Coach Bas

Search for Coach Bas in Malaysia

(Optional)

Bas Koc di Malaysia

Bas-bas koc telah muncul menjadi pilihan terbaik untuk membuat perjalanan jauh di Malaysia atau ke negara berhampiran. Selesa dan menjimatkan, kemudahan bas seperti ini telah mengubah landskap pengangkutan negara. Dengan kemudahan jadual dan lokasi pengambilan dan penurunan penumpang yang mudah, bas koc ini menjadi satu mod pengangkutan yang paling mudah. Penumpang tidak perlu lagi bimbang dengan harga kenaikan tambang teksi. Bas ini dilengkapi dengan semua ciri penting yang membuatkan penumpang berasa selamat dan selesa. Ramai pelancong gemar menaiki bas ini untuk perjalanan menuju ke atau dari negara-negara berdekatan seperti Thailand dan Singapura.

 

Terdapat beberapa terminal bas untuk anda menaiki bas-bas ini di Malaysia. Kesemua pengendali bas terkemuka menawarkan bas koc dari terminal seperti Terminal Bersepadu Selatan, Terminal Bas Miri, Terminal Bentayan Muar, Larkin Sentral, Terminal Bas Sungai Petani, Melaka Sentral, dan sebagainya. Anda boleh memilih terminal bas terdekat, bergantung kepada destinasi anda untuk mendapatkan perjalanan yang selesa dan mudah.


Pelancong di Malaysia mendapati bahawa menggunakan bas koc ini sesuai dengan jadual perjalanan mereka serta mengurangkan kos pelancongan secara keseluruhan. Kekerapan bas ini sesuai untuk semua pelancong kerana ia melakukan perjalanan sepanjang hari, terutamanya di laluan tempat pelancongan yang popular.


Kenapa bas koc menjadi pilihan pengangkutan paling digemari di Malaysia?


Sebab utama mengapa penumpang tempatan dan pelancong sama-sama memilih bas koc berbanding pengangkutan lain seperti teksi adalah kerana perbezaan tambang pengangkutannya. Perjalanan dengan teksi mungkin mempunyai kelebihan tersendiri, tetapi dengan tambang teksi yang semakin naik di Malaysia, terutama di Kuala Lumpur, bas-bas koc ini telah muncul sebagai pilihan perjalanan yang paling praktikal.


Jika diukur dari segi keselamatan dan keselesaan, bas-bas ini mempunyai standard jauh lebih baik daripada teksi. Bas-bas koc mempunyai ciri-ciri dan kemudahan terkini yang memastikan penumpang mendapat keselesaan dan kemewahan maksima ketika dalam perjalanan. Di dalam bas ini terdapat ruang untuk menyimpan bagasi yang luas. Bas-bas ini menyerupai ruang dalam yang mewah gaya limusin dengan tempat duduk menyerupai rekaan untuk teater. Kerusinya yang boleh baring memberi ruang kaki yang luas untuk keselesaan penumpang. Tali pinggang, tempat rehat kepala yang selesa dan cermin tingkap yang besar menawarkan perjalanan yang selesa dan menyeronokkan. Anda boleh menempah tiket bas koc secara dalam talian dengan melayari www.redbus.my. Anda boleh menempah tiket bas dengan mudah di laman web interaktif dan mesra pengguna, redBus. 


Populariti bas koc ini juga membantu pihak berkuasa. Bilangan kenderaan di jalan raya telah berkurangan dan keselamatan jalan raya turut memperlihatkan peningkatan yang ketara. Pemandu bas yang terlatih dan berpengalaman memastikan peraturan lalu lintas sentiasa diikuti.


Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan hanyalah alami perjalanan dengan bas koc ini yang pastinya akan menjadikan perjalanan anda pengalaman yang menyenangkan. Sama ada bersendirian atau bersama keluarga atau rakan-rakan, ia akan menjamin perjalanan anda selesa dan selamat. Kerusi rekaan ergonomik turut dilengkapi dengan lampu bacaan LED, sistem bunyi premium, dan internet tanpa wayar yang akan menjadikan perjalanan suatu yang terbaik.


Disepanjang perjalanan, bas koc ini akan membuat satu hentian pantas untuk memberi peluang anda meregang kaki, menikmati tempat rehat, membeli makanan atau minuman atau untuk ke tandas. Bas koc ini menjadikan keselesaan penumpang sebagai keutamaan. 


Bas Koc di Malaysia


Penumpang memilih bas koc kerana ia murah, selesa, dan mudah. Kini, terdapat hampir 100 buah syarikat bas di Malaysia, yang membawa penumpang ke kira-kira 200 buah pekan dan bandar, termasuk ke negara-negara seperti Singapura dan Thailand. Kebanyakan pengendali bas ini menawarkan kemudahan dari segi jadual perjalanan, tambang, dan cara tempahan tiket. Dengan adanya tempahan dalam talian, perjalanan menjadi lebih selesa.


Khusus untuk Malaysia, bagi bas koc, terdapat tiga terminal koc utama iaitu Pudu Sentral, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), dan Hentian Putra.


Pudu Sentral menyediakan perkhidmatan untuk bas ke Ipoh, Pulau Pinang, Cameron Highlands, Alor Setar, dan Hatyai (Thailand). Untuk bas ke Melaka, Johor Bahru, dan Singapura anda boleh menaiki dari TBS, dan untuk perkhidmatan bas ke timur seperti Kuantan dan Kuala Terengganu, anda perlu menaikinya dari Hentian Putra.


