Terletak di puncak Bukit Bendera (juga dikenali sebagai Penang Hill), The Habitat Penang Hill merupakan taman hutan hujan yang memenangi pelbagai anugerah, juga merupakan pintu masuk utama ke Rizab Biosfera Bukit Bendera UNESCO. Antara tarikan ikonik di sini ialah Langur Way Canopy Walk iaitu jambatan terpanjang di hutan hujan dan Curtis Crest Tree Top Walk, platform pemerhatian tertinggi di Pulau Pinang. Pengunjung yang juga pencinta alam boleh meneroka hutan hujan ini dari 9 pagi hingga 7 petang, atau pada waktu malam dari 7 petang hingga 9 malam dengan pembelian tiket tambahan untuk menyaksikan hidupan liar yang aktif pada waktu malam. Sebagai sebahagian daripada Rizab Biosfera UNESCO, setiap lawatan ke The Habitat Penang Hill menyokong pemuliharaan dan pendidikan alam sekitar yang bermakna melalui Yayasan The Habitat.
C7G9+69, Bukit Bendera, 11300 Bukit Bendera, Pulau Pinang, Malaysia.
Dapatkan diskaun sebanyak 20% apabila anda menempah tiket The Habitat Penang Hill daripada redBus. Hanya dengan beberapa langkah sahaja, anda boleh membeli tiket tarikan ini dengan serta merta! Harga serendah MYR 60 dan keindahan Rizab Biosfera Bukit Bendera menanti anda.
Kereta Api Funikular Bukit Bendera merupakan pengangkutan utama untuk ke The Habitat Penang Hill. Pengunjung boleh menaiki funikular dari Stesen Bawah ke Stesen Atas selama kira-kira 4.5 minit dan berjalan kaki ke The Habitat Penang Hill. Tiket funikular boleh dibeli di kaunter tiket Stesen Bawah atau dalam talian menerusi operator funikular sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal.
Stesen Bawah Bukit Bendera boleh dikunjungi dengan kereta atau bas Rapid Penang:
Taip “Stesen Bawah Bukit Bendera” dalam aplikasi navigasi untuk sampai ke Stesen Bawah Kereta Api Funikular. Tempat letak kereta bertingkat disediakan di sebelah pintu masuk stesen.
Bas Rapid Penang (No. 204) juga disediakan dari jeti atau KOMTAR ke pintu masuk Bukit Bendera.
Pengunjung perlu menunjukkan M-Tiket redBus mereka di kaunter tiket The Habitat untuk menebus tiket masuk. Kaunter tiket ini terletak di dalam The Stable Café, dan pengunjung yang ingin menyertai kemasukan petang (‘Evening Walk’) boleh membeli tiket tambahan di kaunter tersebut.
Langur Way Canopy Walk di The Habitat Penang Hill merupakan jambatan gantung konkrit terpanjang di dunia yang dibina di dalam hutan hujan. Jambatan setinggi 40 meter dari dasar hutan ini dibina sepenuhnya tanpa jentera berat, berdiri sebati dengan persekitarannya yang semula jadi.
Jambatan ini mampu menampung sehingga 9,000 kg, bersamaan 18 ekor gajah Asia dewasa, menjadikannya kukuh dan selamat meskipun panjang. Di sepanjang perjalanan, pengunjung boleh melihat Lutong Cengkung (Dusky Langurs) dan hidupan liar lain yang bergayut di atas pokok sambil menikmati pemandangan hutan hujan Bukit Bendera.
Curtis Crest Tree Top Walk di The Habitat Penang Hill merupakan platform pemerhatian tertinggi di Pulau Pinang, terletak setinggi 800 meter dari paras laut. Di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah hutan hujan Pulau Pinang dan pemandangan bandar di luar, serta mempelajari tentang sejarah setiap binaan melalui papan maklumat yang diletakkan di setiap sudut platform.
Kemasukan petang ke The Habitat Penang Hill menawarkan pengalaman ajaib apabila matahari terbenam bukan sahaja menerangi kawasan hutan hujan Pulau Pinang, tetapi juga tanah besar di seberang laut. Sesi perjalanan petang ini merupakan salah satu cara terbaik untuk menikmati keindahan pemandangan dari atas bukit.
Flight of the Colugo Zip merupakan satu pengalaman pengembaraan di The Habitat Penang Hill, membolehkan pengunjung meneroka hutan hujan Bukit Bendera menerusi aktiviti zipline. Aktiviti ini merangkumi tiga zipline, satu abseil dan jambatan tali, diinspirasikan oleh pergerakan Sunda Colugo (atau Kubung) yang tangkas meluncur dari pokok ke pokok.
