Ringkasan SplashMania Waterpark

Waktu operasi
Setiap hari (kecuali Rabu): 10 PG - 6 PTG Dibuka Rabu semasa cuti umum & cuti sekolah.
Masa terbaik untuk melawat
10 AM pada hari bekerja
Cuaca terbaik untuk melawat
Cuaca cerah
Kod pakaian
Pakaian renang
Kebolehcapaian
Mesra kerusi roda & kereta sorong bayi. Sewaan kerusi roda & kereta sorong bayi disediakan di Kaunter Khidmat Pelanggan

Mengenai SplashMania Waterpark

Terletak di Gamuda Cove, SplashMania merupakan sebuah taman air seluas 18 ekar yang penuh dengan tarikan dan permainan air, menjadikannya destinasi yang wajib dikunjungi oleh keluarga dan mereka yang mencari keseronokan. Nikmati lebih 20 gelongsor air yang memacu adrenalin berserta pelbagai tarikan yang menyeronokkan sesuai untuk semua peringkat umur. Pengunjung kanak-kanak juga tidak dilupakan dengan adanya zon mesra kanak-kanak seperti Mini Monsta, Tiny Twista, Mini Mania dan Treasure Tower yang direka khas untuk pengembara cilik. SplashMania dibina dengan mengutamakan kelestarian alam sekitar. Taman air ini menggunakan lampu jalan berkuasa solar, sistem penuaian air hujan, serta kemudahan yang menjimatkan air dan diperbuat daripada bahan mesra alam. Selain komitmen hijau itu, 70% pokok di seluruh taman air ini ditanam dengan kaedah penanaman pokok lanjutan Gamuda Land, mewujudkan suasana taman air yang nyaman dan memelihara alam sekitar.

Tempahan Tiket Menjadi Mudah dengan redBus

Kini, redBus menawarkan tiket tarikan di seluruh Malaysia. Anda boleh membeli tiket secara online dengan mudah melalui beberapa langkah sahaja tanpa perlu beratur di kaunter. Tempah tiket SplashMania anda di redBus sekarang dan nikmati pengesahan segera ke taman air yang menyeronokkan ini.

Cara ke SplashMania 

Alamat: Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Dengkil, Selangor

Dengan Kereta

SplashMania terletak berhampiran beberapa tanda tempat utama di Selangor. Ia berada kira-kira 19 km dari UiTM Dengkil dan sekitar 20 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menjadikannya mudah diakses oleh pengunjung tempatan dan pelancong luar.

Dengan LRT/MRT & Perkhidmatan E-Panggilan

Pengunjung juga boleh menggunakan pengangkutan awam untuk sampai ke stesen LRT dan MRT yang terdekat dengan SplashMania. Stesen LRT Putra Heights terletak kira-kira 20 km, manakala Stesen MRT Cyberjaya Utara terletak kira-kira 17 km dari SplashMania. Dari mana-mana stesen itu, anda boleh meneruskan perjalanan ke SplashMania dengan perkhidmatan e-panggilan kereta.

Tempat Letak Kereta di SplashMania

  • Discovery Park – Percuma

  • Tempat Letak Kereta Terbuka – RM5 pada hari bekerja, RM8 pada hujung minggu

  • Tempat Letak Kereta Berbumbung Bertingkat – RM7 pada hari bekerja, RM10 pada hujung minggu

  • Tempat Letak Kereta Valet Premium – RM20 pada hari bekerja, RM25 pada hujung minggu

Proses Masuk

Sebelum masuk, pengunjung mesti melalui pemeriksaan beg. Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan di SplashMania, kecuali air mineral. Setelah selesai, pengunjung boleh mengimbas kod QR pada M-Tiket redBus mereka di mesin pengimbas untuk masuk.

Permainan Air di SplashMania

Permainan air di SplashMania dibahagikan kepada empat kategori yang disesuaikan mengikut umur dan jenis pengembaraan: Kids Adventure, Family Adventure, Thrill Adventure, dan Extreme Adventure. Terdapat juga beberapa permainan berbayar termasuk Sky Leap dan Zoomi’s Runway. Kebanyakan permainan di SplashMania mempunyai keperluan tinggi dan berat untuk keselamatan para pengunjung. 

