Ringkasan Encore Melaka

Waktu operasi
  • - Ahad
  • Isnin & Rabu: 11:00 PG - 7:30 PTG - Selasa - Sabtu: 11:00 PG - 10:30 MLM
Masa terbaik untuk melawat
Hari bekerja selain cuti umum & cuti sekolah
Cuaca terbaik untuk melawat
Tiada batasan cuaca
Kod pakaian
Pakaian & kasut yang selesa
Had umur kanak-kanak
Kanak-kanak 4 tahun ke bawah tidak digalakkan masuk
Kebolehcapaian
Mesra kerusi roda & kereta sorong bayi

Mengenai Encore Melaka

Dilancarkan pada 2018, Encore Melaka merupakan sebuah pentas teater yang menggabungkan budaya, persembahan dan teknologi menjadi sebuah pengalaman hiburan yang unik. Antara kelebihan Encore Melaka ialah auditorium berputar dan pentas bergeraknya yang memberikan pengalaman menonton 360 darjah yang mengasyikkan. Seni bina yang unik ini menjadikan penonton sebahagian daripada wayang yang dipersembahkan, lebih-lebih lagi dengan sistem pencahayaan yang canggih, kesan bunyi yang sinematik dan kesan visual yang berimpak tinggi. Kini Encore Melaka menayangkan dua wayang dengan jalan cerita yang unik: ‘The Legacy of a Generation’ dan ‘Encore Melaka’, kedua-duanya meraikan kekayaan warisan dan kepelbagaian budaya di Melaka.

Alamat Encore Melaka

No. 3, Jalan KSB – Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200 Melaka, Malaysia.

Encore Melaka Lokasi

Cara ke Encore Melaka

Encore Melaka terletak di Impression City Melaka, kawasan yang kini sedang membangun di Melaka. Cara paling mudah untuk ke teater ini adalah dengan kereta atau perkhidmatan e-panggilan.

Tempat Letak Kereta di Encore Melaka

Tempat letak kereta bertingkat yang luas disediakan di Encore Melaka di sebelah bangunan teater, dan boleh diakses melalui eskalator.

Proses Masuk

Sebelum masuk, semua pengunjung mesti menebus tiket fizikal di Box Office dengan menunjukkan tiket-M redBus kepada kakitangan di kaunter. Bagi memastikan kelancaran proses masuk, pengunjung dinasihatkan untuk menebus tiket sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu tayangan wayang.

Waktu Tayangan di Encore Melaka

Wayang

Waktu Tayangan

The Legacy of a Generation

Ahad & Isnin: 2:30 PTG

Selasa hingga Sabtu: 8:30 MLM

Rabu: Tiada Wayang

Encore Melaka - Journey Through 600 Years

Isnin hingga Ahad: 5:30 PTG

Rabu: Tiada Wayang

Wayang & Persembahan

The Legacy of a Generation

The Legacy of a Generation merupakan sebuah drama teater yang penuh emosi, menceritakan tentang Gelombang Kedua Penghijrahan ke Selatan dari tahun 1926 hingga 1937, tempoh yang dipenuhi dengan perang saudara dan konflik politik antara nasionalis dan komunis, bencana alam, dan pencerobohan Jepun ke China. Krisis ini mencetuskan penghijrahan sebahagian besar komuniti China ke Asia Tenggara, membentuk generasi seterusnya.

Encore Melaka - Journey Through 600 Years

Encore Melaka merupakan persembahan kebudayaan selama 70 minit yang mengimbau kembali sejarah, budaya dan warisan Melaka yang kaya sejak 600 tahun yang lalu. Melalui beberapa siri kisah yang tidak terungkap dan pengalaman hidup sebenar masyarakat tempatan, persembahan ini menawarkan perjalanan budaya dengan menggabungkan tradisi dengan teknologi canggih, menampilkan auditorium berputar 360 darjah, pentas sepanjang 240 meter dengan platform bertingkat, serta kesan khas bunyi dan pencahayaan yang canggih.

4 Pentas Dinamik & Auditorium Berputar 360 Darjah

Pentas teater Encore Melaka merupakan karya agung reka bentuk dan teknologi. Setiap wayang dipersembahkan di empat pentas utama dengan kesan khas yang berbeza:

 

  • Pentas A – Pentas Air & Kabus: Pentas ini menggabungkan kesan air dan kabus untuk mewujudkan suasana yang memukau semasa persembahan.

  • Pentas B – Pentas Platform Bergerak: Pentas ini menampilkan platform yang boleh naik turun, membawa pelakon dan prop dalam babak yang berbeza.

  • Pentas C – Pentas Bertingkat: Pentas bertingkat ini memberikan kesan tiga dimensi bersama unjuran skrin imersif yang menayangkan struktur tertentu.

  • Pentas D – Pentas Rumah Benang: Pentas anggun dengan rumah benang ini menggabungkan seni bina tradisional dengan kesan pentas moden.

