Lebih banyak untuk diterokai di Langkawi

Destinasi
Semua bandar
Semua
load
Tiada keputusan dijumpai
Sila cuba kategori atau destinasi lain
Jangan risau, kami sedang berusaha untuk menambah lebih banyak Perkara Untuk Dilakukan untuk anda!

Sukan Air Terbaik di Pulau Langkawi

Pulau Langkawi ialah salah satu destinasi utama di Malaysia untuk aktiviti air. Sama ada anda mencari ketenangan atau pengembaraan, Pulau Langkawi dapat memuaskan semua pelancong. Nikmati pemandangan indah dan adrenalin yang tak terhingga semasa meluncur atau melayari ombak di pantai. Dapatkan diskaun warganegara, promosi istimewa dan pengesahan segera dengan menempah aktiviti sukan air anda di redBus.

1) Kayak

Naik sampan merentasi ombak kecil di Pulau Langkawi dengan aktiviti kayak. Aktiviti ini kekal popular sehingga kini dan menjadi salah satu sukan air yang paling dicari-cari di Pulau Langkawi. Mulakan sukan air anda dengan JungleWalla Langkawi Kayaking untuk melihat alam semula jadi dari dekat, atau nikmati pemandangan matahari terbenam dengan menyertai Langkawi Sunset Kayaking Tour. Jika anda mencari pilihan berkayak yang mesra bajet, redBus juga menawarkan Pakej Bajet Mangrove Kayaking.

2) Luncur Jet (Jet Ski)

Dengan gabungan motosikal dan permainan di atas air, jet ski juga merupakan sukan air yang sangat popular di Langkawi. Meluncur di laut bersama rakan atau ahli keluarga anda sambil menikmati pemandangan dan percikan air. Saksikan habitat helang dengan mengikuti Langkawi Jet Ski Tour atau terokai pulau-pulau tersembunyi melalui jelajah bersama Mega Water Sports Langkawi, Jet Ski Island Hopping. Bagi penggemar aktiviti memancing, gabungkan pengalaman jet ski dengan memancing melalui Pakej Memancing dengan Jet Ski di redBus.

3) Paralayar (Parasailing)

Nikmati keseronokan berada di udara mengikut bot laju yang dikendalikan oleh pakar. Parasailing atau paralayar merupakan satu lagi sukan air yang unik di Langkawi, memberi pengunjung nikmat pemandangan dari atas laut. Dapatkan pengalaman parasailing anda daripada pengendali yang terkenal, ZS Watersports Langkawi, untuk gabungan jet ski dan parasailing, atau terokai lebih banyak pilihan Aktiviti Tepi Pantai di Langkawi melalui redBus.

4) Selam Snorkel (Snorkelling)

Berenang di bawah permukaan air tanpa kelayakan menyelam dengan aktiviti snorkeling. Selam snorkel atau snorkeling ialah salah satu cara paling mudah untuk mendekati hidupan laut di Langkawi dan merakam pengalaman anda dengan bantuan pemandu pelancong profesional. Gabungkan pengalaman snorkeling dengan lawatan ke hutan bakau melalui ZH Langkawi Mangrove Tour atau luangkan hari anda dengan aktiviti Snorkeling di Pulau Dangli atau Pulau Intan Kecil.

5) Lawatan Memancing

Aktiviti air lain di Pulau Langkawi termasuk lawatan memancing untuk peminat memancing. Ikuti kru dan pemandu pelancong anda untuk mendapatkan tips dan cara terbaik untuk memancing. Tempah Lawatan Memancing Langkawi mengikut saiz kumpulan dan tahap kemahiran anda.

Tawaran redBus bagi Sukan Air di Langkawi

Alami pengembaraan tropika terunggul dengan sukan air terbaik di Langkawi. Berkayak di sepanjang Taman Georimba Kars Kilim atau ikuti paralayar di atas pantai Langkawi untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan redBus, anda boleh membeli tiket sukan air di Langkawi dalam hanya beberapa minit. Langkau barisan di kaunter tiket dan dapatkan pelbagai diskaun hari ini.

Soalan Lazim

Apakah aktiviti yang ada di Langkawi?

Pulau Langkawi menawarkan pelbagai aktiviti termasuk lawatan rekreasi bakau dan sukan air seperti berkayak dan jet ski. Pengunjung juga boleh menikmati aktiviti tepi pantai seperti menaiki bot pisang dan parasailing.

Bulan apa yang perlu dielakkan untuk ke Langkawi?

Pengunjung dinasihatkan untuk mengelakkan lawatan ke Langkawi semasa Monsun Barat Daya yang menjejaskan keadaan laut dari akhir Mei hingga September. Kebanyakan aktiviti air mungkin akan dijadualkan semula atau dibatalkan jika cuaca memburuk.

Di manakah tempat untuk melakukan sukan air di Malaysia?

Pulau Langkawi merupakan antara destinasi utama untuk sukan air di Malaysia. Tempat-tempat lain termasuk Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman.

Di manakah lokasi untuk melakukan sukan air di Langkawi?

Pantai Cenang Langkawi merupakan tempat utama untuk sukan air bermotor seperti parasailing, bot pisang dan jet ski. Tempah tiket sukan air Langkawi anda dari redBus untuk mendapatkan diskaun terbaik dan pengesahan segera.

Adakah perairan Langkawi mempunyai jerung?

Ya, perairan Langkawi mempunyai habitat jerung, tetapi kebanyakannya jinak dan tidak berbahaya kepada pelancong. Sentiasa ikut arahan pemandu pelancong anda untuk keselamatan sepanjang masa.

Adakah perairan Langkawi selamat untuk berenang?

Ya, perairan Langkawi secara amnya selamat untuk berenang. Kawasan perairan tersebut bersih dan tidak tercemar. Sila pastikan anda memakai krim pelindung matahari kalis air yang mesra terumbu karang bagi melindungi kebersihan air di Pulau Langkawi.

Mengapakah Pulau Langkawi terkenal?

Pulau Langkawi terkenal dengan pantai yang indah dan kawasan simpanan alam semula jadi UNESCO. Selain laut biru dan hutan hujan purba, Pulau Langkawi juga merupakan tempat tumpuan pelancong untuk membeli-belah barangan bebas cukai.

Top Cities for Water Sports

Other Activities Types

Top Cities for Attractions

Laluan Feri Teratas di Malaysia