Manage Booking
  • Bus Tickets
  • Reschedule
  • Cancel
  • Print/Download
  • Email/SMS
Currency
  • SGD Dolar Singapura
  • MYR Ringgit Malaysia
Language
  • English
  • Malay

Terma dan Syarat

Terma dan syarat ini (secara kolektif, selepas ini dirujuk sebagai "Terma") mentadbir akses anda kepada dan penggunaan laman web, www.redbus.my dan aplikasi mudah alih yang dipautkan kepada atau rujukan kepada Terma ini ("Laman Web"). Selanjutnya, Laman Web ini dikendalikan oleh IBIBO Group Sdn. Bhd. ("Redbus").

'Penjual' yang dirujuk dalam keseluruhan Terma di bawah ialah pengendali bas tempatan yang berdaftar dengan Laman Web ini dan yang mana inventorinya tersenarai di Laman Web.

Sila baca Terma ini dengan teliti sebelum menggunakan Laman Web, yang merupakan sebuah pasar dalam talian seperti yang ditetapkan oleh undang-undang terpakai, yang dipinda dari semasa ke semasa (selepas ini dirujuk sebagai "Pasar Dalam Talian"). Selanjutnya, bagi tujuan pencerahan, dengan ini dinyatakan bahawa Laman Web tidak digunakan untuk menyediakan sebarang perkhidmatan olehnya sendiri tetapi ialah sebuah platform yang hanya menghubungkan perniagaan kepada pelanggan.

Terma ini ialah rekod elektronik dari segi perundangan yang terpakai. Rekod elektronik ini dihasilkan oleh sistem komputer dan tidak memerlukan sebarang tandatangan fizikal atau digital. Dengan menggunakan Laman Web ini, ia membawa erti bahawa anda bersetuju untuk terikat dengan syarat-syarat ini.

SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA PENGGUNAAN LAMAN WEB INI OLEH ANDA DALAM APA-APA CARA MENUNJUKKAN PENERIMAAN ANDA TERHADAP TERMA-TERMA KAMI. Dengan menyatakan persetujuan kepada Terma ini, anda juga bersetuju dengan polisi-polisi Laman Web kami yang lain; termasuk tetapi tidak terhad kepada, (i) Polisi Privasi, seperti pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa; dan (ii) Polisi Kuki.

Pengguna-pengguna Laman Web ini akan dianggap telah membaca, memahami dan dengan nyata menerima Terma ini, yang akan mentadbir transaksi yang diinginkan untuk penempahan tiket bas/tempahan hotel melalui Laman Web bagi semua tujuan dan akan mengikat ke atas Pengguna. Semua hak dan liabiliti Pengguna dan/atau Laman Web berkaitan penggunaan Laman Web dan penggunaan fasiliti ("Fasiliti") penempahan tiket bas/tempahan hotel yang disediakan oleh Laman Web hendaklah terhad kepada skop perjanjian ini.

SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA PENGGUNAAN LAMAN WEB INI OLEH ANDA DALAM APA-APA CARA MENUNJUKKAN PENERIMAAN ANDA TERHADAP TERMA-TERMA KAMI. Dengan menyatakan persetujuan kepada

Disamping Terma ini, mana-mana 'terma perkhidmatan' bagi antara muka pengaturcaraan aplikasi ("API") yang lain yang mana Redbus mungkin jalinkan hubungan dengannya, akan membentuk bahagian penting kepada Perjanjian ini (selepas ini akan dirujuk sebagai "Terma API"). Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat konflik antara Terma API yang sedemikian dan Perjanjian ini, maka terma-terma Perjanjian ini akan kekal terpakai.

Disamping Terma ini, sebarang 'terma perkhidmatan' bagi antara muka pengaturcaraan aplikasi ("API") lain yang mana Redbus mungkin jalinkan hubungan dengannya, akan membentuk bahagian penting kepada Perjanjian ini (selepas ini akan dirujuk sebagai "API Terms")). Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat konflik antara Terma API yang sedemikian dan Terma ini, maka Terma ini akan kekal terpakai.

Kedua-dua Pengguna dan Laman Web secara individu dirujuk sebagai 'pihak' kepada perjanjian dan secara kolektif dirujuk sebagai 'pihak-pihak'.

  1. Terminologi:
    1. Bagi tujuan Terma ini, di mana konteks memerlukan, "Anda" atau "Pengguna" akan bermaksud mana-mana orang semula jadi atau sah yang telah bersetuju untuk menjadi pembeli dan/atau pemudah Fasiliti yang ditawarkan di Laman Web ini.
    2. Redbus membenarkan Pengguna melayari Laman Web atau membuat pembelian tanpa mendaftar di Laman Web. Istilah "Kami" akan bermaksud Laman Web dan/atau sekutu-sekutunya.
  2. Laman Web Kami:

    Redbus ingin menjelaskan bahawa ia hanyalah sebuah pasar dalam talian yang hanya menghubungkan perniagaan kepada pelanggan. Berdasarkan perkara di atas, Redbus ingin menjelaskan perkara-perkara yang berikut:

