Sedang merancang percutian di Pulau Redang? Dalam blog ini, kami menyediakan tawaran pelancongan istimewa untuk anda! Berikut ialah 3 aktiviti menarik untuk jadual perjalanan anda, lengkap dengan tawaran tiket feri dan diskaun eksklusif. Rancang dengan lebih bijak dan simpan senarai ini untuk rujukan anda nanti!
1. Aktiviti Wajib: Snorkeling di Pulau Redang


Percutian ke Pulau Redang tidak lengkap tanpa meneroka keindahan hidupan laut. Anda wajib merakam momen OOTD di perairan jernih ‘Little Maldives’, berenang santai bersama penyu di Turtle Bay, dan meneroka terumbu karang yang menakjubkan di Nemo Point, Coral Point, serta Gua Kawah. Tiada pengalaman menyelam? Jangan risau kerana semua aktiviti ini dibimbing dan diawasi oleh pemandu pelancong yang terlatih.
2. Panaskan Badan dengan Kembara ATV di Setiu

Inginkan sedikit kelainan sebelum atau selepas menikmati ketenangan di Redang? Jangan lepaskan peluang untuk bersiar-siar dengan ATV di Penarik, Setiu—sebuah ‘hidden gem’ yang menjanjikan kepuasan buat pencinta rekreasi. Uji kemahiran anda meredah pesisir pantai sambil menikmati tiupan angin laut sewaktu matahari terbit atau terbenam. Ia menjadi pelengkap untuk jadual percutian yang sempurna.
3. Alami Eko-Pelancongan di Setiu Wetlands


Maksimumkan pengalaman alam semula jadi anda dengan meneroka keunikan ekosistem di Setiu Wetlands. Lawatan ini merangkumi pelbagai aktiviti santai seperti menyusuri Setiu Boardwalk, menangkap kepah, memancing dan mencari lokan sewaktu air surut. Yang lebih menarik, anda juga akan dihidangkan dengan makan tengah hari ala kampung yang menyelerakan. Kesemua pengalaman ini berharga RM100 sahaja!
Dapatkan Tiket Feri Tanpa Perlu Beratur
Abaikan pembelian tiket di kaunter dan tempah tiket feri ke Pulau Redang secara dalam talian di redBus. Selain proses tempahan yang pantas dan selamat, anda juga boleh mendapatkan pelbagai diskaun dari semasa ke semasa. Masukkan kod “RBFERRY” semasa pembayaran untuk mengaktifkan diskaun tiket feri anda. Tawaran ini hanya tersedia untuk pengguna redBus!
Lagi Diskaun untuk Aktiviti Percutian Anda
Mahukan lebih lagi potongan harga? Kami ada satu lagi diskaun khas untuk anda! Pastikan anda menempah tiket untuk mana-mana aktiviti di redBus dan masukkan kod “RBHOLIDAYFUN” untuk diskaun yang berpatutan. Rancang, tempah dan cipta kenangan percutian anda hari ini!