Keperluan Umur, Tinggi dan Berat

Kategori

Permainan

Keperluan Umur, Tinggi dan Berat

Kids Adventure

Treasure Tower

3-12 tahun

Mini Mania

106-137 cm

  • Mini Monsta

  • Tiny Twista

106-137 cm, maksimum 114 kg (1 orang) / 180 kg (2 orang)

Family Adventure

  • Monsta

  • Twista

Minimum 122 cm, maksimum 114 kg (1 orang) / 320 kg (5 orang)

  • Curl & Swirl

  • Typhoon Terror

Minimum 122 cm (dewasa) dan 106 cm (kanak-kanak), maksimum 114 kg (1 orang) / 180 kg (2 orang)

Twin Turbo

Minimum 122 cm (dewasa) dan 106 cm (kanak-kanak), maksimum 114 kg (1 orang) / 180 kg (2 orang)

Wild Rush

Minimum 122 cm

Thrill Adventure

  • Shaka Waka

  • Rush Havoc

Minimum 120 cm, maksimum 120 kg (1 orang) / 180 kg (2 orang)

  • Whacka Boom Boom

  • Whoopa Loopa

Minimum 120 cm dan 25 kg, maksimum 120 kg

Aqua Swirl

Minimum 120 cm, minimum 120 kg (2 orang) / 270 kg (4 orang)

Spills & Thrills

Minimum 120 cm, minimum 150 kg (2 orang) / 270 kg (4 orang)

Extreme Adventure

Sumaumeira Drop

Minimum 122 cm, maksimum 136 kg

Plunge

Minimum 122 cm

Maniac Racers

Minimum 106 cm

Makanan & Minuman di SplashMania

SplashMania menawarkan pelbagai kiosk makanan dan gerai dengan tempat duduk. Para pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis makanan daripada makanan segera Barat dan hidangan tempatan sehinggalah kopi dan pastri, pilihan vegetarian, serta masakan India Selatan.

Kemudahan di SplashMania

Bilik Mandi dan Bilik Persalinan

Surau

Kedai Cenderamata

Loker Sewa

Loker Pengecasan Telefon

Kerusi Roda Sewa

Kereta Sorong Sewa

Kabana Sewa

Pelampung dan Jaket Keselamatan

Kaunter Hilang & Jumpa

Bilik Penyusuan Bayi

Kiosk Makanan

Bangku, Tempat Duduk Berbumbung dan Tempat Makan

Rak Kasut

Kaunter Khidmat Pelanggan

Kerusi Roda & Kereta Sorong Sewa

Kerusi roda dan kereta sorong bayi boleh disewa di SplashMania dengan harga RM23 dan deposit boleh pulang sebanyak RM20 di Kaunter Khidmat Pelanggan. Sila ambil perhatian bahawa sewaan adalah berdasarkan ketersediaan semasa.

Loker Sewa

Loker Kecil: RM18

Loker Sederhana: RM40

Loker Besar: RM45

Terma & Syarat:

  • Pembayaran tanpa tunai Touch N Go, Mastercard dan VISA sahaja diterima.

  • Pemilihan loker tidak boleh diubah setelah sewaan disahkan.

  • Bayaran sewaan loker tidak boleh dikembalikan.

Loker Pengecas Telefon

Loker pengecas telefon juga disediakan di SplashMania di luar bilik loker dan bilik persalinan wanita. Cas sebanyak RM10 dikenakan sejam. Hanya pembayaran tanpa tunai menggunakan Touch N Go, Mastercard atau VISA sahaja diterima.

Pelampung & Jaket Keselamatan Sewa

Kebanyakan permainan di SplashMania menyediakan pelampung (atau jaket keselamatan) jika perlu. Sewaan pelampung dan jaket keselamatan disediakan untuk para pengunjung yang ingin menggunakannya di zon kolam yang tidak menyediakan pelampung seperti Ravage River dan Omba’ King Cove.