    1. Laman Web ini ialah sebuah pasar yang menyenaraikan inventori pengendali-pengendali tempatan yang berdaftar dengan Laman Web tetapi tidak memiliki perkhidmatan tersebut. Oleh itu, peranan Laman Web ialah untuk menghubungkan Anda dan 'penjual'. Selanjutnya, Laman Web menyediakan khidmat sokongan pelanggan sekiranya terdapat aduan terhadap pengendali-pengendali bas, pembatalan tempahan tiket bas, bayaran wang balik dan pertikaian caj kad kredit (tanggungjawab disebut selanjutnya dalam Klausa 9, poin 6).
    2. Berdasarkan perkara di atas, Laman Web akan membantu anda dalam sebarang masalah dan/atau tuntutan yang anda mungkin ada berkaitan produk yang dijual/ perkhidmatan yang ditawarkan di Laman Web ini selaras dengan undang-undang yang terpakai dan menghubungkan anda dengan 'penjual'. Walau bagaimanapun, anda sentiasa boleh mengambil tindakan selanjutnya yang anda fikirkan perlu terhadap 'penjual'/ Laman Web ini. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada produk/ perkhidmatan, Anda bersetuju untuk mengambil sebarang tindakan yang sedemikian yang timbul daripada kekurangan yang sedemikian pada produk/ perkhidmatan terhadap 'penjual' dan bukan terhadap Laman Web.
    3. Anda selanjutnya bersetuju dan mengakui bahawa Laman Web ini tidak boleh menjamin atau mengawal dalam apa-apa cara sebarang transaksi di Laman Web ini. Oleh yang demikian, kontrak jualan produk/ perkhidmatan di Laman Web ini hendaklah satu kontrak dwipihak semata-semata antara anda dan 'penjual' yang tersenarai di Laman Web ini. Untuk sebarang isu yang berkaitan, anda boleh menghubungi terus khidmat sokongan pelanggan kami.
    4. Anda seterusnya bersetuju dan mengakui bahawa semua 'diskaun/kupon (jika ada)' di Laman Web/ harga-harga jualan produk/perkhidmatan oleh pengendali bas/hotel di Laman Web hanyalah "jemputan untuk menyertai" menurut undang-undang terpakai dan tidak akan ditafsirkan sebagai satu "tawaran" menurut undang-undang terpakai. Oleh itu, berdasarkan perkara di atas, apabila anda bersetuju untuk membeli sebarang produk 'penjual' yang tersenarai di Laman Web ini, itu akan diistilahkan sebagai satu 'tawaran sah' di bawah undang-undang terpakai dan selepas berbuat demikian, adalah terpulang kepada 'penjual' untuk menerima 'tawaran sah' tersebut atau menolak 'tawaran sah' itu. Dalam hal ini, sila ambil maklum bahawa jika 'penjual' menerima 'tawaran sah' tersebut, hanya selepas itu barulah ia akan menjadi sama seperti 'kontrak sah' seperti menurut undang-undang terpakai.
  3. Akaun Pengguna:

    Redbus mungkin menawarkan pilihan untuk membuka akaun pengguna di Laman Web oleh Pengguna Akhir. Akaun pengguna boleh dipautkan ke id e-mel atau nombor telefon Pengguna atau kedua-duanya. Untuk kegunaan Laman Web oleh Pengguna, sama ada dengan mendaftarkan sebuah akaun dengan Redbus atau menggunakan Laman Web sebagai tetamu (pengguna tidak berdaftar), Pengguna bersetuju kepada yang berikut:

