwok Ping Express di redBus::

Pilih masa yang terbaik, bandingkan tambang dan selamatkan diri anda dari bersesak – sesak di kaunter. Anda boleh menempah tiket bas Kwok Ping secara atas talian di redBus dengan memastikan pengalaman termpahan yang terjamin dengan mendaftar masuk ke redbus.my atau memuat turun aplikasi mudah alih iOS / Android. Pilih bas yang sesuai dan tempat duduk di Kwok Ping Express dan punyai perjalanan yang menyeronokkan.