Pelayaran senja dengan bufet makanan laut mungkin kedengaran biasa. Sukan air di pantai juga bukanlah sesuatu yang baharu. Kini tibalah masanya untuk destinasi dan tarikan pelancongan yang menawarkan lebih lagi. Selamat datang ke Forest Island Penang, destinasi laut yang unik dan lengkap dengan kapal layar, jakuzi laut, karaoke, bola pikel dan macam-macam lagi!
Jika anda sukakan pantai dan makanan laut, atau sekadar ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar, inilah aktiviti percutian yang terbaik untuk anda.
Forest Island: Jelajah Laut Selama Empat Jam
Terletak berhampiran Pulau Jerejak, Forest Island merupakan pulau buatan yang dibina khas untuk penggemar hiburan, makanan laut dan aktiviti air seperti berenang, berkayak dan memancing. Perjalanan ke pulau istimewa ini juga dimulakan dengan penuh gaya, iaitu dengan kapal layar yang elegan.
Antara tawaran yang anda boleh nikmati sepanjang pelayaran empat jam ini ialah:


- 8+ Lokasi Foto Menarik: Siapkan kamera anda untuk gambar media sosial yang berlatarkan pantai dan dua jambatan ikonik Pulau Pinang.
- Bufet Makanan Laut Mewah: Nikmati hidangan makanan laut yang lazat dan melimpah ruah sebaik sahaja tiba di pulau terapung ini.
- Serlahkan Bakat Nyanyian Anda: Nyanyikan lagu-lagu kegemaran dan serlahkan bakat dalam diri anda dengan sistem karaoke yang canggih.
Apakah Keistimewaan Forest Island?
Forest Island Penang bukan sahaja membawa anda menjelajah lautan, tetapi juga menghiburkan anda ke tahap yang luar biasa. Berikut ialah sebab destinasi ini menjadi tempat percutian yang paling ideal:
- Bola Pikel di Atas Laut: Forest Island menyediakan gelanggang pickleball kekal di laut terbuka yang pertama di dunia. Hati-hati dengan pukulan bola anda di sini!
- Berendam di Jakuzi Laut: Bersantai dalam air laut biru yang suam sambil menyaksikan perubahan warna langit ke rona merah jambu yang indah.
- Saksikan Matahari Terbenam: Nikmati pemandangan matahari terbenam di Pulau Pinang yang lebih mempesonakan dari tengah laut.



Bimbang akan Harga? Jangan Risau dengan redBus!
Anda mungkin tertanya-tanya tentang harga aktiviti ini. Forest Island menawarkan lawatan kapal layar, bufet makanan laut tanpa had, dan gelanggang pickleball terapung—semuanya kedengaran mahal. Namun, dengan redBus, anda tidak perlu risau akan bajet anda. Nikmati diskaun eksklusif dengan menggunakan kod promosi istimewa kami.

Jadi, jangan fikir panjang lagi! Sediakan baju renang anda dan dapatkan tiket Forest Island hari ini. Kapal layar mewah anda sedang menanti!