    1. Anda bertanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan akaun dan kata laluan anda dan untuk menyekat akses kepada komputer anda bagi mencegah akses tanpa kebenaran kepada akaun anda apabila Anda menggunakan Laman Web ini dengan mendaftarkan sebuah akaun dengan Redbus.
    2. Dengan menggunakan Laman Web, sama ada sebagai seorang pengguna tamu atau pengguna berdaftar, Anda memberi kuasa kepada Redbus dan ejen-ejennya untuk mengakses laman-laman pihak ketiga, termasuk kepunyaan bank-bank dan lain-lain gerbang pembayaran, yang dilantik oleh bank atau bagi pihak bank untuk mendapatkan maklumat yang diminta bagi pemprosesan transaksi yang dijana oleh pelanggan di Laman Web.
    3. Sekiranya Anda menggunakan Laman Web melalui sebuah akaun berdaftar, Anda bersetuju untuk bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun atau kata laluan anda.
    4. Sekiranya Anda menggunakan Laman Web melalui sebuah akaun berdaftar, Anda hendaklah mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan kata laluan disimpan secara sulit dan selamat dan hendaklah memaklumkan kepada kami dengan segera jika anda mempunyai sebarang alasan untuk mempercayai bahawa kata laluan anda telah diketahui oleh orang lain atau jika kata laluan sedang atau berkemungkinan akan digunakan dalam cara yang tidak dibenarkan. Sila pastikan butiran yang anda berikan kepada kami adalah betul dan lengkap dan maklumkan kepada kami dengan segera tentang sebarang perubahan kepada maklumat yang anda berikan semasa pendaftaran.
    5. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas penyaringan, penapisan atau sebaliknya pengawalan transaksi, termasuk sama ada transaksi tersebut adalah sah dan sahih seperti undang-undang di negara Pengguna.
    6. Anda memberi jaminan bahawa anda akan mematuhi semua prosedur dan garis panduan tambahan yang sedemikian, seperti yang diubah dari semasa ke semasa, berhubung penggunaan Laman Web. Anda juga bertanggungjawab untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terpakai berhubung penggunaan Laman Web menurut bidang kuasa yang berkaitan bagi setiap transaksi.
    7. Laman Web boleh digunakan hanya untuk tujuan peribadi dan bukan komersial. Oleh itu, Anda tidak dibenarkan untuk menjual semula, membuat hiperpautan (“deep link”), menggunakan, menyalin, memantau (contohnya spider, scrape), memaparkan, memuat turun atau menghasilkan semula sebarang kandungan atau maklumat, perisian, produk atau Fasiliti yang tersedia di Laman Web untuk sebarang aktiviti atau tujuan komersial atau kompetitif.
    8. Redbus berhak untuk menolak akses kepada Laman Web, menamatkan akaun, mengeluarkan atau mengedit kandungan pada bila-bila masa tanpa memberi notis sekiranya kami mempunyai kepercayaan yang munasabah bahawa akaun anda sedang digunakan untuk tujuan-tujuan yang tidak dibenarkan.
  4. Kelayakan Keahlian:
    1. Pengunaan Laman Web adalah tersedia hanya kepada orang-orang yang boleh membuat kontrak-kontrak yang mengikat secara sah di bawah lain-lain undang-undang terpakai. Orang yang "tidak kompeten untuk membuat kontrak" dalam maksud yang dinyatakan dalam undang-undang terpakai adalah tidak layak untuk menggunakan Laman Web ini. Jika anda seorang yang di bawah umur (minor), anda tidak boleh mendaftar sebagai Pengguna Laman Web dan tidak boleh melakukan transaksi di atau menggunakan Laman Web ini.
    2. Sebagai seorang minor, jika anda ingin menggunakan atau melakukan transaksi di Laman Web, penggunaan atau transaksi yang sedemikian boleh dibuat oleh penjaga sah atau ibu bapa anda di Laman Web. Kami berhak untuk menamatkan keahlian anda dan/atau enggan untuk memberikan akses kepada Laman Web kepada anda jika didapati anda ialah seorang minor atau tidak kompeten untuk membuat kontrak menurut undang-undang yang terpakai kepada anda.
  5. Privasi:

    Dengan menyatakan persetujuan kepada Terma ini, anda akan terikat dengan polisi-polisi Laman Web yang berikut:

    1. 'Polisi Privasi' Laman Web; dan
    2. 'Polisi Kuki' Laman Web.
  6. Pautan-Pautan:
    1. Laman Web ini mungkin mengandungi pautan-pautan ke laman-laman web yang disenggara oleh pihak-pihak ketiga ("Laman Luar"1.). Laman Luar ini disediakan untuk rujukan dan kemudahan pengguna sahaja. Kami tidak mengendali, mengawal atau mengendors dalam apa cara sekalipun Laman Luar yang sedemikian atau kandungannya. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penggunaan Laman Luar ini dan oleh itu, dinasihatkan untuk memeriksa terma dan syarat Laman luar tersebut dengan teliti.
    2. Anda tidak boleh memautkan ke Laman Web ini tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Redbus terlebih dahulu. Penggunaan sebarang tangkapan skrin berautomasi atau teknologi pengikisan skrin untuk mendapatkan maklumat daripada Laman Web ini tanpa kebenaran bertulis daripada Redbus terlebih dahulu ialah pencabulan terhadap hak harta intelek kami.
  7. Tingkah Laku Penggunaan:
    1. Anda mengakui bahawa anda hanya mempunyai hak yang terhad, hanya untuk menggunakan Laman Web dan bahawa anda tidak berhak untuk mengubah mana-mana bahagian daripada Laman Web atau menghasilkan semula, menyalin, mengedar, menjual, menjual semula atau mengakses Fasiliti untuk sebarang tujuan komersial yang lain.
    2. Anda juga bertanggungjawab untuk menggunakan Laman Web ini hanya untuk tujuan yang munasabah dan sah di sisi undang-undang dan tidak boleh melakukan sebarang aktiviti yang tidak dibayangkan dalam Terma ini. Anda boleh menggunakan Laman Web dan Fasiliti ini dan sebarang produk/ perkhidmatan yang dibeli melaluinya, untuk kegunaan peribadi, bukan komersial sahaja dan tidak boleh menjualnya semula kepada mana-mana orang lain.
    3. Anda tidak boleh menggunakan sebarang tag meta atau sebarang teks tersembunyi yang lain dengan menggunakan Redbus/ Laman Web atau nama-nama sekutunya atau tanda dagang tanpa mendapat kebenaran bertulis yang nyata daripada Redbus / Laman Web dan/atau sekutu-sekutunya, seperti yang boleh digunakan.
    4. Anda tidak boleh menggunakan Laman Web ini untuk mana-mana yang berikut:

