Ringkasan Entopia by Penang Butterfly Farm

Waktu operasi
Setiap hari: 9 PG - 5 PTG
Masa terbaik untuk melawat
9 PG pada hari bekerja
Cuaca terbaik untuk melawat
Cuaca cerah dan kering
Kod pakaian
Pakaian dan kasut yang selesa
Had umur kanak-kanak
Tiada had umur (kanak-kanak 3 tahun dan ke bawah masuk percuma)
Kebolehcapaian
- Mesra kerusi roda & kereta sorong bayi - Sewaan kerusi roda disediakan di Kaunter Maklumat

Mengenai Entopia Taman Rama-Rama Pulau Pinang

Entopia, dahulu dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang, ialah sebuah pusat pameran alam semula jadi di Teluk Bahang. Kini, Entopia menjadi lebih daripada tempat perlindungan rama-rama. Walaupun menempatkan lebih 15,000 rama-rama dari seluruh dunia, Entopia menggabungkan landskap semula jadi yang realistik untuk pelbagai haiwan dengan pengalaman pendidikan interaktif untuk orang ramai. Pengunjung boleh meneroka Natureland, sebuah taman yang menampilkan rama-rama dan hidupan liar kecil, atau Cocoon, iaitu pusat pameran serangga dan pemuliharaan rama-rama. Entopia sangat sesuai untuk keluarga, pelajar dan peminat alam semula jadi, menawarkan gabungan unik pembelajaran, keseronokan dan peluang bergambar yang luar biasa. Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang, pengunjung boleh memanfaatkan sepenuhnya keajaiban dunia haiwan dengan meneroka, belajar dan berinteraksi dengan rama-rama dan haiwan lain di seluruh pameran ini.

Harga Tiket & Tawaran Eksklusif di redBus

Dapatkan harga terendah Entopia Taman Rama-Rama Pulau Pinang apabila anda menempah tiket di redBus. Harga bermula daripada MYR 58.5 dengan DISKAUN 20% SAMA RATA. Langkau barisan, dapatkan pengesahan segera dan terokai taman rama-rama ini sepenuhnya dengan redBus. Tiket sah sehingga 45 hari dari tarikh pembelian.

Cara untuk ke Entopia Taman Rama-Rama Pulau Pinang

Alamat: No. 830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia

 

Entopia terletak betul-betul di tepi jalan dan bersebelahan dengan ESCAPE Penang. Cara paling mudah untuk ke sini adalah dengan menaiki kereta atau perkhidmatan e-panggilan. Bas Rapid Penang juga berhenti di Teluk Bahang, berhampiran dengan pintu masuk Entopia.

Pilihan Bas Rapid Penang:

Laluan 101: Weld Quay, George Town ke Teluk Bahang

Laluan 102: Lapangan Terbang Pulau Pinang ke Teluk Bahang

Laluan 501: Balik Pulau ke Teluk Bahang

Proses Masuk

Anda tidak perlu beratur di kaunter tiket dengan pembelian tiket di redBus. Untuk masuk, anda hanya perlu mengimbas kod QR pada M-Tiket redBus anda di pintu masuk. Kad pengenalan diri mungkin diperlukan semasa proses masuk.

Taman Hidupan Luaran (Natureland)

Natureland di Entopia merupakan habitat semula jadi yang dikongsi oleh pelbagai jenis haiwan, termasuk rama-rama, ikan koi, kura-kura pemangsa (snapping turtle), katak dan iguana. Ia merupakan salah satu taman rama-rama terbesar di Malaysia, menempatkan kira-kira 15,000 rama-rama daripada 200 spesies yang terbang bebas. Dengan air terjun, gua dan landskap hijau, Natureland bukan sahaja menyediakan persekitaran semula jadi untuk hidupan liar tetapi juga memastikan persekitarannya tenang untuk pengunjung.