Buat masa ini, aktiviti lengkap Flight of the Colugo Zip sedang dalam penyelenggaraan. Walau bagaimanapun, pengunjung masih boleh menikmati Glide of the Draco Zipline, iaitu sebahagian daripada pengembaraan penuh Colugo Zip. Aktiviti ini menawarkan pengalaman meluncur yang mengujakan melalui kanopi hutan hujan Bukit Bendera.
Harga: RM28 seorang
Tempahan: Tempahan awal diperlukan melalui +60196457741
Saiz kumpulan: Minimum 4 peserta
Ketersediaan: Khamis hingga Ahad
Slot Masa: 10 PG, 11 PG, 3 PTG, 4 PTG
Semua aktiviti ini dijalankan di bawah pengawasan Renjer terlatih di The Habitat Penang Hill bagi memastikan keselamatan semua pengunjung.
The Stable Café di The Habitat Penang Hill membawa sebahagian besar sejarah Bukit Bendera pada era kolonial. Sebelum kereta api funikular wujud, tempat ini berfungsi sebagai kandang kuda (stable) untuk haiwan tersebut berehat setelah membawa pelancong, penduduk tempatan dan barangan mendaki bukit ini.
Kini, kandang kuda ini telah diubah suai menjadi ‘The Stable’ Café, menggabungkan sejarahnya dengan pemeliharaan alam. Kafe ini menggunakan bahan-bahan tempatan dan berimpak rendah yang menyokong kehijauan planet dan pengayaan budaya tempatan.
Tandas
Bilik Mandi
Dispenser Air Percuma
Bangku
Kiosk Minuman dan Snek
Mesin Layan Diri
Kafe
Tiket The Habitat dan Kereta Api Funikular Bukit Bendera dijual berasingan.
Kereta Api Funikular Bukit Bendera boleh menjadi sesak semasa hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Pengunjung disarankan untuk datang awal semasa hujung minggu atau pergi semasa hari bekerja.
Pemandangan matahari terbenam bergantung pada cuaca dan tidak dijamin untuk setiap lawatan. Pengunjung dinasihatkan untuk melihat ramalan cuaca sebelum merancang lawatan mereka.
Sila pakai kasut sukan dan pakaian yang selesa; bawa air, penghalau serangga dan payung atau baju hujan.
Pengunjung tidak dibenarkan untuk memberi haiwan liar makan.
The Habitat Penang Hill ialah pilihan yang terbaik untuk pencinta alam semula jadi yang ingin merehatkan minda dengan berjalan di dalam hutan hujan dan menerokai habitat haiwan liar. Di redBus, pengunjung boleh mendapatkan pengesahan segera dan membayar harga yang jauh lebih rendah berbanding dengan harga jualan di kaunter. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan diskaun tambahan bagi pengguna baharu dan banyak lagi di redBus.
The Habitat Penang Hill ialah taman hutan hujan semula jadi di Bukit Bendera, Pulau Pinang, dan sebahagian daripada tapak rizab biosfera Malaysia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Ia menawarkan penerokaan alam semula jadi melalui trek hutan hujan sepanjang 1.6 kilometer, jambatan kanopi gantung dan platform pemerhatian 360 darjah. Aktiviti seperti zipline juga disediakan untuk pengembaraan tambahan.
Anda boleh memakai pakaian yang selesa dan kasut sukan ke The Habitat Penang Hill.
Tidak, memberi hidupan liar makan dilarang sama sekali di The Habitat Penang Hill bagi melindungi ekosistem semula jadi.
Waktu pagi semasa hari bekerja ialah masa yang terbaik untuk pergi ke The Habitat Penang Hill.
Tidak, tiket The Habitat Penang Hill tidak termasuk tiket Kereta Api Funikular Bukit Bendera dan dijual berasingan. Anda boleh membeli tiket funikular dengan lebih awal secara dalam talian menerusi operator funikular, atau di kaunter tiket Stesen Bawah Bukit Bendera.
Kebanyakan pengunjung menghabiskan masa sekitar 1.5 hingga 2.5 jam, bergantung pada masa yang mereka habiskan di platform pemerhatian dan laluan trek.
Makanan ringan dan minuman disediakan di The Stable Café, tetapi pengunjung juga digalakkan untuk membawa botol air masing-masing. The Habitat Penang Hill menyediakan dispenser air percuma di sepanjang laluan hutan.