      1. untuk tujuan menipu atau berkaitan dengan kesalahan jenayah atau lain-lain aktiviti haram; dan
      2. untuk menghantar, menggunakan atau menggunakan semula sebarang bahan yang bukan kepunyaan anda; atau bahan yang haram, menjelikkan (termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan dengan kandungan jelas tentang seks atau yang menggalakkan perkauman, ketaksuban, kebencian atau kecederaan fizikal), mengelirukan, memesongkan, kesat, tidak senonoh, mengganggu, kufur, fitnah, fitnah bertulis, lucah, berbentuk pornografi, bersifat pedofilia atau mengancam; tidak menyenangkan dari segi etnik, merendah-rendahkan atau mencabuli hak cipta, tanda dagang, kerahsiaan, privasi atau mana-mana maklumat atau hak proprietari yang lain; atau sebaliknya memudaratkan pihak-pihak ketiga; atau berkaitan dengan atau menggalakkan penggubahan wang haram atau perjudian; atau berbahaya kepada orang bawah umur dalam sebarang cara; atau menyamar sebagai orang lain; atau mengancam perpaduan, integriti, keselamatan atau kedaulatan Singapura atau hubungan mesra dengan Negara asing; atau yang tidak menyenangkan atau sebaliknya haram dalam apa-apa cara sekalipun; atau yang terdiri daripada atau mengandungi virus perisian, kempen politik, permintaan komersial, surat-surat berangkai, pengiriman surat secara besar-besaran atau sebarang "spam" untuk menyebabkan gangguan, kesulitan atau kebimbangan yang tidak perlu.
  8. Komunikasi:
    1. Apabila anda menggunakan Laman Web atau menghantar e-emel atau lain-lain data, maklumat atau komunikasi kepada kami, anda bersetuju dan faham bahawa anda sedang berkomunikasi dengan kami melalui rekod-rekod elektronik dan anda memberi kebenaran untuk menerima komunikasi melalui rekod-rekod elektronik daripada kami secara berkala serta seperti dan bila diperlukan.
    2. Kami mungkin akan berkomunikasi dengan anda melalui e-mel atau lain-lain mod komunikasi yang sedemikian, elektronik atau sebaliknya.
  9. Penafian Jaminan dan Liabiliti:
    1. Laman Web ini, Fasiliti, produk/perkhidmatan (termasuk tetapi tidak terhad kepada perisian) termasuk atau sebaliknya disediakan kepada anda melalui Laman Web ini adalah disediakan secara "seadanya" dan "seperti yang tersedia" tanpa sebarang representasi atau jaminan; nyata atau tersirat kecuali ditetapkan sebaliknya secara bertulis oleh Redbus atau di Laman Web.
    2. Tanpa prejudis kepada perenggan di atas, Laman Web tidak menjamin bahawa:

      1. Laman Web akan sentiasa tersedia atau boleh didapati sama sekali; atau
      2. Maklumat di Laman Web ini adalah lengkap, benar, tepat atau tidak mengelirukan.
    3. Redbus tidak akan bertanggungjawab kepada anda dalam apa-apa cara atau berkaitan dengan kandungan atau penggunaan atau sebaliknya berhubung dengan Laman Web ini. Laman Web tidak menjamin bahawa Laman ini; maklumat, kandungan, bahan, produk (termasuk perisian), Fasiliti atau perkhidmatan yang termasuk atau sebaliknya disediakan kepada anda melalui Laman Web ini; pelayan-pelayan mereka; atau komunikasi elektronik yang dihantar daripada kami adalah bebas daripada virus atau lain-lain komponen berbahaya, walaupun dengan usaha-usaha terbaik kami untuk mencegah insiden-insiden ini.
    4. Anda mungkin akan dikehendaki untuk memasukkan nombor telefon yang sah semasa membuat pesanan atau melakukan transaksi di Laman Web. Dengan mendaftarkan nombor telefon anda dengan kami, anda memberi kebenaran untuk dihubungi oleh kami bagi tujuan melakukan transaksi di Laman Web.
    5. Kami tidak akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk memulakan sebarang promosi melalui panggilan telefon atau sms.
    6. Bagi tujuan penempahan tiket bas melalui Laman Web, kami menjamin bahawa kami akan bertanggungjawab ke atas aktiviti-aktiviti yang berikut:

      • Mengeluarkan tiket yang sah (tiket yang akan diterima oleh pengendali bas) untuk rangkaian pengendali basnya; dan
      • Memberikan khidmat sokongan pelanggan sekiranya terdapat aduan terhadap pengendali bas, pembatalan tempahan tiket bas, bayaran wang balik dan pertikaian caj kad kredit.
      • Berkongsi maklumat dengan pelanggan sekiranya berlaku kelewatan / kesulitan.