Pelampung Tunggal: RM19

Pelampung Tempat Duduk Seorang: RM28

Pelampung Tempat Duduk Dua Orang: RM39

Jaket Keselamatan: RM23

Terma & Syarat:

  • Gelang tangan akan disediakan untuk setiap sewaan pelampung atau jaket keselamatan.

  • Pengunjung bertanggungjawab ke atas jaket keselamatan, pelampung dan gelang tangan yang dikeluarkan atas nama mereka.

Kabana Sewa

  • Kabana Kecil (4 orang): RM350

  • Kabana Sederhana (6 orang): RM450

  • Kabana Kecil dengan Dek Atas (8 orang): RM500

  • Kabana Besar (8 orang): RM500

  • Kabana Besar dengan Dek Atas (10 orang): RM550

  • Kabana Premium (6-10 orang): RM600

Terma & Syarat:

  • Bayaran sewa kabana berasingan dan tidak termasuk dalam tiket masuk.

  • Anda boleh menyewa kabana di Kaunter Khidmat Pelanggan.

  • Tiada bayaran balik, pertukaran atau pembatalan dibenarkan setelah sewaan disahkan.

  • Tempoh sewaan: 10 PG – 5 PTG (tertakluk pada ketersediaan)

  • Kunci kabana mesti dipulangkan sebelum jam 6 PTG; deposit boleh pulang sebanyak RM100 akan dikenakan.

  • Pihak pengurusan boleh meminta dokumen pengesahan tambahan jika perlu.

  • Terma dan syarat tertakluk pada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Tip untuk Pengunjung

  • Pakai kasut air untuk keselesaan dan keselamatan di permukaan basah.

  • Bawa pakaian ganti untuk kekal selesa selepas keseronokan seharian di taman air.

  • Bawa krim pelindung matahari dan topi untuk melindungi kulit anda daripada matahari.

  • Bawa beg kalis air untuk barang berharga anda.

  • Jangan lupa tuala atau kain untuk mengeringkan badan.

  • Datang awal untuk memanfaatkan sepenuhnya hari anda di SplashMania dan mengelakkan barisan yang panjang.

Peringatan Penting

  • Pembayaran tanpa tunai lebih mudah digunakan di SplashMania.

  • Kemasukan semula tidak dibenarkan. Tiket masuk sah untuk sekali sahaja.

  • Makanan dan minuman luar (kecuali air mineral) tidak dibenarkan.

  • Kaca atau sebarang objek tajam/berbahaya adalah dilarang.

  • Tetamu bertanggungjawab ke atas barangan peribadi mereka.

  • Haiwan peliharaan tidak dibenarkan masuk ke dalam taman air.

Garis Panduan Keselamatan

  • Sekiranya hujan lebat, kilat atau ribut petir, pengunjung akan diminta untuk mengosongkan kawasan kolam untuk keselamatan. Pengunjung dibenarkan untuk bermain semula jika cuaca bertambah baik.

  • Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa.

  • Tetamu berumur 14 ke 17 tahun mesti meminta ibu bapa atau penjaga untuk menandatangani borang indemniti di kaunter.

  • Hanya pakaian renang yang diluluskan sahaja dibenarkan. Zip, kancing atau rivet yang terdedah tidak dibenarkan.

  • Pengunjung mesti menggunakan pelampung, jaket keselamatan atau tikar gelongsor di zon permainan tertentu. Sila baca semua papan tanda yang ada dan ikut arahan kakitangan di setiap lokasi.

  • Sila beratur dan tunggu giliran anda untuk menaiki gelongsor dan permainan air.

  • Kebanyakan permainan mempunyai had tinggi dan berat. Sila baca dan patuhi semua papan tanda yang ada.

  • Papan luncur, papan badan atau pelampung peribadi tidak dibenarkan.

  • Tiada bayaran balik akan diberikan jika cuaca buruk.

