Terengganu mencatatkan sebanyak satu juta pelancong sepanjang cuti Raya Haji tahun ini sahaja, dan jumlah ini tidak termasuk pengunjung yang menaiki motosikal serta melalui jalan Persekutuan dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Sambutan yang sangat meriah ini menunjukkan bahawa Terengganu kian maju dalam sektor pelancongan, sekaligus menaikkan lagi ekonomi negara.
Drawbridge Terengganu: Ikon Pelancongan Terbaharu Negeri Itu

Antara lokasi yang paling terkenal di Terengganu dalam kalangan pelancong ialah Jambatan Angkat Kuala Terengganu (juga dikenali sebagai Kuala Terengganu Drawbridge). Jambatan berukuran 638 meter ini dibina untuk menyambungkan daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, selain menonjolkan seni dan kemahiran kejuruteraan tempatan yang mempesonakan.
Tahukah Anda? Fakta Menarik Drawbridge Terengganu
- Jambatan Angkat Kuala Terengganu ialah jambatan angkat yang pertama di Asia Tenggara. Seni binanya mendapat ilham daripada Tower Bridge di London, tetapi masih mengekalkan identitinya yang tersendiri.
- Anda boleh menaiki menara jambatan 15 tingkat untuk ke galeri awam dan melawat bilik hidraulik yang menjadi bilik kawalan bascule jambatan ini.
- Selain galeri awam dan lawatan hidraulik, jambatan angkat ini juga menempatkan teres berlantai kaca, restoran serta ruang majlis istimewa.
- Anda juga boleh menyusuri sungai di bawah Jambatan Angkat Kuala Terengganu dengan menaiki bot. Masa yang ideal untuk gambar yang “molek” semasa river cruise ialah pada waktu matahari terbenam.


Ramai yang masih tidak tahu bahawa mereka boleh masuk ke bangunan Drawbridge Terengganu dan bukan sahaja melihatnya dari luar. Dengan jadual operasi yang tetap, anda boleh datang ke jambatan angkat ini pada masa yang telah ditetapkan seperti berikut.
| Hari | Masa |
|---|---|
| Ahad – Khamis | 10.00 PG – 7.00 PTG |
| Jumaat | 2.30 PTG – 10.00 MLM |
| Sabtu | 10.00 PG – 10.00 MLM |
| Cuti Umum | 10.00 PG – 10.00 MLM |
| Cuti Umum pada Hari Jumaat | 10.00 PG – 12.30 TGH; 2.30 PTG – 10.00 MLM |
Rebut Harga Tiket Drawbridge Terendah Terengganu
Pengalaman yang dibawakan oleh Drawbridge Terengganu mungkin kedengaran mahal, tetapi dengan hanya RM17, anda boleh mendapatkan gambar OOTD yang pastinya “mahal” di menara 15 tingkat jambatan tersebut. Pastikan anda masuk dan rasai sendiri pengalaman di dalam ikon pelancongan Terengganu ini. Gunakan kod diskaun RBHOLIDAYFUN untuk mendapatkan lebih banyak diskaun di redBus.