      Walau bagaimanapun, kami TIDAK bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berikut:

      1. Bas pengendali bas tidak bertolak/sampai tepat pada masa;
      2. Kakitangan pengendali bas bersikap biadap;
      3. Tempat duduk bas pengendali bas dan sebagainya tidak memenuhi kehendak pelanggan;
      4. Pengendali bas membatalkan perjalanan disebabkan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti yang diterangkan dalam klausa-klausa yang berikut;
      5. Bagasi pelanggan hilang/dicuri/rosak;
      6. Pengendali bas menukar tempat duduk pelanggan pada saat-saat akhir untuk memberi ruang kepada seorang wanita / kanak-kanak;
      7. Pelanggan menunggu di tempat naik yang salah (sila hubungi pengendali bas untuk mengetahui tempat naik yang tepat jika anda bukan seorang pengembara tetap bagi bas tersebut);
      8. Pengendali bas mengubah tempat naik dan/atau menggunakan kenderaan untuk mengambil pelanggan di tempat naik untuk dibawa ke tempat bas bertolak; dan
      9. Bas yang digunakan untuk perjalanan tersebut tidak menepati gambaran yang diberikan kepada Pengguna.
  10. Pembayaran:
    1. Dengan menggunakan mana-mana kaedah pembayaran yang tersedia di Laman Web oleh Anda, Redbus tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti, walau apa jua pun, yang berkaitan dengan sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul secara langsung atau tidak langsung kepada anda disebabkan mana-mana daripada yang berikut:

      1. Kekurangan kebenaran untuk sebarang transaksi; atau
      2. Melebihi had praset yang telah dipersetujui bersama oleh Anda dan bank anda atau syarikat kad kredit; atau
      3. Sebarang isu pembayaran yang timbul daripada transaksi tersebut; atau
      4. Transaksi ditolak atas sebarang sebab-sebab lain.
    2. Sila ambil maklum bahawa:

      1. Transaksi, harga transaksi dan semua terma komersial seperti penyampaian, penghantaran produk dan/atau perkhidmatan adalah berdasarkan obligasi kontrak dwipihak prinsipal kepada prinsipal antara Anda dan pengendali bas dan kemudahan pembayaran hanya digunakan oleh Anda dan pengendali bas bagi membantu melengkapkan transaksi. Kami tidak menanggung sebarang liabiliti atau bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, ke atas berlakunya tiada penghantaran, tiada resit, tiada pembayaran, kerosakan, pelanggaran representasi dan jaminan atau penipuan berkaitan produk dan/atau perkhidmatan yang tersenarai di Laman Web, dengan penggunaan kemudahan pembayaran tersebut.
      2. Anda telah secara khusus memberi kuasa kepada Redbus atau pembekal khidmatnya untuk mengutip, memproses, memudahkan dan membuat pembayaran dan/atau harga transaksi secara elektronik. Hubungan anda dengan RedbusI adalah berdasarkan prinsipal kepada prinsipal dan dengan menerima Terma-Terma ini, anda bersetuju bahawa Redbus ialah kontraktor bebas untuk semua tujuan dan tidak mempunyai kawalan atau bertanggungjawab ke atas produk atau perkhidmatan yang disenaraikan di Laman Web ini yang dibayar dengan menggunakan kemudahan pembayaran tersebut. Redbus tidak memberi jaminan terhadap identiti mana-mana Pengguna dan juga tidak memastikan bahawa Anda atau pengendali bas akan melengkapkan sesuatu transaksi.
      3. Anda memahami, menerima dan bersetuju bahawa kemudahan pembayaran yang disediakan melalui mana-mana pihak ketiga di Laman Web ini bukan satu perkhidmatan perbankan atau kewangan tetapi hanyalah satu pemudah cara yang menyediakan kemudahan membayar dan mengutip pembayaran elektronik dalam talian automatik secara elektronik untuk transaksi di Laman Web dengan menggunakan infrastruktur perbankan dan rangkaian get laluan pembayaran kad kredit sedia ada yang dibenarkan. Selain itu, dengan menyediakan kemudahan pembayaran melalui Laman Web, Redbus tidak bertindak sebagai pemegang amanah atau bertindak atas kapasiti fidusiari terhadap transaksi atau harga transaksi.
      4. Selepas pembatalan tiket-tiket bas yang telah ditempah di Laman Web, amaun bayaran balik (tolak pemotongan yang berpatutan) akan dikreditkan ke akaun bank/ kad kredit jika mod in masih sah Pengguna dalam masa 7-10 hari kerja.
  11. Dompet Redbus:

    Redbus mungkin menyediakan, menurut budi bicara mutlaknya, kemudahan untuk melakukan transaksi melalui akaun berdaftar Redbus kepada Penggunanya dalam cara yang berikut:

    1. Menurut budi bicara mutlaknya,dari semasa ke semasa Redbus boleh menawarkan insentif promosi untuk Penggunanya dengan mata promosi yang tidak boleh di pindah milik ( "Tawaran Tunai"). Jumlah mata tersebut akan dipaparkan dalam akaun berdaftar Redbus mereka.
    2. Pengguna bersetuju bahawa penggunaanTawaran Tunai boleh tertakluk kepada terma dan syarat tertentu tawaran promosi, seperti yang akan dimaklumkan oleh Redbus dari semasa ke semasa.
    3. Kecuali dinyatakan sebaliknya, manfaat Tawaran Tunai akan hanya boleh digunakan untuk tambang asas (tidak termasuk semua cukai dan caj yang terkait) untuk penempahan tiket bas yang dibuat di Laman Web. Tawaran Tunai hanya boleh di guna untuk menebus setakat nilai % yang tertentu, yang ditetapkan menurut budi bicara mutlak Redbus, daripada tambang asas tiket bas tersebut yang ditempah di Laman Web ini.
    4. Sekiranya semasa membuat penempahan tiket bas Pengguna gagal untuk memasukkan butir-butir yang diperlukan bagi menebus Tawaran Tunai itu, Pengguna tidak akan layak untuk mendapat sebarang manfaat Tawaran Tunai sedemikian. Tawaran Tunai yang dikreditkan ke akaun berdaftar Redbus Pengguna adalah tidak boleh ditunaikan dan tidak boleh dipindah milik.
    5. Tawaran Tunaiyang telah digunakan akan dianggap habis sama sekali dan jika berlaku pembatalan penempahan tiket bas yang berkaitan, ia tidak akan dikreditkan semula ke akaun berdaftar Redbus Pengguna.
    6. Tawaran Tunai mempunyai tempoh sah yang terhad dari tarikh ia dikreditkan ke akaun berdaftar Redbus Pengguna, selepas tamat tempoh itu Tawaran Tunai sedemikian akan luput dan manfaatnya tidak lagi boleh diperolehi oleh Pengguna.
    7. Terma-terma yang berkaitan dengan penggunaan dan kebolehgunaan Tawaran Tunai ini adalah tertakluk kepada perubahan menurut budi bicara Redbus tanpa sebarang komunikasi atau pemberitahuan kepada Pengguna.

  12. Polisi Pengangkutan:
    1. Anda bertanggungjawab untuk memastikan tarikh, masa dan destinasi perjalanan anda adalah betul sebelum menempah menggunakan Fasiliti atau apabila anda memilih untuk mengesahkan pembelian tiket daripada sistem pertiketan internet. Sila semak Polisi pembatalan kami yang diboleh didapati di Laman Web untuk butiran mengenai pembatalan dan bayaran wang balik.
    2. Anda bertanggungjawab untuk menaiki bas seawal yang munasabah sebelum waktu bertolak. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda gagal untuk menaiki bas apabila tiba waktu bas bertolak.
    3. Pengendali bas berhak untuk tidak membenarkan anda dan bagasi anda menaiki bas atas apa-apa jua sebab yang kami anggap alasannya wajar, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

      1. Membawa barangan seludup, bahan-bahan haram, bagasi yang mudah pecah atau terlalu besar/berat, kelakuan liar, mabuk atau sebarang tingkah laku lain yang kami anggap sebagai menjejaskan keselesaan atau keselamatan penumpang lain.
      2. Anda gagal untuk menunjukkan dokumen pengenalan yang sah semasa dalam perjalanan.
      3. Bayaran tambang anda adalah palsu;
      4. Tempahan tempat duduk anda telah dibuat secara menipu atau menyalahi undang-undang atau telah dibeli daripada orang yang tidak diberi kuasa oleh kami;
      5. Kad kredit yang anda gunakan untuk membayar tambang telah dilaporkan hilang atau dicuri;
      6. Jadual perjalanan atau slip penempahan atau pengesahan adalah palsu atau didapati secara menipu;
      7. Jadual perjalanan telah diubah oleh seseorang selain daripada kami atau ejen kami yang dibenarkan atau telah dicacatkan (dalam kes ini kami berhak untuk menyimpan dokumentasi yang sedemikian);
      8. Anda gagal untuk menunjukkan tiket menaiki bas yang sah dan boleh dibaca untuk perjalanan yang dimaksudkan itu. Tiket menaiki bas adalah bukti prima facie bagi kontrak pengangkutan di antara kami dan pemegang tiket menaiki bas;
      9. Anda dianggap tidak sihat untuk melakukan perjalanan dan boleh memberi ancaman kesihatan kepada lain-lain penumpang di atas bas menurut budi bicara mutlak Redbus;
      10. Anda gagal untuk tiba tepat pada waktu untuk menaiki bas sebelum waktu bertolak atau gagal untuk menaiki bas pada waktu bas bertolak.
      11. Jika pengendali bas enggan membawa anda atau memilih untuk mengeluarkan anda daripada kenderaan atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, kami berhak untuk membatalkan tiket yang belum digunakan itu dan anda tidak akan layak untuk pengangkutan yang seterusnya atau mendapat bayaran balik tambang. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerugian akibat atau sampingan, kerosakan, kos atau fi yang anda mungkin tanggung di atas keengganan untuk memberi pengangkutan kepada anda.
    4. Kanak-kanak di bawah umur dua belas (12) tahun tidak akan diterima untuk pengangkutan kecuali mereka ditemani oleh orang dewasa.
    5. Pengendali bas berhak untuk menjadualkan semula, membatalkan dan/atau melewatkan sebarang perjalanan dan menggantikan dengan bas-bas lain atas alasan yang dianggap perlu untuk berbuat demikian.
    6. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa dokumen perjalanan yang sah dan perlu, termasuk pasport yang berkaitan, visa dan/atau pengenalan yang sah dibawa bersama-sama anda dalam perjalanan tersebut. Jika anda tidak dibenarkan masuk/keluar, ditahan di imigresen negara yang anda tujui, datang atau lalui, kami tidak akan dipertanggungjawabkan di atas perkara yang disebutkan di atas dan berhak untuk meneruskan perjalanan tersebut. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kerugian akibat atau sampingan, kos dan fi yang ditanggung oleh anda akibat daripada ini (lihat Kemasukan Pelawat berkaitan maklumat lanjut tentang dokumen perjalanan, peraturan dan keperluan).
  13. Imigresen:

    Redbus tidak bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan di tempat pemeriksaan imigresen. Ini adalah tanggungjawab penumpang untuk membawa dokumen perjalanan yang sah dan untuk mematuhi keperluan kastam.

  14. Hak Harta Intelek:
    1. Kandungan yang terdapat pada Laman Web, seperti teks, grafik, logo, ikon butang, imej, klip audio, muat turun digital, kompilasi data dan perisian, ialah harta Laman Web, sekutu-sekutunya atau pembekal kandungannya dan dilindungi oleh undang-undang Singapura dan hak cipta antarabangsa, hak penulis dan hak pangkalan data.
    2. Kompilasi semua kandungan di Laman Web ini ialah harta eksklusif Laman Web dan sekutu-sekutunya dan adalah dilindungi oleh undang-undang Singapura dan hak cipta antarabangsa dan undang-undang hak pangkalan data. Semua perisian yang digunakan di Laman Web ini ialah harta Redbus, sekutu-sekutunya atau pembekal perisiannya dan dilindungi oleh undang-undang Singapura dan hak cipta antarabangsa dan hak penulis.
    3. Anda tidak boleh mengekstrak/atau menggunakan semula secara sistematik bahagian-bahagian kandungan Laman Web tanpa kebenaran bertulis yang nyata daripada kami. Khususnya, anda tidak boleh menggunakan sebarang alat perlombongan data, robot atau alat pengumpulan dan pengekstrakan data yang serupa untuk mengeluarkan (sama ada sekali atau banyak kali) untuk penggunaan semula mana-mana bahagian penting Laman Web ini, tanpa kebenaran bertulis yang nyata daripada Redbus. Anda juga tidak boleh mencipta dan/atau menerbitkan pangkalan data anda sendiri yang memaparkan bahagian penting (contohnya harga dan senarai produk) Laman Web ini tanpa kebenaran bertulis yang nyata daripada Redbus.
    4. Tanda Dagang kami di pelbagai Bidang Kuasa dan anda tidak boleh menggunakan tanda dagang tersebut untuk mengeksploitasi kepentingan anda secara komersial tanpa kebenaran nyata daripada kami. Kami berhak untuk memulakan prosiding undang-undang sekiranya kami mendapati sebarang pencabulan ke atas hak harta intelek kami.
  15. Pegawai Rungutan:

    Sekiranya terdapat sebarang rungutan pengguna, Pengguna Akhir boleh menghubungi Redbus di id e-mel yang dinyatakan di bawa:

    support@redbus.my

  16. Indemniti dan Pelepasan:
    1. Anda hendaklah melindungi dan terus memastikan Laman Web, Redbus, anak-anak syarikat, sekutu-sekutunya dan pegawai-pegawai, pengarah-pengarah, ejen-ejen dan kakitangan mereka, dilindungi sepenuhnya daripada sebarang tuntutan atau permintaan atau tindakan termasuk yuran guaman yang munasabah, yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga atau penalti yang dikenakan disebabkan oleh atau yang timbul daripada pelanggaran yang anda lakukan terhadap Terma ini atau mana-mana dokumen diperbadankan secara rujukan atau pencabulan yang anda lakukan terhadap mana-mana undang-undang, aturan, peraturan atau hak-hak pihak ketiga.
    2. Anda dengan nyata melepaskan Laman Web/Redbus atau mana-mana sekutunya atau pegawai dan wakil daripada sebarang kos, kerosakan, liabiliti atau lain-lain akibat daripada sebarang tindakan/tiada tindakan oleh vendor dan secara khusus mengenepikan sebarang tuntutan atau permintaan yang anda mungkin ada dalam hal ini di bawah sebarang statut, kontrak atau sebaliknya.
  17. Kehilangan:

    Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan (termasuk kehilangan keuntungan, pendapatan, kontrak, simpanan yang dijangka, data, perbelanjaan kepercayaan atau tambahan) dan sebarang kerugian tidak langsung atau akibat kepada Anda apabila Anda mula menggunakan Laman Web.

