Taman Buaya & Rekreasi Melaka (Melaka Crocodile & Recreational Park) merupakan taman buaya tertua di Malaysia. Sejak 1987, taman seluas 3.5 hektar ini menempatkan pelbagai spesies buaya dari seluruh dunia, termasuk Buaya Tembaga, Buaya Siam, dan Buaya Amerika. Walaupun dinamakan taman buaya, taman ini juga menampilkan haiwan-haiwan lain berserta pelbagai aktiviti interaktif. Ia mempunyai zon arnab dan tikus belanda, kandang rakun, kawasan penyu, dan sangkar burung yang boleh dimasuki oleh pengunjung untuk memberi makanan kepada haiwan-haiwan tersebut. Satu lagi keistimewaan taman ini ialah kolam renang yang membolehkan pengunjung menyejukkan badan selepas lawatan, menjadikan taman ini sesuai untuk lawatan sekolah dan percutian keluarga.
Taman Buaya & Rekreasi Melaka, Jalan Tun Abdul Razak, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Taman Buaya & Rekreasi Melaka terletak di Ayer Keroh, Melaka, dan mudah diakses dengan kereta dan perkhidmatan e-panggilan. Ia terletak kira-kira 20 minit dari pusat bandar Melaka.
Tempat letak kereta percuma disediakan di hadapan Taman Buaya & Rekreasi Melaka. Kenderaan yang diletakkan di kawasan tersebut adalah di bawah tanggungjawab pengunjung.
Untuk masuk ke Taman Buaya Melaka, anda perlu menebus tiket di kaunter. Sila tunjukkan tiket-M redBus anda kepada kakitangan yang bertugas untuk menerima tiket fizikal. Imbas tiket tersebut di pintu putar untuk memasuki taman. Kad pengenalan mungkin diperlukan semasa proses penebusan.
Ikon TBRM ialah kolam buaya yang menempatkan lebih daripada 200 ekor buaya, termasuk buaya Siam, buaya Amerika, dan buaya tembaga. Dengan reka bentuk terbuka dan luas taman ini, pengunjung dapat berjalan dari satu kolam ke kolam yang lain untuk menyaksikan buaya-buaya berjemur di habitat mereka.
Malaysia Miniature merupakan salah satu tarikan terbaharu di TBRM, mempamerkan 13 replika mercu tanda Malaysia di pintu masuk taman ini. Antara bangunan yang diletakkan di sini ialah Menara Berkembar Petronas, Stadthyus Melaka, Bangunan Perdana Putra Putrajaya, dan banyak lagi.
Di dalam taman buaya ini juga terdapat sebuah ruangan arnab dan tikus Belanda yang boleh dimasuki oleh pengunjung. Selain daripada membelai haiwan comel ini, pengunjung juga boleh memberi makanan kepada mereka. TBRM juga menjual tikus Belanda kepada mengunjung yang ingin membawa pulang haiwan peliharaan.
Selain arnab dan tikus Belanda, TBRM menempatkan Rusa Jawa yang juga boleh diberi makan. Di Deer Sanctuary, pengunjung bukan sahaja boleh melihat rusa jantan dewasa yang gagah, tetapi juga anak rusa yang masih kecil. Walaupun terdapat sangkar, pengunjung boleh memberi haiwan ini makan dengan mudah.
Temui spesies kura-kura dan labi-labi dengan berbagai-bagai saiz dan ragam di Tortoise Island. TBRM menempatkan lebih daripada 7 spesies kura-kura dan labi-labi, termasuk Sulcata Tortoise, Leopard Tortoise, Kura-Kura Katup, dan Kura-Kura Telinga Merah.
Jangan lepaskan peluang untuk ke Rumah Reptilia di TBRM yang meletakkan Ular Sawa Batik, Ular Tikus Ekor Merah, dan Ular Tiong. Setiap sangkar disertakan dengan poster maklumat yang sangat menarik, memberikan pencerahan kepada pengunjung tentang asal-usul dan tingkah laku reptilia yang ada.
Keseronokan di TBRM tidak berkesudahan dengan adanya sangkar burung yang boleh dimasuki oleh pengunjung. Di Walkthrough Aviary, pengunjung bukan sahaja boleh mendekati berpuluh jenis burung yang ada, tetapi juga memberi makan kepada mereka secara bebas.
House of Raccoon ialah satu lagi tarikan pengunjung di TBRM. Meskipun haiwan jenis mamalia nokturnal ini kebanyakannya tidur pada waktu siang, pengunjung masih boleh menyaksikan kecomelan mereka semasa mereka berehat.
Di samping kolam buaya di TBRM, terdapat sebuah lagi sangkar haiwan yang menakjubkan iaitu Burung Emu, burung yang kedua terbesar di dunia. Burung ini juga boleh diberi makan oleh pengunjung, terutamanya mereka yang berani.
