Sempadan Malaysia - Singapura Dibuka Semula

Cari Tiket Bas Dalam Talian

(Pilihan)

Sempadan Malaysia - Singapura Dibuka Semula

Pada tahun 2020, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa di semua negeri bermula dari 18 Mac 2020 susulan daripada penularan COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 berkuat kuasa untuk 2 tahun. Pada akhir 2021, kerajaan akhirnya mengumumkan kelonggaran bagi mereka yang telah lengkap divaksinasi. Walau bagaimanapun perjalanan antarabangsa masih belum dibenarkan. Pada bulan Disember, kerajaan membenarkan orang untuk membuat perjalanan antarabangsa menerusi Laluan Perjalanan Vaksinasi atau ‘Vaccinated Travel Lane’ (VTL) Darat dan Udara.

Perkara-Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Merentas Sempadan Malaysia-Singapura bermula dari 1 April 2022

Kedua-dua Malaysia dan Singapura telah melonggarkan sekatan pergerakan dan telah mengumumkan bahawa sempadan-sempadan akan dibuka semula bermula dari 1 April 2022. Kini anda boleh menaiki kereta dan motosikal untuk merentas sempadan. Sebelum menaiki bas Malaysia-Singapura, semua pengembara perlu tahu perkara-perkara berikut.

Peraturan untuk Memasuki Malaysia

  • Passport (sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan)
  • Untuk memasuki negara, anda perlu mendapat vaksin COVID-19 lengkap yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
  • Jika anda telah mengambil vaksin COVID-19 Sinovac atau Sinopharm, anda hanya akan dianggap telah lengkap divaksinasi selepas menerima 3 dos.
  • Mereka yang mengambil vaksin Pfizer, AstraZeneca atau Moderna dan berumur 18 tahun ke atas akan dianggap telah lengkap divaksinasi selepas menerima 2 dos. Walau bagaimanapun, mereka yang berumur 60 tahun ke atas hanya akan dianggap telah lengkap divaksinasi selepas menerima 3 dos.
  • Jika anda menuju ke Malaysia, muat turun aplikasi MySejahtera ke telefon anda. Selepas itu, daftar dan aktifkan akaun anda.
  • Anda tidak perlu kad kemasukan untuk Malaysia.
  • Jika sijil vaksinasi COVID-19 anda dikeluarkan dari luar negara, anda perlu mengesahkan sijil vaksinasi digital di portal MySafeTravel Malaysia sebelum bertolak ke Malaysia. Selepas anda telah terima pengesahan, sila pastikan semua butiran vaksinasi anda sama seperti yang tertera dalam aplikasi Mysejahtera. Anda boleh membawa salinan pengesahan yang telah dicetak untuk melancarkan perjalanan anda.
  • Selain itu, anda boleh klik pada ikon ‘Traveller’ dan mengikut langkah-langkah berikut untuk mengemas kini status vaksinasi anda di aplikasi MySejahtera.
  • Menurut laman web Malaysia MySafeTravel, penembara jangka pendek dari Singapura yang divaksinasi separa lengkap atau belum divaksin perlu mempunyai insurans perjalanan COVID-19 dengan perlindungan minima USD 20,000.

Peraturan untuk Memasuki Singapura

  • Passport (sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan)
  • Untuk memasuki Singapura, anda perlu mendapat vaksin COVID-19 lengkap yang diiktiraf oleh WHO. Selain itu, anda perlu lengkap selang masa pemberian dos minima yang telah ditetapkan oleh Singapura sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum ketibaan anda.
  • Jika anda ingin melanjutkan status vaksinasi anda dalam NIR (National Immunisation Registry) melebihi status sementara 30 hari, anda boleh melakukan sedemikian bergantung pada vaksin yang anda telah ambil. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang proses ini di laman web rasmi Kerajaan Singapura.
  • Jika anda telah dijangkiti dengan COVID-19 sebelum divaksinasi, anda perlu menerima satu dos vaksin yang diiktiraf oleh WHO sekurang-kurangnya 28 hari selepas hari pertama jangkitan. Anda juga perlu menyediakan bukti diagnosis positif anda.
  • Mereka yang tidak mempunyai aplikasi ‘TraceTogether’ perlu memuat turun aplikasi ini. Pastikan butiran dalam aplikasi adalah sama dengan butiran dalam passport yang anda gunakan untuk masuk ke Singapura.
  • Untuk masuk ke Singapura, semua orang (termasuk rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang) perlu mempunyai Kad Ketibaan SG yang lengkap dalam masa 3 hari selepas tiba di pusat pemeriksaan. Kad ini mengandungi butiran kesihatan, perjalanan dan peribadi anda. Anda perlu mengemas kini sijil vaksinasi digital anda untuk mendapat pengesahan semasa mengisi kad ini.
  • Anda akan menerima sijil vaksinasi sementara untuk tempoh lebih kurang 30 hari selepas melengkapkan Kad Ketibaan SG. Status yang sama akan dipaparkan dalam aplikasi ‘TraceTogether’ anda.
  • Pengembara jangka pendek ke Singapura yang telah lengkap divaksinasi tidak perlu mempunyai insurans untuk rawatan dan penghospitalan berkaitan COVID-19.

JANJI KAMI

PENJADUALAN SEMULA TIKET
Anda tidak dapat meneruskan perjalanan yang dirancang? Jangan risau, anda lihat butang penjadualan semula sebelum anda memilih syarikat bas? Anda bijak, cari butang pulangan semula sebelum memilih syarikat bas.
TIKET-M
SMS Tiket-Mudah Alih adalah sah digunakan untuk perjalanan. Pilihlah untuk transaksi tanpa kertas dan perjalanan pintar. Cari ikon Tiket-M sebelum membuat pilihan syarikat bas.
TRANSAKSI PEMBAYARAN SELAMAT
redBus mempunyai standard keselamatan paling tinggi dan menyimpan maklumat serta pembelian anda dengan selamat dan terjamin.
PILIHAN
80+ Syarikat bas dan 800+ laluan diseluruh Malaysia & Singapura.

LALUAN TEMPAHAN BAS PALING POPULAR

Select Source:
LaluanTambang (bermula)
Kuala Lumpur ke Singapore45 MYRBook Now
Kuala Lumpur ke Skudai34.1 MYRBook Now
Kuala Lumpur ke Kemaman28 MYRBook Now
Kuala Lumpur ke Machang34 MYRBook Now
Kuala Lumpur ke Mersing32.8 MYRBook Now

TIKET M VS E-TIKET VS TIKET KAUNTER

mticket ialah SMS yang dihantar kepada telefon mudah alih selepas tempahan tiket dibuat.
Ini adalah tiket elektronik yang dikeluarkan dan dihantar ke alamat emel selepas pengesahan tempahan dalam talian dibuat.
Tiket Kaunter adalah sejenis tiket salinan cetak tiket bas yang anda perlukan sewaktu menaiki bas.

Soalan Lazim:

Q: Bolehkah saya menaiki bas untuk membuat perjalanan antara Malaysia dan Singapura?
A: Ya, bermula dari 1 April 2022, anda boleh menaiki bas untuk membuat perjalanan antara Malaysia dan Singapura kerana sempadan antara kedua-dua negara ini telah dibuka semula. Pastikan anda mematuhi semua garis panduan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan kedua-dua negara untuk menikmati perjalanan yang lancar.