Cuti Raya Haji dah nak dekat! Adakah anda sudah merancang untuk membawa keluarga anda berjalan-jalan? Daripada hanya duduk di rumah, mengapa tidak membuat kenangan dengan bercuti lebih lama dan jauh? Kadangkala, perancangan percutian keluarga mungkin boleh memeningkan kepala. Anda ingin mencari tempat yang menghiburkan anak-anak tetapi orang tua juga boleh berehat. Oleh itu, biarkan kami mencadangkan 10 destinasi percutian yang akan membuatkan satu keluarga anda happy.
10 Destinasi Percutian Keluarga Sempena Raya Haji
Berikut ialah 10 port terbaik yang anda boleh bawa seisi keluarga untuk pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan.
1. Sunway Lagoon, Selangor


Kenapa best? Sunway Lagoon bukan sahaja taman tema air. Ia menawarkan sebanyak 6 zon berbeza! Anak-anak kecil boleh melihat haiwan, yang remaja boleh masuk ke rumah hantu, dan sesiapa sahaja yang berani boleh naik permainan ekstrem. Semua ahli keluarga pasti akan puas hati seharian di sini.
- Waktu Operasi: 10:00 PG – 6:00 PTG (Tutup Selasa Kecuali Cuti Umum)
- Harga Tiket: Bermula RM188 (Dewasa), RM140 (Kanak-kanak/Warga Emas)
- Tips: Rancang hari anda mengikut zon. Mulakan dengan zon kering seperti Amusement Park sebelum beralih ke Water Park untuk menyejukkan badan.
2. LEGOLAND® Malaysia Resort, Johor


Kalau anak-anak anda suka LEGO®, LEGOLAND® Malaysia Resort akan menjadi syurga mereka! Di sini ada taman tema, taman air dan akuarium SEA LIFE yang kesemuanya mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri. Untuk keluarga dengan anak sekecil 2 tahun, LEGOLAND® Malaysia Resort memang sangat sesuai.
- Waktu Operasi: 10:00 PG – 6:00 PTG (Tutup Selasa/Rabu Kecuali Cuti Umum)
- Harga Tiket: Bermula RM84–200 (Dewasa), RM67–160 (Kanak-kanak/Warga Emas) untuk akses ke satu taman.
- Tips: Jangan lepaskan peluang untuk melihat pameran Miniland, lokasi mercu tanda ikonik Asia yang dibina sepenuhnya dengan kepingan LEGO®.
3. Lost World of Tambun, Ipoh


Inginkan vibe adventure bercampur nature? Lost World of Tambun Ipoh ialah jawabannya. Anda boleh bermain air dan berjalan-jalan di mini zoo pada waktu siang, kemudian berendam dalam kolam air panas semula jadi pada waktu malam.
- Waktu Operasi: 10:00 PG – 11:00 MLM (Hujung Minggu/Cuti Umum; Tutup Selasa Kecuali Cuti Umum)
- Harga Tiket: Bermula RM99 (Dewasa), RM91 (Kanak-kanak) selepas diskaun.
- Tips: Bawa pakaian lebih untuk menikmati kolam air panas pada waktu malam.
4. ESCAPE Penang


Untuk keluarga yang aktif dan suka aktiviti lasak, ESCAPE Penang ialah antara tarikan yang wajib anda pergi. Flying fox, aktiviti memanjat, menaiki gelongsor air terpanjang di dunia; kesemuanya ada di ESCAPE Penang!
- Waktu Operasi: 10:00 PG – 6:00 PTG (Tutup Isnin)
- Harga Tiket: Bermula RM184.5 (Dewasa), RM122.5 (Kanak-kanak)
- Tips: Pakai kasut sukan yang selesa dan baju yang sesuai untuk aktiviti lasak. Datang awal untuk mengelakkan barisan yang panjang.
5. Zoo Negara, Kuala Lumpur


Mengharapkan destinasi yang santai tetapi menyelitkan pendidikan? Anda boleh bawa anak-anak pergi ke Zoo Negara. Tarikan yang paling hangat sekarang sudah semestinya pusat panda gergasi dengan si comel Bulan (Xiao Yue) dan Bintang (Chen Xing)!
- Waktu Operasi: 9:00 PG – 5:00 PTG
- Harga Tiket: RM45 (Dewasa), RM15 (Kanak-kanak)
- Tips: Naik trem untuk mengelilingi zoo jika anda datang dengan anak kecil atau warga emas.
6. Aquaria KLCC, Kuala Lumpur


