E-Tiket untuk bas dan cara menggunakannya di terminal di Malaysia
E-tiket telah menjadi satu bentuk tiket yang umum digunakan oleh penumpang untuk mengesahkan tempahan tiket bas online mereka sama ada di terminal atau melalui pengendali bas. Untuk melihat penumpang resah mencari tiket dari dalam beg mereka merupakan satu pandangan yang jarang berlaku lagi hari ini. E-tiket atau tiket elektronik menjadi wakil digital kepada versi kertas tiket. Begitu juga dengan online tiket bas. Pengendali bas dan mereka yang berkaitan telah mula menyumbang bahagian mereka dalam membantu alam sekitar dengan mengurangkan jumlah kertas yang digunakan untuk mencetak tiket bas. Satu kaji selidik telah menentukan bahawa di India sahaja, industri bas telah menyelamatkan lebih dari 3 bilion dolar selepas memperkenalkan prosedur e-tiketing.
E-tiket menawarkan keselamatan dan menjadikan kehidupan mudah bagi pengembara dan pengendali bas . Menggunakan kemudahan e-tiket pasti akan membantu memberikan fleksibiliti, keselamatan, kemudahan, dan membantu mengurangkan wang yang dibelanjakan untuk mencetak tiket fizikal. redBus menjadi penggerak di sebalik perjalanan tanpa kertas dengan memperkenalkan sistem "M-Tiket" di India dan model ini telah dilaksanakan di negara-negara lain juga.
Sebelum ini, pengendali pernah mengenakan bayaran kepada penumpang yang kehilangan tiket bas mereka. Tetapi, kini dengan kemudahan e-tiket, hampir tidak masalah kehilangan tiket bas. Online tiket bas untuk tempat duduk disimpan dalam pangkalan data yang boleh diakses oleh sama ada penumpang atau pengendali. E-tiket ini boleh disimpan atau dimuat turun ke peranti mudah alih atau komputer pelanggan dan boleh dihasilkan atau ditunjukkan kepada pihak berkuasa berkenaan apabila diminta berbuat demikian.
Kelebihan E-tiket
Terdapat banyak kelebihan menggunakan sistem online tiket bas di atas sistem berbanding sistem percetakan konvensional dan menyerahkan tiket kepada anda sebelum anda menaiki bas. Beberapa kemudahan tersebut disenaraikan di bawah:
- Lupa Tempat Simpanan: Bukan mudah untuk pelanggan atau pengendali untuk kehilangan e-tiket kerana butiran yang berkaitan dengan perjalanan bas atau apa-apa maklumat mengenai pelanggan disimpan di pangkalan data yang selamat. Penumpang juga boleh memuat turun dan menyimpan e-tiket mereka untuk dicetak apabila diperlukan.
- Mudah Akses: Pelanggan boleh memuat turun e-tiket yang telah dihantar ke e-mel mereka atau mereka boleh mendapatkan butiran tempahan dari aplikasi atau laman web redBus.
- Mengurangkan Kos: Proses mencetak tiket bas kadang kala agak mahal. E-tiket menghapuskan keperluan perbelanjaan melibatkan proses ini. Agensi atau pengendali tidak perlu mengeluarkan kos pencetak tiket dan kawalan inventori.
- Membantu Alam Sekitar: Selain daripada menghapuskan keperluan untuk memotong banyak pokok untuk membuat kertas yang diperlukan untuk mencetak tiket, e-tiket juga memastikan bahawa tiada lagi sampah yang dibuang. Ada kalanya tiket bas tidak dilupuskan dengan betul dan menjadi sampah.
Antara satu perkara penting yang lain ialah pengendali bas atau ppihak terlibat dapat berkomunikasi dengan mudah atau mengesan penumpang melalui e-tiket. Sebarang maklumat mengenai perubahan berkaitan jadual bas atau jadual perjalanan dapat dikongsi kepada setiap penumpang dengan mudah.