Antara keunikan TBRM ialah taman air mini di hujung taman ini. Ianya merupakan tempat yang sangat sesuai untuk berehat bersama ahli keluarga setelah berjalan seharian di taman buaya. Pengunjung yang ingin mandi perlu memakai baju renang yang bersesuaian.
Jika pengunjung ingin memberi makanan kepada haiwan, mereka boleh membeli pakej makanan sebanyak RM10 di kaunter. Makanan yang disediakan hanya boleh diberikan kepada arnab, rusa, itik dan burung sahaja.
Pengunjung juga boleh menikmati aktiviti tambahan iaitu menaiki kuda. Bayaran RM10 diperlukan untuk aktiviti ini dan tidak termasuk dalam harga tiket masuk dan pakej makanan haiwan.
|
Aktiviti Istimewa |
Jadual |
|
Croctivity: Taklimat Tentang Buaya |
11:30 PG & 2:30 PTG Hujung Minggu & Cuti Sekolah Sahaja |
|
Croctivity: Demonstrasi Beri Makanan |
12:30 TGH & 3:30 PTG Hujung Minggu & Cuti Sekolah Sahaja |
|
Sesi Foto dengan Ular di Reptile House |
12:00 TGH & 1:00 PTG Setiap Hari: Tertakluk pada Perubahan |
|
Sesi Foto dengan Burung di Aviary |
1:00 PTG & 2:00 PTG Setiap Hari: Tertakluk pada Perubahan |
TBRM ialah tempat penjagaan Harris, buaya air masin yang diselamatkan dari Sungai Melaka pada tahun 1993.
Selain memberi makan buaya, pelawat boleh belajar tentang kitaran hidup reptilia ini di pintu masuk, di mana rangka, telur dan spesimen buaya sebenar dipaparkan.
Buaya Air Masin atau Buaya Tembaga ialah spesies utama di TBRM dan berasal dari Malaysia.
Selain buaya yang sihat, TBRM juga menjaga buaya yang cacat, seperti buaya ekor pendek dan buaya bongkok (hunchback).
Buaya jarang menyerang di darat berbanding di dalam air. Di TBRM, pengunjung boleh menyaksikan penjaga buaya membersihkan kolam mereka beberapa meter sahaja daripada pemangsa tersebut.
🅿️ Tempat Letak Kereta Percuma
🚻 Tandas
🤲 Surau
🍽️Ruang Makan Berbumbung
🛍️Kedai Cenderamata
Gazebo
Bangku Berbumbung
Tempah tiket anda di redBus untuk mendapatkan harga terendah.
Pakai pakaian dan kasut yang selesa untuk ke TBRM.
Bawa pelindung matahari atau payung sekiranya hujan.
Datang pada hujung minggu atau cuti sekolah untuk menyertai aktiviti-aktiviti istimewa.
Semak jadual pertunjukan untuk tidak ketinggalan.
Taman Buaya & Rekreasi Melaka bukan sekadar taman buaya; ia merupakan tempat untuk berehat dan mencipta kenangan. Selain melihat tingkah laku buaya dan menyaksikan pertunjukan istimewa, anda dialu-alukan untuk memberi makan dan membelai haiwan lain yang jinak seperti arnab dan rusa. Dengan redBus, anda boleh mendapatkan tawaran yang lebih baik. Dapatkan harga tiket terendah Taman Buaya & Rekreasi Melaka daripada MYR 15.6 selepas diskaun.
Ya, Taman Buaya Melaka patut dikunjungi. Ia bukan sahaja mempamerkan buaya tetapi juga menampilkan haiwan lain, termasuk arnab, kura-kura, burung, dan pelbagai reptilia selain buaya. Aktiviti interaktif juga disediakan, seperti beri makan arnab dan interaksi dengan burung-burung.
Kebanyakan pengunjung menghabiskan masa sekitar dua jam (atau lebih) di Taman Buaya & Rekreasi Melaka.
Harga tiket Taman Buaya & Rekreasi Melaka bergantung pada umur dan kewarganegaraan pengunjung. Jimat sebanyak 20% dengan membeli tiket Taman Buaya Melaka di redBus.
Ya, Taman Buaya Melaka sangat sesuai untuk kanak-kanak kecil. Ia mempunyai ruang haiwan peliharaan mini, kolam renang dan sangkar burung yang luas untuk memberi makan. Walau bagaimanapun, pengawasan orang dewasa diperlukan sepanjang masa.
Tidak, kolam renang Taman Buaya Melaka tidak dibuka setiap hari. Ia ditutup pada hari Isnin untuk penyelenggaraan. Walau bagaimanapun, tarikan lain dibuka pada setiap hari.
Aktiviti tunggang kuda poni dan pakej makanan haiwan berharga RM10 setiap satu.