Pengendali Koc Bas Utama di Malaysia


Antara lebih 100 buah pengendali bas di Malaysia, pengendali utama adalah:


  • Transtar Travel Pte. Ltd.
  • AeroBus
  • Eltabina Jaya Express
  • Five Star Tours
  • StarMart Express
  • Etika Express
  • Kesatuan Express



Transtar dan AeroBus adalah antara pengusaha bas koc terkemuka di Malaysia. Dengan Transtar, anda akan menemui jalan masuk dan laluan masuk yang mudah di seluruh Singapura dan Malaysia manakala AeroBus menawarkan perkhidmatannya seperti laluan Genting Highlands ke Kuala Lumpur, Petaling Jaya ke KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), dan Klang ke Kuala Lumpur.

Laluan Popular Yang Diambil Oleh Bas Koc Ialah:

LaluanAnggaran TempohTambang
Ipoh ke Kuala Lumpur02h 50mMYR 20.7
Johor ke Kuala Lumpur03h 30mMYR 34.3
Malacca ke Kuala Lumpur02h 00mMYR 10
Hatyai ke Penang03h 50mMYR 55
Genting Highlands ke Singapore05h 00mMYR 77.23

FAQs

Q-1). Apakah cara paling mudah untuk menempah tiket bas koc?
A: Anda perlu melayari laman web redbus.my atau memuat turun aplikasi rasmi redBus ke telefon mudah alih atau tablet anda. Kedua-dua laman web dan App ini mempunyai ciri-ciri yang mudah untuk dilayari dan semua maklumat yang diperlukan ada disediakan untuk penumpang. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah log masuk dan isi butir-butir perjalanan seperti dari mana anda ingin menaiki bas, destinasi, dan tarikh. Apabila menekan butang carian, anda akan melihat senarai bas yang tersedia di laluan dan senarai pengendali pelancongan. Pilih bas koc yang sesuai dengan anda dari segi jadual dan harga tiket. Pilih serta buat pembayaran, dengan itu urusan anda telah selesai.
Q-2). Adakah harga tiket di laluan tertentu kekal sama?
A: Tidak, harga tiket adalah berbeza bergantung kepada jenis kelas bas koc yang dipilih. Anda boleh memilih jenis kelas bas yang sesuai mengikut pilihan anda.
Q-3). Bolehkah saya menempah tiket koc mengikut keutamaan saya?
A: Ya, anda boleh memilih tempat duduk di dalam bas bergantung kepada tempat duduk yang masih ada.
Q-4). Adakah terdapat ruang yang cukup untuk bagasi saya di dalam koc?
A: Ya, ruang bagasi tersedia bagi penumpang untuk menyimpan bagasi dengan selamat sepanjang perjalanan.
Q-5). Apakah kemudahan yang terdapat di dalam bas-bas koc di Malaysia?
A: Kemudahan yang disediakan bergantung kepada pengendali bas yang menyediakan bas koc di laluan tertentu. Pengendali bas menawarkan kemudahan seperti Wi-Fi, AC, selimut, makanan ringan dan banyak lagi di dalam bas mereka.
Q-6). Berapa besarkah saiz bas koc?
A: Bas koc boleh memuatkan seramai 45-57 penumpang pada satu masa. Bas ini boleh mencapai 45 kaki panjang.
Q-7). Apakah perbezaan antara Bas Koc dan bas biasa?
A: Perbezaan paling nyata antara bas koc dan bas biasa adalah kemudahan dan kemewahan yang boleh didapati di dalam bas koc. Bas biasa digunakan untuk membawa penumpang jarak dekat atau antara bandar. Bas koc digunakan untuk membawa penumpang ke destinasi lebih jauh. Dalam situasi seperti ini, kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi keselesaan di dalam perjalanan.
Q-8). Adakah bas koc mempunyai tandas?
A: Ya, bas koc direka untuk membawa penumpang jarak jauh, bas koc perlu mempunyai tandas di dalam bas. Anda boleh menghubungi pengendali secara terus atau lawati laman web redBus untuk mengetahui lebih lanjut. Sekiranya bas koc tidak mempunyai tandas, pengendali akan memastikan bas tersebut berhenti rehat di perjalanan.
Q-9). Bolehkah saya mengecaj telefon saya di dalam bas koc?
A: Kebanyakan bas koc menyediakan soket caj kuasa untuk mengecas telefon anda. Soket caj ini biasanya terletak di bahagian kanan setiap kerusi, memastikan penumpang boleh mencapai dengan mudah.
Q-10). Adakah bas koc mempunyai akses WiFi?
A: Ya, hampir kesemua bas koc mempunyai WiFi di sepanjang perjalanan. Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan yang disediakan di laman web redBus.

JANJI KAMI

PENJADUALAN SEMULA TIKET
Anda tidak dapat meneruskan perjalanan yang dirancang? Jangan risau, anda lihat butang penjadualan semula sebelum anda memilih syarikat bas? Anda bijak, cari butang pulangan semula sebelum memilih syarikat bas.
TIKET-M
SMS Tiket-Mudah Alih adalah sah digunakan untuk perjalanan. Pilihlah untuk transaksi tanpa kertas dan perjalanan pintar. Cari ikon Tiket-M sebelum membuat pilihan syarikat bas.
TRANSAKSI PEMBAYARAN SELAMAT
redBus mempunyai standard keselamatan paling tinggi dan menyimpan maklumat serta pembelian anda dengan selamat dan terjamin.
PILIHAN
80+ Syarikat bas dan 800+ laluan diseluruh Malaysia & Singapura.