Cari Tiket Bas Hari Raya 2024

toggle

Hari Raya 2024

Hari Raya adalah perayaan agama bagi masyarakat Muslim di Malaysia. Maksud Hari Raya secara literal adalah “hari perayaan”. Ia bermula sehari selepas bulan Ramadan dan disambut bersama keluarga dan kawan-kawan dengan bermaaf-maafan serta untuk mengeratkan ikatan silaturrahim antara mereka.

Pada bulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa dari pagi hingga petang, dan tidak akan melakaukan beberapa perkara yang dilarang sewaktu bulan yang mulia ini. Di samping itu, mereka juga menjaga minda mereka daripada fikiran buruk. Selepas bulan Ramadan telah berlalu, Hari Raya disambut untuk menandakan kejayaan berdisiplin dan menahan diri.

Hari Raya juga dikenali sebagai Hari Raya Eid Al Fitri atau Aidilfitri. Ia disambut di beberapa negara di Asia Tenggara dengan nama “Lebaran”. Semasa meraikan Hari Raya, masyarakat Muslim di Malaysia akan menyediakan makanan istimewa serta ahli keluarga yang lebih tua akan menghadiahkan sampul yang diisi dengan wang kepada kanak-kanak dan remaja. Di samping itu, rumah mereka juga dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni untuk Hari Raya.Kami mencadangkan jika anda merancang perjalanan, anda menempah tiket bas online lebih awal untuk menjimatkan kerumitan anda.

Sejarah dan tradisi Aidilfitri di Malaysia

Menurut rekod sejarah, Rasululullah S.A.W memperkenalkan Aidilfitri sebagai perayaan yang bermakna kepada orang Madinah selepas berhijrah ke sana, yang kini dikenali di beberapa rantau di Asia Tenggara sebagai Hari Raya.

Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Perayaan Hari Raya menandakan akhirnya bulan Ramadan. Hari tersebut dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah tarikh-tarikh cuti untuk tahun ini dan tahun hadapan.

Tarikh perayaan

  • Ramadan 2024 - 11 March - 9 April* 
  • Hari Raya 2024 - 10-11th April*

*Tarikh ini adalah tentatif dan bergantung kepada penampakan bulan

Membeli-belah sempena Hari Raya

Dalam persiapan menyambut Hari Raya atau Aidilfitri, orang ramai akan memakai pakaian tradisional, menghias rumah mereka, dan menyediakan makanan yang lazat. Sesiapa yang ingin mendapat barang-barang untuk persiapan Hari Raya boleh melawat pasar berhampiran untuk membeli barangan yang diperlukan.

Ramai orang akan membeli pelita untuk menghiasi dan menerangi rumah mereka pada waktu malam. Kaum wanita akan membeli pakaian tradisional seperti baju kebaya, baju kurung, kebarung (gabungan moden antara baju kebaya dan baju kebarung) dan jubah iaitu sehelai pakaian panjang yang panjang menutup aurat. Kaum lelaki pula akan membeli topi tradisional yang dikenali sebagai songkok dan pakaian seperti baju Melayu. Kebanyakan orang akan membeli barang dapur seperti beras, daging, rempah ratus, dan gula-gula untuk menyediakan makanan perayaan.

Terdapat pelbagai pasar di seluruh Malaysia yang menawarkan barang-barang terbaik untuk perayaan. Antaranya adalah pasar malam yang sibuk di Selangor, bazar di Kuala Lumpur, dan pusat membeli-belah besar di seluruh negara. Ramai yang menyambut Aidilfitri akan membeli hamper, kuih-muih dan sejadah solat untuk dihadiahkan kepada orang tersayang.

Sajian Hari Raya

Sajian makanan istimewa adalah sebahagian daripada adat yang penting buat apa jua perayaan, dan semasa Aidilfitri, setiap isi rumah akan menyediakan juadah untuk kaum keluarga dan tetamu. Anda boleh menyediakan pelbagai hidangan tradisional Malaysia, seperti kuah yang pedas, kuih-muih dan manis-manisan.

Berikut adalah beberapa makanan Hari Raya yang popular di Malaysia-

  • Lemang, hidangan beras pulut wangi yang dimasak dengan santan dan dibalut dalam daun pisang,
  • Bubur Lambuk beraroma yang dimasak dengan rempah-rempah, sayur-sayuran dan daging, serta
  • Dodol yang manis dan melekit

Beras merupakan salah satu ramuan utama yang digunakan dalam makanan. Orang Melayu Islam turut menyediakan hidangan lazat seperti Ketupat, Lontong, dan Ketupat Palas dengan nasi.

Jika anda menggemari makanan pedas, anda harus mencuba semangkuk Ayam Masak Merah, hidangan ayam yang dimasak dengan rempah dan tomato. Makanan lain yang dihidangkan semasa Hari Raya di Malaysia termasuklah Sayur Lodeh, Rendang Daging, Sambal Tumis Telur. Antara makanan ringan yang menjadi kegemaran ramai adalah Kek Lapis, Biskut Suji, dan Onde Onde.

Tempat-tempat untuk Dikunjungi semasa Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Ramai orang yang menyambut Hari Raya akan tinggal di rumah semasa perayaan, manakala ada yang akan menziarah rakan-rakan dan sanak saudara.