Ringkasan SplashMania Waterpark

Waktu Operasi
Setiap hari (kecuali Rabu): 10 PG - 6 PTG; Dibuka Rabu semasa cuti umum & cuti sekolah.
Masa terbaik untuk melawat
Masa terbaik untuk melawat
Cuaca terbaik untuk melawat
Cuaca cerah
Kod pakaian
Pakaian renang
Had umur kanak-kanak
Tiada had umur (kanak-kanak 2 tahun dan ke bawah masuk percuma)
Kebolehcapaian
- Mesra kerusi roda & kereta sorong bayi - Sewaan kerusi roda & kereta sorong bayi disediakan di Kaunter Khidmat Pelanggan

Mengenai SplashMania Waterpark

Terletak di Gamuda Cove, SplashMania merupakan sebuah taman air seluas 18 ekar yang penuh dengan tarikan dan permainan air, menjadikannya destinasi yang wajib dikunjungi oleh keluarga dan mereka yang mencari keseronokan. Nikmati lebih 20 gelongsor air yang memacu adrenalin berserta pelbagai tarikan yang menyeronokkan sesuai untuk semua peringkat umur. Pengunjung kanak-kanak juga tidak dilupakan dengan adanya zon mesra kanak-kanak seperti Mini Monsta, Tiny Twista, Mini Mania dan Treasure Tower yang direka khas untuk pengembara cilik. SplashMania dibina dengan mengutamakan kelestarian alam sekitar. Taman air ini menggunakan lampu jalan berkuasa solar, sistem penuaian air hujan, serta kemudahan yang menjimatkan air dan diperbuat daripada bahan mesra alam. Selain komitmen hijau itu, 70% pokok di seluruh taman air ini ditanam dengan kaedah penanaman pokok lanjutan Gamuda Land, mewujudkan suasana taman air yang nyaman dan memelihara alam sekitar.

Tempahan Tiket Menjadi Mudah dengan redBus

Kini, redBus menawarkan tiket tarikan di seluruh Malaysia. Anda boleh membeli tiket secara online dengan mudah melalui beberapa langkah sahaja tanpa perlu beratur di kaunter. Tempah tiket SplashMania anda di redBus sekarang dan nikmati pengesahan segera ke taman air yang menyeronokkan ini.

 

Alamat 

Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Dengkil, Selangor. 

Cara ke SplashMania 

Dengan Kereta

SplashMania terletak berhampiran beberapa tanda tempat utama di Selangor. Ia berada kira-kira 19 km dari UiTM Dengkil dan sekitar 20 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menjadikannya mudah diakses oleh pengunjung tempatan dan pelancong luar.

Dengan LRT/MRT & Perkhidmatan E-Panggilan

Pengunjung juga boleh menggunakan pengangkutan awam untuk sampai ke stesen LRT dan MRT yang terdekat dengan SplashMania. Stesen LRT Putra Heights terletak kira-kira 20 km, manakala Stesen MRT Cyberjaya Utara terletak kira-kira 17 km dari SplashMania. Dari mana-mana stesen itu, anda boleh meneruskan perjalanan ke SplashMania dengan perkhidmatan e-panggilan kereta.

Tempat Letak Kereta di SplashMania

• Discovery Park – Percuma

• Tempat Letak Kereta Terbuka – RM5 pada hari bekerja, RM8 pada hujung minggu

• Tempat Letak Kereta Berbumbung Bertingkat – RM7 pada hari bekerja, RM10 pada hujung minggu

• Tempat Letak Kereta Valet Premium – RM20 pada hari bekerja, RM25 pada hujung minggu

Proses Masuk

Sebelum masuk, pengunjung mesti melalui pemeriksaan beg. Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan di SplashMania, kecuali air mineral. Setelah selesai, pengunjung boleh mengimbas kod QR pada M-Tiket redBus mereka di mesin pengimbas untuk masuk.

Permainan Air di SplashMania

Permainan air di SplashMania dibahagikan kepada empat kategori yang disesuaikan mengikut umur dan jenis pengembaraan: Kids Adventure, Family Adventure, Thrill Adventure, dan Extreme Adventure. Terdapat juga beberapa permainan berbayar termasuk Sky Leap dan Zoomi’s Runway. Kebanyakan permainan di SplashMania mempunyai keperluan tinggi dan berat untuk keselamatan para pengunjung.