 

Semua haiwan di Entopia dijaga dengan baik oleh kakitangan Entopia. Lebih daripada 200 spesies tumbuhan hidup subur bersama haiwan-haiwan ini dan melindungi mereka, menjadikan Natureland ruang yang selamat di samping berfungsi sebagai tempat pengunjung bersiar-siar, mengambil gambar dan berhubung dengan alam semula jadi. Natureland juga membolehkan pengunjung berinteraksi dengan haiwan, termasuk menyentuh rama-rama dengan lembut dan memberi makan ikan koi di kolam air terjun David’s Garden. Pelet ikan boleh didapati di Tapestree Café dengan harga RM3.

Pusat Penemuan Tertutup (Cocoon)

Cocoon merupakan pusat penemuan dan pembelajaran di Entopia, menawarkan pengalaman interaktif yang melengkapi taman Natureland. Mempunyai dua tingkat, The Cocoon direka untuk membawa pengunjung ke dunia invertebrata dan makhluk kecil lain yang menarik melalui pelbagai pameran dan aktiviti. Pameran yang ada termasuklah Pandora Forest, Metamorphosis, Lumino City, Downtown Entopia, Breeding Ground, Underground Mysteries dan Understory Tales.

 

Aktiviti-aktiviti di Cocoon pula ialah melukis tatu, membuat sutera dan pengalaman pembelajaran lain yang menggabungkan pendidikan dan hiburan. Terdapat juga zon sentuh terbuka yang membolehkan pengunjung menyentuh serangga jinak di pameran tersebut seperti ulat gonggok gergasi dan ulat tepung/roti, atau serangga yang lebih besar dan menakutkan di ruang Sticky Stop.

 

Cocoon juga mengetengahkan pemeliharaan dan pemuliharaan spesies, khususnya rama-rama. Galeri pemeliharaan dan pameran pembiakan di sini bertujuan untuk memperdalam pemahaman orang ramai tentang kepentingan perlindungan spesies sambil menyediakan pengembaraan dalaman yang menarik.

Aktiviti Harian di Entopia

  1. Nature Talk di Mystery Cave, Natureland (9 PG, 10 PG, 2 PTG, 4 PTG)

Nature Talk di Mystery Cave merupakan lawatan berpandu yang menarik bersama Kakitangan Aktiviti Alam Semula Jadi Entopia. Ia merupakan sesi yang penuh pembelajaran dan menyeronokkan yang menawarkan ilmu menarik tentang tumbuhan, haiwan dan alam sekitar di Entopia.

  1. Vita Nova di Pintu Masuk Utama Natureland (10:30 PG & 3:30 PTG)

Pengunjung juga boleh menyertai sesi pelepasan rama-rama yang dipanggil Vita Nova atau Kehidupan Baharu (New Life). Mereka boleh melihat dan melepaskan rama-rama yang baru keluar daripada kepompong ke kawasan taman Entopia, memperoleh pengalaman bermakna yang menonjolkan komitmen Entopia terhadap pemuliharaan rama-rama.

  1. Penerokaan Serangga di Downtown Entopia, Cocoon (11:30 PG, 2:30 PTG, 4 PTG)

Dipandu oleh kakitangan yang berpengetahuan, Penerokaan Serangga merupakan satu lagi aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan di Entopia. Pengunjung akan mempelajari fakta-fakta menarik, memerhatikan tingkah laku unik dan mendekati bintang serangga Entopia semasa sesi ini. 

  1. Penampilan Khas di Home Tree (10 PG)

Entopia membawa penampilan istimewa setiap hari di Home Tree. Dengan bantuan kakitangan terlatih, pengunjung berpeluang untuk bertemu dengan bintang-bintang Entopia, merakam detik dengan mereka, serta menyentuh dan memegang haiwan-haiwan tersebut.

  1. Perlumbaan Rama-Rama di David’s Garden, Natureland (11 PG)

Satu lagi aktiviti menarik di Entopia ialah Perlumbaan Rama-Rama yang mencabar peserta untuk mengenal pasti spesies rama-rama yang berbeza dan merebut peluang untuk memenangi hadiah istimewa. Aktiviti ini sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan yang menyukai persaingan mesra antara satu sama lain sambil meneroka Entopia.