  18. Undang-Undang dan Bidang Kuasa yang Mentadbir:

    Terma ini adalah ditadbir oleh dan akan ditafsir menurut undang-undang Malaysia. Mahkamah di Malaysia akan mempunyai bidang kuasa eksklusif berkaitan dengan sebarang pertikaian yang timbul daripada atau yang berhubung dengan Terma ini.

  19. Penggantungan, Penamatan atau Pembatalan

    Laman Web boleh menggantung, membatalkan atau menamatkan akaun anda yang berdaftar dengan kami, dengan atau tanpa memberi notis terlebih dahulu, sekiranya kami percaya bahawa anda telah melanggar mana-mana daripada Terma ini atau mana-mana terma atau polisi lain yang dirujuk dalam Terma ini.

    redbus berhak, menurut budi bicara mutlaknya, untuk menerima, memegang dan/atau membatalkan sebarang tempahan tiket bas yang dibuat oleh Pengguna di laman web redBus, laman web mudah alih redBus dan aplikasi mudah alih redBus, yang dianggap palsu atau meragukan oleh redBus.

    redBus akan berusaha untuk memaklumkan Pengguna sekiranya terdapat pembatalan penempahan, disebabkan penipuan atau aktiviti yang meragukan, dengan sebaik mungkin tetapi tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas kegagalan untuk menyampaikan pembatalan yang sedemikian kepada Pengguna.

  20. Pindaan / Perubahan:

    Redbus berhak untuk mengubah Terma ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa sebarang notis lanjut dengan memuat naik Terma yang telah dipinda di Laman Web dan adalah tanggungjawab Anda untuk memastikan anda sedar akan perubahan-perubahan kepada Terma Laman Web ini.

  21. Had Liabiliti:

    LAMAN WEB INI/REDBUS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEROSAKAN APA-APA BENTUK, TERMASUK TANPA HAD, SECARA LANGSUNG , TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KEROSAKAN PUNITIF DAN AKIBAT, YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERHUBUNG DENGAN TERMA, LAMAN WEB, FASILITI, PERKHIDMATAN MEMPROSES TRANSAKSI, KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN FASILITI ATAU PERKHIDMATAN MEMPROSES TRANSAKSI ATAU YANG DIAKIBATKAN OLEH SEBARANG PERKHIDMATAN YANG DIBELI ATAU DIPEROLEHI ATAU MESEJ-MESEJ YANG DITERIMA ATAU TRANSAKSI YANG DIBUAT MELALUI LAMAN WEB INI, MELEBIHI NILAI TRANSAKSI TERAKHIR YANG DILAKSANAKAN OLEH PENGGUNA AKHIR MELALUI LAMAN INI.

  22. Pelbagai:
    1. Pihak-Pihak mengakui dan menerima bahawa format elektronik akan dianggap sebagai cara komunikasi yang boleh diterima untuk tujuan Terma ini.
    2. Terma ini membentuk perjanjian yang lengkap dan menyeluruh antara Pihak-Pihak bagi subjek 'terma penggunaan Laman Web' (kecuali lain-lain polisi dan terma yang dirujuk dalam Terma ini) dan akan mengatasi mana-mana dan semua persefahaman, komitmen, representasi atau perjanjian lain yang terdahulu, sama ada bertulis atau lisan, antara Pihak-Pihak kepada Terma ini.
    3. Sekiranya mana-mana peruntukan Terma ini akan didapati oleh mana-mana mahkamah atau badan pentadbiran dengan bidang kuasa kompeten sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, ketaksahan atau keadaan tidak dapat dikuatkuasakan itu tidak akan menjejaskan lain-lain peruntukan Terma ini yang akan kekal berkuatkuasa sepenuhnya.
    4. Dalam apa-apa keadaan sekalipun, sebarang kelewatan, kegagalan atau ketiadaannya (keseluruhan atau sebahagian daripadanya) dalam menguatkuasakan, menjalankan atau melaksanakan sebarang hak, kuasa, keistimewaan, tuntutan atau remedi yang diberikan oleh atau yang timbul di bawah Terma ini atau oleh undang-undang, tidak akan dianggap sebagai atau ditafsirkan sebagai penepiannya atau mana-mana hak lain, bagi menghalang penguatkuasaan yang tersebut atau sebarang hak, kuasa, keistimewaan, tuntutan atau remedi yang lain, dalam apa-apa keadaan lain pada bila-bila masa yang seterusnya.
    5. Kod-kod kupon redBus boleh digunakan oleh Pengguna sebanyak maksimum dua transaksi dalam masa 7 hari kalendar.

-------------

Do you want to exit reschedule flow?

¡