 

Selain empat pentas tersebut, Encore Melaka juga menampilkan auditorium berputar 360 darjah yang meletakkan penonton di tengah-tengah persembahan wayang. Dengan 200 pelakon teater yang berbakat, digabungkan dengan pencahayaan dinamik, kesan khas dan set yang rumit, setiap persembahan memberikan pengalaman budaya yang benar-benar mengasyikkan.

Ketetapan & Garis Panduan Encore Melaka

  • Hanya rakaman kamera telefon dibenarkan di dalam teater, dengan syarat tidak menggunakan lampu flash dan cahaya skrin yang terlalu terang.

  • Dilarang merokok, menghisap vape dan meludah di dalam teater.

  • Makanan dan minuman tidak dibenarkan di dalam teater.

  • Haiwan tidak dibenarkan di dalam teater.

  • Barangan larangan lain termasuk, tetapi tidak terhad kepada, senjata, bahan berbahaya dan haram, serta peranti rakaman.

  • Kanak-kanak 4 tahun ke bawah atau mereka yang tidak mampu menerima pergerakan atau kesan pencahayaan yang kuat tidak digalakkan untuk masuk ke dalam teater.

Kemudahan

Tempat Letak Kereta Luar

Tempat Letak Kereta Bertingkat

Tempat Letak Kereta OKU

Tandas

Tandas OKU

Surau

Bilik Menyusu

Kafeteria

Mesin Air Layan Diri

Mesin Kopi Layan Diri

Loker

Dapatkan Tiket Encore Melaka di redBus

Pembelian tiket Encore Melaka adalah lebih mudah secara dalam talian. Dapatkan tiket anda di redBus untuk proses tempahan terpantas dan pengesahan yang segera. Harga tiket serendah MYR 78 tersedia. Jangan tunggu lagi, tempah tiket Encore Melaka anda sekarang dan nikmati keunikan seni pentas berteknologi tinggi ini.

Frequently Asked Questions

Berapakah harga tiket Encore Melaka?

Harga tiket Encore Melaka bergantung pada kewarganegaraan dan jenis tiket:

- Warganegara: RM78 untuk dewasa, RM48 untuk kanak-kanak dan warga emas

- Bukan warganegara: RM158 seorang. 

Perlukah saya menebus tiket fizikal di Encore Melaka?

Ya, penebusan tiket diperlukan sebelum kemasukan ke Encore Melaka. Sila tebus tiket fizikal di Box Office semasa waktu operasi sebelum waktu tayangan wayang.

Bolehkah saya merakam persembahan teater di Encore Melaka?

Rakaman telefon dibenarkan semasa persembahan, tanpa penggunaan lampu flash atau cahaya skrin terang yang boleh mengganggu penonton lain. Rakaman fotografi atau video menggunakan DSLR profesional, Kamera video atau peranti seperti Google Glass tidak dibenarkan.

Adakah terdapat kakitangan atau pengiring untuk ke tempat duduk?

Ya, kakitangan dan pengiring akan ada di teater untuk membantu penonton ke tempat duduk mereka.

Adakah Encore Melaka sesuai untuk kanak-kanak? Adakah terdapat syarat umur minimum untuk masuk?

Encore Melaka mesra keluarga dan sesuai untuk kanak-kanak, namun, ia tidak digalakkan untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun kerana persembahannya melibatkan bunyi yang kuat, pergerakan, cahaya terang dan kesan imersif yang boleh mengganggu mereka.

Bolehkah saya membawa makanan ke dalam teater?

Tidak, makanan dan minuman tidak dibenarkan di dalam teater.

Berapa awalkah saya perlu datang untuk menonton wayang?

Anda disyorkan untuk memasuki teater sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu tayangan wayang. Mereka yang lewat tidak boleh masuk sehingga waktu yang sesuai semasa persembahan, kerana auditorium akan berputar sepanjang pertunjukan.

Berapa lamakah tempoh setiap wayang?

Setiap persembahan teater berlangsung selama 70 minit ke 2 jam.

Bilakah masa terbaik untuk melawat Encore Melaka?

Tayangan pada waktu malam adalah ideal, kerana pengunjung boleh merasai sepenuhnya pencahayaan dan kesan pentas yang mengasyikkan. Pengunjung disyorkan untuk tiba sekurang-kurangnya sejam sebelum persembahan untuk penebusan tiket.

Berapa lamakah masa yang perlu saya peruntukkan untuk teater ini?

Anda boleh luangkan 2 hingga 2.5 jam untuk lawatan anda, termasuk penebusan tiket, pengaturan tempat duduk dan persembahan penuh.

Bandar Tersohor untuk Aktiviti

Aktiviti Lain di Melaka

Aktiviti Tersohor di Bandar Lain

Laluan Feri Teratas di Malaysia