Jangan lepaskan peluang untuk jalan-jalan di bawah terowong akuarium terbesar di Malaysia! Pastikan juga anda tidak terlepas sesi beri makan ikan dan haiwan lain. Aquaria KLCC kerap menjalankan persembahan istimewa untuk sambutan perayaan tertentu.
- Waktu Operasi: 9:00 PG – 9:00 MLM (Hujung Minggu/Cuti Umum)
- Harga Tiket: Serendah RM50 (Dewasa), RM41 (Kanak-kanak) selepas diskaun.
- Acara Terkini: Persembahan ‘Underwater Excavation Performance’ kini berlangsung sehingga 26 Jun 2026!
7. Genting SkyWorlds Theme Park

Elakkan panas dengan bercuti di Tanah Tinggi Genting. Dengan keluarga, anda boleh menikmati taman tema bertaraf antarabangsa Genting SkyWorlds Theme Park. Udara sejuk, suasana meriah; taman tema ini menjadi salah satu lokasi yang menawarkan percutian keluarga yang terbaik.
- Waktu Operasi: 10:00 PG – 6:00 PTG (Tutup Selasa Kecuali Cuti Umum)
- Harga Tiket: Bermula RM88 (Dewasa), RM65 (Kanak-kanak/Warga Emas) selepas diskaun.
- Tips: Sentiasa semak harga tiket Genting SkyWorlds di redBus untuk tawaran menarik!
8. Farm In The City, Seri Kembangan

Petting zoo berkonsepkan kampung halaman ini memang sangat seronok untuk budak-budak (dan juga ibu bapa) belajar tentang haiwan dengan lebih dekat. Anda boleh pegang, usap, dan juga beri makanan kepada haiwan jinak di sini seperti kura-kura, alpaca dan arnab.
- Waktu Operasi: 9:30 PG – 6:00 PTG (Hujung Minggu/Cuti Umum; Tutup Selasa Kecuali Cuti Umum)
- Harga Tiket: Serendah RM46 (Dewasa), RM36 (Kanak-kanak) selepas diskaun.
9. Zoo Teruntum, Kuantan

Jika anda ingin ke Kuantan dan tidak pernah mengunjungi Zoo Teruntum, waktu cuti inilah masanya. Zoo ini adalah antara tarikan terbaharu di bandar Kuantan, mempamerkan bukan sahaja haiwan tetapi juga robot dinasour yang realistik dan menggerunkan.
- Waktu Operasi: 9:00 PG 6:00 PTG
- Harga Tiket: RM26.88 (Dewasa), RM23.80 (Kanak-kanak/Warga Emas) selepas diskaun.
10. Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Melaka


Kalau anda balik kampung ke arah Selatan, anda boleh singgah di taman tema air di Melaka ini. Dengan 11 tarikan air termasuk kolam ombak dan Tornado Chaser, seluruh ahli keluarga boleh meluangkan masa bersama dan menyejukkan badan dengan bermain air.
- Waktu Operasi: 10:00 PG 6:00 PTG (Tutup Isnin)
- Harga Tiket: Anggaran RM43 (Dewasa), RM34.80 (Kanak-kanak) selepas diskaun.
Tempah Tiket Anda Melalui redBus
Enjoy rancang percutian anda secara dalam talian. Gunakan redBus dan anda boleh menempah tiket tarikan-tarikan best dalam masa beberapa minit sahaja. Yang paling menarik, anda juga boleh mendapatkan diskaun dan promosi tambahan!
Jadi, tunggu apa lagi? Layari platform redBus sekarang dan tetapkan jadual cuti Hari Raya Aidiladha anda!
Soalan Lazim
Tidak, harga tiket masuk kebanyakan tarikan lebih murah secara dalam talian. Jadi, belilah tiket anda di redBus untuk menjimatkan duit, masa dan tenaga!
Untuk mengelakkan kesesakan, datang awal pagi semasa tarikan baru dibuka. Kalau anda pergi semasa cuti umum seperti Hari Raya Haji, kebanyakan tempat memang akan dikunjungi ramai, jadi sila tempah tiket secara dalam talian terlebih dahulu.
Kebanyakan taman tema dan tarikan tidak membenarkan makanan dan minuman dari luar.
Kebanyakan tempat-tempat pelancongan dibuka semasa cuti umum seperti Hari Raya Aidiladha. Namun begitu, anda boleh menyemak dahulu waktu operasi tempat-tempat tersebut sebelum datang.
Kebanyakan kedai makan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor dibuka semasa Hari Raya Haji.