Keperluan Umur, Tinggi dan Berat

Kategori

Permainan

Keperluan Umur, Tinggi dan Berat

Kids Adventure

Treasure Tower

3-12 tahun

Mini Mania

106-137 cm

  • Mini Monsta

  • Tiny Twista

106-137 cm, maksimum 114 kg (1 orang) / 180 kg (2 orang)

Family Adventure

  • Monsta

  • Twista

Minimum 122 cm, maksimum 114 kg (1 orang) / 320 kg (5 orang)

  • Curl & Swirl

  • Typhoon Terror

Minimum 122 cm (dewasa) dan 106 cm (kanak-kanak), maksimum 114 kg (1 orang) / 180 kg (2 orang)

Twin Turbo

Minimum 122 cm (dewasa) dan 106 cm (kanak-kanak), maksimum 114 kg (1 orang) / 180 kg (2 orang)

Wild Rush

Minimum 122 cm

Thrill Adventure

  • Shaka Waka

  • Rush Havoc

Minimum 120 cm, maksimum 120 kg (1 orang) / 180 kg (2 orang)

  • Whacka Boom Boom

  • Whoopa Loopa

Minimum 120 cm dan 25 kg, maksimum 120 kg

Aqua Swirl

Minimum 120 cm, minimum 120 kg (2 orang) / 270 kg (4 orang)

Spills & Thrills

Minimum 120 cm, minimum 150 kg (2 orang) / 270 kg (4 orang)

Extreme Adventure

Sumaumeira Drop

Minimum 122 cm, maksimum 136 kg

Plunge

Minimum 122 cm

Maniac Racers

Minimum 106 cm

Makanan & Minuman di SplashMania

SplashMania menawarkan pelbagai kiosk makanan dan gerai dengan tempat duduk. Para pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis makanan daripada makanan segera Barat dan hidangan tempatan sehinggalah kopi dan pastri, pilihan vegetarian, serta masakan India Selatan.

Kemudahan di SplashMania

🚿Bilik Mandi dan Bilik Persalinan

🛐Surau

🎁Kedai Cenderamata

🛅Loker Sewa

🔌Loker Pengecasan Telefon

♿Kerusi Roda Sewa

🚼Kereta Sorong Sewa

🛖Kabana Sewa

🛟Pelampung dan Jaket Keselamatan

🔍Kaunter Hilang & Jumpa

🤱Bilik Penyusuan Bayi

🍱Kiosk Makanan

🍽️Bangku, Tempat Duduk Berbumbung dan Tempat Makan

👟Rak Kasut

🛋️Kaunter Khidmat Pelanggan. 

Tip untuk Pengunjung

• Pakai kasut air untuk keselesaan dan keselamatan di permukaan basah.

• Bawa pakaian ganti untuk kekal selesa selepas keseronokan seharian di taman air.

• Bawa krim pelindung matahari dan topi untuk melindungi kulit anda daripada matahari.

• Bawa beg kalis air untuk barang berharga anda.

• Jangan lupa tuala atau kain untuk mengeringkan badan.

• Datang awal untuk memanfaatkan sepenuhnya hari anda di SplashMania dan mengelakkan barisan yang panjang

Peringatan Penting

• Pembayaran tanpa tunai lebih mudah digunakan di SplashMania.

• Kemasukan semula tidak dibenarkan. Tiket masuk sah untuk sekali sahaja.

• Makanan dan minuman luar (kecuali air mineral) tidak dibenarkan.

• Kaca atau sebarang objek tajam/berbahaya adalah dilarang.

• Pengunjung bertanggungjawab ke atas barangan peribadi mereka.

• Haiwan peliharaan tidak dibenarkan masuk ke dalam taman air.