Mereka yang telah berhijrah ke kota atau tempat lain akan kembali ke kampung halaman untuk meraikan hari yang mulia ini. Tradisi ini dikenali sebagai 'Balik kampung'.

Anda boleh mengunjungi t tempat-tempat berikut di Malaysia untuk menyambut perayaan ini -

  • Kuala Lumpur

Kuala Lumpur adalah tempat yang popular untuk menyaksikan sambutan Hari Raya. Anda boleh pergi ke Dataran Merdeka untuk menikmati Iftar. Bandar ini sibuk semasa perayaan ini, dan anda boleh pergi melawat tapak-tapak warisan. Tempat terbaik untuk anda kunjungi adalah Bangunan Sultan Abdul Samad, di mana anda boleh mempelajari tentang sejarah Kuala Lumpur sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang terdapat di kawasan sekeliling.

  • Persembahan Teater

Teater dan kumpulan seni kebudayaan di seluruh Malaysia akan menganjurkan pertunjukan dan persembahan semasa Hari Raya. Orang ramai datang dari seluruh negara untuk melihat persembahan ini. Anda boleh mengunjungi pelbagai pusat warisan untuk mengetahui sejarah sambutan Hari Raya. Selain itu, terdapat persembahan gendang dan genderang,, dan juga konsert Raya di sekitar Malaysia.

  • Restoran Tempatan dan Gerai Makanan

Hari Raya adalah masa apabila anda boleh menikmati pelbagai makanan yang lazat. Jadi, pastikan anda mengunjungi pasar dan kedai makan tempatan bersama rakan-rakan. Anda boleh mencuba beberapa makanan tradisional yang lazat di restoran semasa perayaan ini.

Tempat terbaik untuk menyambut Hari Raya adalah jalan-jalan di Malaysia, bersama orang-orang yang kasihi. Anda juga boleh bermesra dan bergembira meraikan sambutan Hari Raya dengan meriah bersama orang di sekeliling sambil melihat hiasan Hari Raya. Jalan-jalan, kedai, malah tempat pelancongan dan tapak warisan juga akan dihiasi dengan hiasan Hari Raya pada waktu ini.

Cepat, dapatkan tempahan ticket bas dan dapatkan diskaun istimewa apabila anda melakukan perjalanan melalui bas dari satu bandar ke bandar lain untuk menyambut Hari Raya!

Jimat sehingga 60% untuk Tempahan Tiket Bas Online Hari Raya ini

Bersiap sedia untuk sambutan Hari Raya 2024 yang meriah dengan redBus, Malaysia. Jimat sehingga 60% untuk tempahan tiket bas dalam talian anda pada Hari Raya ini. Gunakan kod HEBOHRAYA. Kembali ke rumah untuk meraikan bersama orang tersayang atau memulakan percutian selepas kenduri yang menarik, semuanya pada harga yang sukar dipercayai.

Jangan lepaskan tawaran masa terhad ini yang berlangsung sehingga 14 April 2024! Tempah tiket anda sekarang di apl atau tapak web redbus dan bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya yang penuh dengan kegembiraan, kekeluargaan dan pengembaraan perjalanan mampu milik.

LALUAN TEMPAHAN BAS PALING POPULAR

Select Source:
LaluanTambang (bermula)
Kuala Lumpur ke Singapore45 MYRBook Now
Kuala Lumpur ke Skudai34.1 MYRBook Now
Kuala Lumpur ke Kemaman28 MYRBook Now
Kuala Lumpur ke Machang34 MYRBook Now
Kuala Lumpur ke Mersing32.8 MYRBook Now

TIKET M VS E-TIKET VS TIKET KAUNTER

mticket ialah SMS yang dihantar kepada telefon mudah alih selepas tempahan tiket dibuat.
mticket ialah SMS yang dihantar kepada telefon mudah alih selepas tempahan tiket dibuat.
Ini adalah tiket elektronik yang dikeluarkan dan dihantar ke alamat emel selepas pengesahan tempahan dalam talian dibuat.
Ini adalah tiket elektronik yang dikeluarkan dan dihantar ke alamat emel selepas pengesahan tempahan dalam talian dibuat.
Tiket Kaunter adalah sejenis tiket salinan cetak tiket bas yang anda perlukan sewaktu menaiki bas.
Tiket Kaunter adalah sejenis tiket salinan cetak tiket bas yang anda perlukan sewaktu menaiki bas.

TEMPAHAN TIKET BAS DALAM TALIAN VS TEMPAHAN TIKET LUAR TALIAN

Tempahan bas yang mudah di mana jua dan pada bila-bila masa
Pilihan tempat duduk, jenis bas & syarikat pengendali yang banyak.
Tawaran hebat dan pulangan wang dari tempahan tiket
Faedah unik untuk pilihan tempat duduk wanita
Bantuan Mesra Pelanggan 24/7
Kerumitan untuk bergerak ke kaunter bas & menunggu dalam barisan yang panjang
Kurang pilihan mengikut kesesuaian
Tiada diskaun
Tiada faedah unik untuk wanita
Bantuan kurang mesra pelanggan