Adakah anda penat menghadapi kesesakan jalan raya dan tekanan kerja setiap hari? Jika anda sedang mencari lokasi healing yang tenang dan jauh dari bandar, inilah masanya untuk menerokai lokasi eko-pelancongan ‘tersorok’ di Setiu, Terengganu: Lata Ulu Kasar.
Bawa Anak-Anak Kecil Mandi Tanpa Perlu Risau
Keselamatan menjadi keutamaan apabila bercuti bersama keluarga. Lata Ulu Kasar dikenali dengan aliran air sungainya tenang dan cetek, jadi anda boleh membawa anak-anak kecil untuk mandi dengan selamat. Kawasan sekitarnya juga luas dan rata, memudahkan aktiviti memasang khemah, berkelah dan menikmati BBQ bersama yang tersayang sambil menghirup udara segar.
Bukan Sekadar Mandi Sungai
Jika anda inginkan sedikit aksi, Lata Ulu Kasar mempunyai pelbagai daya tarikan. Simpan telefon dan gajet anda dan sertai pengalaman ini:
- Terokai keindahan dan kesegaran Air Terjun Lata Papan
- Dekati alam semulajadi dan beri ikan makan di Santuari Ikan
- Rasai adrenalin sambil merentasi Zip Line
- Hanyut menelusuri sungai dengan aktiviti Tubing

Pilih Gaya Perkhemahan Anda
Suka Star Gazing? Tidur di bawah taburan bintang sambil ditemani deruan air sungai. Lata Ulu Kasar menawarkan tiga pilihan tapak perkhemahan yang sesuai dengan tahap keselesaan anda:
- Glamping: Pilihan tepat untuk mereka yang mahukan suasana alam semulajadi tanpa mengorbankan keselesaan.
- Tapak Hutan: Sesuai untuk campers tegar yang mahukan suasana hutan sebenar.
- Tapak Pantai: Lokasi terbaik untuk pacak khemah berhampiran kawasan air.
Jangan biarkan hari minggu anda berlalu dengan sia-sia di rumah. Kembalikan kesegaran minda di lokasi healing terbaik di Terengganu ini.