Garis Panduan Keselamatan

• Sekiranya hujan lebat, kilat atau ribut petir, pengunjung akan diminta untuk mengosongkan kawasan kolam untuk keselamatan. Pengunjung dibenarkan untuk bermain semula jika cuaca bertambah baik.

• Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa.

• Pengunjung berumur 14 ke 17 tahun mesti meminta ibu bapa atau penjaga untuk menandatangani borang indemniti di kaunter.

• Hanya pakaian renang yang diluluskan sahaja dibenarkan. Zip, kancing atau rivet yang terdedah tidak dibenarkan.

• Pengunjung mesti menggunakan pelampung, jaket keselamatan atau tikar gelongsor di zon permainan tertentu. Sila baca semua papan tanda yang ada dan ikut arahan kakitangan di setiap lokasi.

• Sila beratur dan tunggu giliran anda untuk menaiki gelongsor dan permainan air.

• Kebanyakan permainan mempunyai had tinggi dan berat. Sila baca dan patuhi semua papan tanda yang ada.

• Papan luncur, papan badan atau pelampung peribadi tidak dibenarkan.

• Tiada bayaran balik akan diberikan jika cuaca buruk.

Kesimpulan

SplashMania merupakan salah satu taman air paling popular di Selangor, menawarkan permainan dan gelongsor air paling mendebarkan selain menyediakan tahap pengembaraan untuk semua peringkat umur. Kini, anda tidak perlu lagi beratur untuk membeli tiket tarikan di kaunter. Tempah tiket SplashMania anda dalam talian melalui redBus dan dapatkan tiket mudah alih dalam beberapa minit sahaja.

Soalan Lazim

Berapakah harga tiket masuk SplashMania?

Harga tiket masuk SplashMania berbeza mengikut jenis tiket dan tarikh yang dipilih. Semasa musim puncak seperti hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum, harga bermula daripada RM110 untuk kanak-kanak dan RM125 untuk dewasa. Bagi musim bukan puncak seperti hari berkerja, harga tiket bermula daripada RM99 untuk kanak-kanak dan RM112.50 untuk dewasa. Untuk tawaran dan diskaun terkini, sentiasa lihat dan tempah tiket SplashMania anda di redBus untuk harga yang lebih jimat berbanding di kaunter.

Apakah kod pakaian di SplashMania?

Para pengunjung dikehendaki untuk memakai pakaian renang yang diluluskan di SplashMania. Pakaian renang mestilah tidak mempunyai zip, kancing atau rivet terdedah, dan aksesori tajam untuk memastikan keselamatan di semua gelongsor dan tarikan.

Apakah yang perlu saya bawa ke SplashMania?

Untuk lawatan yang selesa, anda boleh membawa kasut renang, krim pelindung matahari, tuala dan pakaian ganti untuk dipakai selepas hari yang menyeronokkan di SplashMania. Beg kalis air juga berguna untuk memastikan barang berharga anda kering.

Adakah kesemua permainan di SplashMania termasuk dalam harga tiket masuk?

Kebanyakan permainan dan tarikan di SplashMania termasuk dalam tiket masuk anda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa permainan berbayar, seperti Surf Mania, Sky Leap dan Zoomi's Runway, yang memerlukan bayaran tambahan.

Bolehkah saya bawa peralatan renang seperti pelampung atau tiub saya sendiri?

Untuk tujuan keselamatan, papan luncur, pelampung dan tiub peribadi tidak dibenarkan di dalam SplashMania. Pihak pengurusan menyediakan semua peralatan yang diperlukan untuk permainan dan tarikan jika perlu.

Adakah SplashMania sesuai untuk anak-anak kecil?

Ya, SplashMania adalah mesra keluarga dan sesuai untuk anak-anak kecil. Kanak-kanak seawal umur 3 tahun boleh menikmati kawasan permainan yang selamat dan cetek seperti kolam Splash Sploosh atau menerokai Treasure Tower dengan pengawasan ibu bapa atau penjaga pada setiap masa.

Bandar Tersohor untuk Aktiviti

Aktiviti Tersohor di Bandar Lain

Laluan Feri Teratas di Malaysia