 

Peringatan: Kesemua jadual harian boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu.

Tapestree Café dan Entopia Store

Tapestree ialah kafe dan ruangan cenderamata khas Entopia. Kafe ini menawarkan pelbagai pilihan makanan daripada wafel dan sandwic hinggalah hidangan nasi yang mengenyangkan, memenuhi semua cita rasa. Di tempat yang sama, Entopia Store menjual cenderamata bertemakan rama-rama yang unik seperti kemeja-T, bingkai rama-rama sebenar dan beg tote.

 

Bagi pencinta tumbuhan dan haiwan, Tapestree juga menyediakan Sudut Haiwan Peliharaan & Berkebun dengan barangan seperti baja bunga dan buah, baja serbaguna, dan juga ulat tepung/roti untuk dijadikan makanan kucing dan anjing. Sudut ini membolehkan pengunjung membawa pulang dedikasi Entopia terhadap haiwan dan tumbuhan ke rumah mereka sendiri.

Masa yang Sesuai untuk Melawat Entopia

Masa yang terbaik untuk menerokai Entopia adalah pada hari yang cerah, khususnya pagi hingga tengah hari, kerana rama-rama paling aktif dalam cuaca ini. Pengunjung dinasihatkan untuk melihat ramalan cuaca sebelum datang kerana aktiviti berjalan kaki di luar mungkin kurang selesa semasa hujan, dan rama-rama tidak aktif dalam keadaan cuaca sedemikian.

Kemudahan

Kaunter Maklumat

Bilik Sakit

Laluan Pejalan Kaki Mesra Kerusi Roda

Wifi Percuma

Kafe & Kedai Cenderamata

Tandas

Tandas Mesra Orang Kelainan Upaya (OKU)

Bilik Susuan

Surau

Kesimpulan

Entopia direka khas untuk pencinta alam yang mencari pengalaman ajaib dan berwarna-warni dengan rama-rama dan haiwan kecil lain. Dengan adanya taman terbuka dan pusat pameran tertutup, ia menawarkan memori yang tidak dapat dilupakan dan ilmu penting tentang pemuliharaan alam. Terokai Entopia dengan redBus untuk mendapatkan lebih banyak tawaran dan promosi istimewa, bermula daripada DISKAUN SAMA RATA 20% dan harga tiket serendah MYR 58.5.

Soalan Lazim

Apakah Entopia Pulau Pinang?

Entopia ialah pusat penemuan alam semula jadi yang menampilkan 15,000 rama-rama yang terbang bebas, pameran interaktif dan aktiviti yang menyeronokkan untuk pengunjung daripada semua peringkat umur. Ia mempunyai Taman Hidupan Luaran (Natureland) dan Pusat Penemuan Tertutup (Cocoon).

Adakah makanan dan minuman disediakan di Entopia?

Ya, Entopia mempunyai kafe yang menyajikan wafel, salad, sandwic, pasta, dan hidangan nasi.

Bolehkah saya memberi rama-rama atau haiwan lain di Entopia makan?

Pemberian makanan secara amnya dilarang di Entopia. Walau bagaimanapun, anda boleh memberikan makanan kepada ikan koi di kolam air terjun di zon F Natureland (David’s Garden). Makanan ikan koi tersebut dijual di Tapestree Café dengan harga RM3.

Apakah yang perlu saya pakai di Entopia?

Anda boleh memakai pakaian dan kasut yang selesa untuk berjalan-jalan di sekitar taman luaran Natureland dan pusat pameran tertutup Cocoon.

Berapa lamakah masa yang saya perlu rancang untuk melawat Entopia?

Anda boleh merancang 2 ke 3 jam untuk pengalaman yang penuh di Entopia.

Bandar Tersohor untuk Aktiviti

Aktiviti Lain di Penang

Aktiviti Tersohor di Bandar Lain

Laluan Feri Teratas di Malaysia